 |
Anak & Menantu Mak Abah |
 |
Cucu-cucu Mak Abah |
 |
Mengisi Ketupat |
Beberapa minit sebelum
pengumuman raya dibuat, anak-anak adikku yang ke-lima, semuanya dipanggil untuk menonton pengumuman tersebut. Aku hairan. Adikku berkata: "Sejak mula kahwin lagi, suaminya, Bad, seolah-olah mewajibkan mereka sekeluarga menonton pengumuman tersebut agar 'feel' raya dapat dirasai." Tambah beliau lagi: "Selepas
bertakbir di masjid pada malam raya, dia sekeluarga akan pusing satu kampung untuk
melihat keindahan dan kemeriahan malam raya."
Bagusnya aktiviti ini...di samping boleh merapatkan hubungan ahli keluarga, ianya juga satu pendidikan yang baik dalam memahami erti sambutan Aidil Fitri.
Belajar melalui pengalaman memang lebih berkesan! Hemm...boleh ke aku buat macam ni tahun depan?
 |
Kek Belated Birthday Untuk Abah |
 |
Kepulangan mereka dinanti-nantikan! |
Raya kali ini aku amat bertuah kerana dapat bertemu 7 daripada 8 adik-adikku. Selalunya sukar untuk berkumpul sekaligus kerana giliran raya yang masih belum berjumpa titik pertemuan yang
SAMA. Kami adik beradik juga
berkesempatan membuat kejutan untuk abah dengan menghadiahkan kek harijadi yang ke-67 (happy belated sebenarnya). Sesi memotong kek dibuat selepas sesi bermaaf-maafan di pagi raya pertama. Ada kelainan aidil Fitri kali ini (solat isya berjemaah dan kemudian takbir raya beramai-ramai di rumah...rasa sedih ada, rasa tenang pun ada)! Petangnya, aku sekeluarga terus berangkat ke Puncak Alam untuk meneruskan perjalanan berhari raya di Penang, rumah mertuaku, pula.
No comments:
Post a Comment