Perasmian KLIBF 2011 |
Pesta Buku Antarabangsa sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun dan selalunya kami memilih hari bekerja untuk berkunjung. Kurang sesak. Hari ini (25 April), selepas urusan membayar bil di Shah Alam, kami terus ke PWTC. Masih awal dan tempat letak kereta pun masih banyak. Rupa-rupanya hari ini ada upacara perasmian Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) 2011; yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin. Aku pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar TPM semasa beliau sedang berucap.
Kami dapat berjumpa dengan kawan lama yang juga merupakan pensyarah yang pernah bertugas di UiTM Johor iaitu Ustaz PM Dr Ahmad Zaki. Rasanya terserempak dengan beliau hampir 3 kali. Aku juga berpeluang berbual dengan adik Adi Putra, pelajar genius matematik. Seawal umur 3 tahun, beliau sudah menghafal sifir. Hebat! Kini, beliau juga sudah menghafaz Surah Yassin. Alhamdullillah! Sempat juga aku mendapatkan tandatangan si cilik genius ini.
Buku untuk anakku, Danish |
![]() |
Chinese Calligraphy |
Hampir berpinar juga mataku melihat banyak sangat buku yang hendak dipilih. Sukarnya nak buat pilihan! Kaki rasa dah nak tercabut, kepala dah pening, perut dah lapar. Tapi belum puas membelek buku lagi. Terpaksa juga berhenti rehat dan kemudian solat.
Hemm...hadiah terhebat untukku hari ini ialah akhbar Kosmo percuma! Bukan sebab percuma tetapi suamiku berkenan dengan pakej Haji dalam iklan di akhbar tersebut. Allahu Akbar! Gembiranya hatiku!
Antara buku yang Dibeli |
Selepas solat, kaki semakin rasa tak larat. Tapi hati masih ingin melihat lebih banyak buku. Tak sanggup untuk naik atas lagi. Stesen terakhir kami ialah GempakZ untuk mencari judul terbaru komik siri Ikhtiar Hidup. Komik Sains kegemaran anak-anak. Dah tengok-tengok...tak pasti yang mana satu belum ada. Ahh...Danish sekolah hari ni; kalau tak dia pasti tahu. Ada rezeki kami akan pergi lagi hujung minggu ini...tarikh akhir 1 Mei 2011.
Judul Buku & Barangan Lain | Penerbit | Harga (RM) |
1. Md. Ali Berahim (2010), Pelanggan Setia | PTS | 20.00 |
2. Syahrul Nizam Junaini (2010), Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni | PTS | 20.00 |
3. Hj Johari Hj Alias (2009), Panduan Haji, Umrah dan Ziarah | Darul Nu’man | 10.00 |
4. Md Ghazali Ibrahim (2011), Nota Wasiat | Must Read | 15.90 |
5. Ida Munira (2010), Danish, Cincin Yang Hilang | Must Read | 13.90 |
6. Dr Muhammad bin AW al-‘Aqil (2010), Fitnah Akhir Zaman: Menyingkap Hura-hara dan Kekacauan Akhir Zaman | Pustaka Imam Asy-Syafi’i | 50.00 |
7. Nicholas Walliman (2011), Research Methods: the basics | Routledge Taylor & Francis Group | 62.35 |
8. Kor Liew Kee dan Teoh Sian Hoon (2009), From Literature Review to Developing a Conceptual Framework and to Journal Writing | McGraw Hill | 30.00 |
9. Adi Putra (2011), Seni Matematik IslamGenerasi Genius | ADI Genius Matematika | 40.20 |
10. Muhammad Lili Nur Aulia (2011), Cinta di Rumah Hasan Al-Banna | Alam Raya Enterprise | 13.00 |
11. Chinese Calligraphy : Ayat Kursi | Xian, China | 120.00 |
12. Cenderahati Pesta Buku (Beg dan buku nota) | Penganjur | 10.00 |
13. Saujana Mohd Rejab (2011), DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi dan Kawalan | PTS | 12.90 |
14. Abdul Latip Talib (2011), Imam-imam Yang Benar | PTS | 55.00 |
JUMLAH SEBELUM DISKAUN | 473.25 |
Berita tentang buku From LR to Conceptual Framework ada dalam berita harian(5 Mei). Maklumat lengkap boleh layari di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tesisgagal/Article/index
ReplyDeleteTerima kasih kerana memilih buku Ilmu Pengaruh. Susulannya ialah buku Seni Bahasa Badan dan Pengaruh Gaya Trump.
ReplyDeletehttp://www.syahrulnizam.com/
Saya baru berkesempatan baca sedikit sahaja buku tersebut. Sebenarnya buku tersebut ada kaitan dengan PhD saya. Harap, satu hari dapat bertemu dan berkoloborasi dengan Encik Syahrul.
ReplyDeleteKita boleh berbincang lanjut di http://www.facebook.com/syahrulnizamj
ReplyDeleteatau https://www.facebook.com/syahrulnjunaini