Minggu lepas, aku terjumpa dua lagi tempat untuk membeli air zam-zam di Shah Alam iaitu:-
- Restoran Azira, Seksyen 10, Hphone: 012- 289 3559. Harga untuk 500ml ialah RM12 dan RM30 untuk 1 liter.
- Al-Fathir Enterprise, PKNS Shah Alam. Tel: 019 - 253 6696 dan Harga untuk 1 liter ialah RM25. Air zam-zam ini telah dibacakan 30 juz Al-Quran oleh Pelajar Tahfiz, Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid, Tel: 019-234 5980 dan 012 656 1274.
Khasiat air zam-zam ini tidak boleh disangkal lagi. Doalah dengan penuh keikhlasan sebelum meminumnya. Hati akan terasa tenang, fikiran akan terasa lapang dan jiwa sentiasa dibuai rindu pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Air Minuman Diet
Sewaktu dalam perjalanan menghadiri mesyuarat PIBG di SMKA, Kuala Selangor pada 2 April lalu, aku mendengar radio IKIM dan terdengar Chef Sabri memberikan resipi untuk minuman diet yang boleh dibuat sendiri. Bahan-bahannya ialah:-
Minuman Berkhasiat |
2) asam boy dibuang biji (ikut suka nak berapa biji)
3) sedikit daun pegaga, dibasuh, bersihkan akarnya
4) air limau kasturi (ikut suka nak berapa biji)
5) gula ikut rasa (tak letak pun tak apa)
6) sedikit air (1/2 cawan)
7) beberapa ketul ais (agar sejuk)
Blend semua bahan di atas sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam gelas. Minum sebelum makan; tak kira makan malam atau makan tengahari. Saya sudah mencubanya sendiri. Memang sedap! Dan yang paling penting, tidak mengambil masa yang panjang untuk menyediakannya (dalam 5 minit siap!). Terasa lebih sihat! Bila kita sihat, banyak ibadah dan tugas harian boleh dilakukan. Cubalah!
[Nota: Kini, ku telah menggantikan pengambilan epal hijau dengan buah-buah lain sebagai salah satu langkah menjaga hafazan (update on 1 Mei 2012)]
[Nota: Kini, ku telah menggantikan pengambilan epal hijau dengan buah-buah lain sebagai salah satu langkah menjaga hafazan (update on 1 Mei 2012)]
No comments:
Post a Comment