Ramadan telah berlalu. Maka kelas hafazanku pada setiap malam telah pun bermula semula. Ustaz Shahzam dan Ustaz Shahir begitu sabar mengajar aku. Sebelum menghafaz Al-Quran, kedua-dua ustaz mahu aku menguasai sains tajwid yang pada asasnya ada 2 aspek iaitu sebutan huruf (makhraj) dan bagaimana mengaplikasi makhraj mengikut konteks yang telah ditetapkan (contohnya hukum nun mati dan mim mati, berapa harakat perlu dibaca).
Usah ambil hati atau kecewa jika ustaz sering membuat teguran terhadap sebutan huruf dan hukumnya yang kita sangka betul. Niatlah belajar Al-Quran kerana hanya kerana Allah swt, bukannya tujuan menunjuk-nunjuk atau menjaga hati kedua orang tua. Di rumah, banyakkan buat latihan...latihan membaca Al-Quran.
Kekadang kuterfikir...jika aku boleh peruntukan masa dan tenaga untuk belajar sains teknologi hingga ke tahap tertinggi, mengapa aku tidak boleh meluangkan wang, masa dan tenaga untuk mendalami mukjizat yang ditinggalkan Rasullullah saw iaitu Al-Quran? Tahu ilmu sains teknologi BELUM tentu seseorang itu dapat memahami Al-Quran TETAPI jika faham Al-Quran sudah tentu seseorang itu BOLEH memahami ilmu sains teknologi. Itulah andaian aku...yang baru memulakan semula belajar sains tajwid. Marilah kita belajar SAINS TAJWID dan Al-Quran.
No comments:
Post a Comment