Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Sunday, January 23, 2011

Sedapnya Air Zam-zam

Sejak kebelakangan ini, aku suka sangat minum air zam-zam. Hampir setiap minggu aku membelinya samada yang 500ml, 600ml atau 1000 ml. Harganya tidak semahal mana dibandingkan dengan kehebatannya. Yang 500ml dan 600ml harganya antara RM12 - RM14 , manakala 1000 ml harganya RM25.

Setiap kali beli, aku mesti meneliti info yang ditampal pada botol tersebut.

Pengenalan Air Zam-zam
Air Zam-zam adalah minuman yang mengenyangkan. Zam-zam adalah samarat(makanan buah-buahan dan minuman) yang pertama kali diberikan kepada kekasihnya, Nabi Ibrahim a.s. , Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s. Air Zam-zam adalah salah satu mata air syurga yang berkhasiat dan penuh keberkatan yang wujud di tempat dan tanah paling suci di dunia menerusi kuisan tumit Malaikat Jibril dan zam-zam juga adalah air yang tidak pernah dan tidak akan habis walaupun berjuta-juta umat Islam sentiasa mengambilnya.

Adab meminum air zam-zam
  1. Tuangkan air ke dalam gelas/cawan
  2. Gunakan tangan kanan ketika memegang gelas/cawan
  3. Hadapkan diri anda ke arah kiblat
  4. Bacalah Bismillahirahmnurrahim dan selawat ke atas Nabi
  5. Sebutkan apa yang dikhendaki
  6. Minumlah seteguk-seteguk. Setiap kali tegukan bacalah Bismillahirahmnurrahim
  7. Bernafaslah di luar gelas
  8. Minumlah dalam 3 kali bernafas
  9. Bila selesai, ucapkanlah Alhamdullillahi Rabbil A'lamin
  10. Banyak meminumnya hingga benar-benar puas
Cara-cara menjaga kesucian air zam-zam dalam botol
  1. Sila lihat tarikh bungkus.
  2. Sila lihat tarikh luput dan selalunya tertera penyataan ini : "bila bertukar warna/berkeladak"
  3. Sesetengah botol yang digunakan meminta kita simpan di tempat bersih, kering dan sejuk; sertakan elakkan dari pancaran matahari
  4. Jangan sengaja dilangkah

Doa Ketika Meminum Air Zam-zam

Doa yang diamalkan oleh Ibnu Abbas r.a

اللهم اني أسألك علما نا فعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء 

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang banyak dan sembuh daripada segala penyakit

Khasiat Air Zam-zam

  • Sabda Nabi S.A.W. : "Air Zam-zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikhendaki".
  • Sabda Nabi S.A.W. : "Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zam-zam. Sesiapa yang meminumnya akan berasa kenyang dan penyembuh bagi segala penyakit:"

Mengandungi seribu satu khasiat kegunaan dan hajat dengan keberkatan air zam-zam. InsyaAllah.

Senarai Pembekal/Pengedar Air Zam-zam 
Air zam-zam ini selalunya dibeli di kedai-kedai berdekatan rumah. Pekedai-pekedai ini mendapat bekalan dari pembekal/pengedar berikut:-
  • H.R. Seri Raya Enterprise, No.27 MH 28, Muzaffar Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel: 019-655 8456, Email: hrsr@tm.net.my
  • Megawangsa Corporation Sdn Bhd, Lot 3489, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor. Tel: 012-431 2001 / 019 - 224 2001, Email: megawangsa@ymail.com
  • Arrazi Marketing Sdn Bhd, No. 2, Darussalam Pulau Melaka, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Email: info@arrazi.com.my, laman web: www.arrazi.com.my
  • Furqan D'Mart, Surau Al-Furqan, Puncak Alam ada menjual air zam zam yang 10 liter dengan harganya dalam RM120++. <kemaskini 12 Jan 2012>
  • AlYahya Industries Sdn Bhd, No. 12-2B, Jalan UP1/2, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor. Tel: 03-4108 9794/ 019- 622 5212.  <kemaskini 9 Feb 2012>
  • Miemaz Enterprise, Econsave Alam Jaya, Puncak Alam  ada menjual air zam zam yang 10 liter dengan harganya dalam RM120++.  H/p: 014-7204596 (Hairul) , 017-6630974 (Ruby) <kemaskini 22 April 2012>

Thursday, January 13, 2011

Internet World: Safety First

Sesiapa pun mudah untuk memahami mesej yang disampaikan.
http://www.infinitelearninglab.org/

Derma Darah

Semalam sewaktu berjalan menuju ke Surau Wanita di Dewan Sri Budiman untuk bersolat zohor, kelihatan sekumpulan pelajar dan staf menderma darah di Bangunan Menara (sebelah Pejabat Pos). Saya sangat teruja untuk menderma darah tetapi niat tersebut ditangguhkan kerana mahu mendahulukan solat. Malangnya...selepas solat terus terlupa.

Hari ini selepas mendengar Research Briefing dari staf RMI di Bangunan S & T, ternampak dari aras atas sekumpulan orang ramai sedang menderma darah, bersebelahan dengan perpustakaan PTAR3. Apa lagi...peluang kedua telah muncul. Tanpa berlengah, saya terus menderma darah. Seperti biasa, setelah mengisi borang, buku merah yang kecil dihulurkan kepada pegawai Kesihatan yang bertugas untuk diisikan maklumat pendermaan. Tapi yang seronoknya hari ini ialah kali pertama nama saya dimasukkan dalam database penderma darah Pusat Darah Negara. Kini baru terasa seperti penderma yang sah. Di samping makanan dan minuman, sijil penghargaan pun diberikan.
Sijil Penghargaan dan makanan/minuman
Selalunya bila saya menderma...saya akan berdoa agar darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa seseorang dan orang yang terselamat itu sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk Allah swt.

Saya sangat-sangat bersyukur kerana niat saya untuk menderma darah semalam dimakbulkan oleh Allah swt pada hari ini. Alhamdullillah.

Wednesday, January 12, 2011

Akhirnya Ada Blog

Hari ini 12 Januari 2011 bersamaan 7 Safar 1432, aku menguatkan semangat untuk membuat blog. Dari hari ke sehari diri ini mencari kekuatan untuk melakukannya. Setelah beberapa kali solat istikharah dan pelbagai nasihat daripada orang di sekeliling, akhirnya Allah izinkan jua. Harapanku agar blog ini membawa faedah untuk kehidupanku di dunia dan di akhirat.

Hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-15 anak sulungku yang bernama Dinie Syahiran. Pagi tadi sebelum berjuang menuntut ilmu di perpustakaan, sempat kuhantarkan sms sebagai hadiah untuk anakku. Moga anakku  Dinie dewasa sebagai muslim sejati, sebaik nama yang telah diberikan iaitu Agamaku Yang Terkenal.