Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, April 5, 2011

Pergi Menemui Allah Yang Satu

Aku merenung jauh melangkaui monitor laptopku ini sambil berfikir-fikir nak telefon mak di kampung ataupun tidak. Kulihat waktu yang tertera di tepi sudut laptopku dan  cuba mengagak-agak aktiviti yang sedang mak lakukan pada waktu tersebut. Tetiba bunyi sms masuk. Ooo..rupa-rupanya sms dari adikku, Adam yang sedang belajar di Politeknik Pasir Gudang. Sms tersebut bertulis: "...Pak Lang dan Atuk Uda dah meninggal dunia. Pak Lang semalam ninggalnya...Atuk Uda dah seminggu lepas. Al-Fatihah.

Untuk memastikan berita ini, aku terus menelefon mak di Kota Tinggi. Mak mengesahkan berita sedih ini. Malah mak berkata, bukan 2 kematian tetapi 3 kematian. Siapa seorang lagi? Atuk Hashim di Simpang Rengam meninggal dunia akibat dilanggar van ketika pandu keluar dari stesen minyak. Wajah atuk Hashim tak terjelma di kotak fikiranku. Terlalu lama tak pernah berjumpa atuk Hashim. 

Kubertanya kepada mak: "kenapa mak tak beritahu ana?" Mak dengan nada bersalah berkata: "Takut kau orang kelam kabut nak balik. Anak-anak yang dekat pun, mak tak beritahu." Mak dan abahku memang memahamiku. Mereka berdua sangat arif bahawa anaknya ini  sangat komited dalam sesuatu kerja; lebih-lebih lagi aku yang sedang belajar. Aku sangat-sangat sayangkan mak dan abah! Ah...rindunya dengan mereka...Dah lama tak makan masakan mak. Dah lama tak dengar celoteh abah, sejak raya puasa tahun lepas. 

Pak Lang Yang Kusayangi
Pak Lang adalah adik lelaki bongsu ibuku. Umur beliau tidak begitu jauh bezanya denganku kerana sewaktu aku bersekolah rendah, beliau adalah rakan sepermainanku. Kami main pondok-pondok di belakang rumah nenek yang juga merupakan kebun nenek. Pak Lang mengajar aku dan adik-adik buat khemah dari daun-daun kelapa dan ranting-ranting pokok rambutan. Kami kutip bunga-bungaan, rumput, lalang dan dedaun muda dari pokok buah-buahan untuk dijadikan bahan masakan. Seronoknya dapat belajar memasak olok-olok, belajar dirikan khemah dan belajar erti kekeluargaan.

Atuk Uda Yang Kurindui
Atuk Uda merupakan balu atuk Malip (bapa kepada emakku). Arwah atuk Malip mengahwini atuk Uda setelah pemergian nenek Biahku. Arwah Atuk Uda  mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya. Atuk Uda sangat baik dan prihatin. Dia selalu merendah diri dan membandingkan dirinya dengan arwah nenek Biah. Kami hanya diam jika atuk Uda membuat perbandingan. Sememangnya semua orang berbeza.

Al-Fatihah untuk  Atuk Uda (25 Mac), Pak Lang (1 April) dan Atuk Hashim (1 April). Moga roh mereka dicucuri rahmat.

Aku yang masih diberi peluang oleh Allah swt meneruskan kehidupan di dunia ini, akan kumanfaatkannya untuk tuaian hari akhirat. Ya Allah, Ya Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman dan masukkan aku syurga bersama-sama iman. 

No comments:

Post a Comment