Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.
Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat.Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.
Bahang hari mengundi (5 Mei 2013) untuk PRU 13 semakin terasa. Pelbagai cara berkempen ditonjolkan. Semakin hampir, semakin hebat usaha berkempen dijalankan. Oleh itu, dicadangkan agar kitadirikanlah solat istikharah sebanyak mungkin sebelum membuat pemilihan. Walaupun hati kecil kita mungkin telah membuat pilihan sendiri berdasarkan pelbagai sumber, amat-amat disarankan agar kita teruskanlah bersolat istikharah sampai hari mengundi agar kita diberi petunjuk untuk membuat "pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak Allah swt(rujuk mukasurat 43 - buku Hebatnya Kuasa Istikharah)".
Petunjuk dari Allah swt akan membuatkan hati kita mantap dan tidak menyesal dengan pilihan yang dibuat. Yakin dan percayalah...pilihan Allah sangat sempurna dan menyempurnakan hidup kita di dunia dan akhirat.
Selamat mengundi dan laluilah hari-hari dalam musim pilihanraya ini dengan penuh berakhlak mulia dan sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Patuhi perintah Allah swt, suruhan Nabi Muhamad saw dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara kita. Hargai dan syukuri nikmat keamanan yang dikecapi selama ini; di manakita sebagai rakyat Malaysia mampu menjalani kehidupan mengikut agama dianuti, adat resam, kemampuan dan ketentuan takdir masing-masing dalam suasana bahagia dan membahagiakan.Telah sekian lama kita memupuk perasaan aman, kerjasama dan bahagia sesama kita. Perkukuhkanlah benteng ini daripada diancam oleh pelbagai anasir perosak agama, bangsa dan negara.
Vienna, Austria adalah tempat/negara yang tak pernah ku lawati dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke sana. Ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Atas asbab konferensi, aku dan suami buat pertama kalinya dapat menjejaki kaki di Vienna pada 10 Nov 2012 lalu. Selain tempat-tempat menarik, masjid dan kedai makanan halal yang terdapat di Vienna adalah antara maklumat yang kucari sebelum ke sana.
Terdapat lebih kurang 26 masjid/bilik solat di Vienna. Pencarian masjid pertama adalah masjid berhampiran dengan tempat konferensi berlangsung iaitu Haci Bayram Mosque, Keinergasse 18, 1030 Vienna. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki mengikut "google map". Setelah sampai di alamat tersebut, kami tidak nampak sebarang petunjuk tentang masjid. Kami hampa.
Keesokannya, kami terus ke Vienna Islamic Center, Am Bruckhaufen 3a dengan menaiki tren menuju ke Neue Donau. Dari stesen tren ini, sudah kelihatan sebuah masjid tersergam indah. Sempat kami ronda sekitar masjid dan berkenalan dengan staf wanita iaitu Khadija dan Nahid. Kami dimaklumkan bahawa masjid ini adalah satu-satunya masjid di Vienna yang berkubah dan bangunan berasingan. Manakala, masjid-masjid lain adalah rumah dalam bangunan yang perlu "dipicit loceng" dahulu sebelum masuk. Penjelasan ini membuatkan kami mengerti mengapa pencarian pertama kami "gagal".
Kenangan di Vienna Islamic Center
Khadija dan Nahid
Selain dari maklumat di Internet seperti laman web ini, kami juga bertanya dengan pekerja hotel tentang restauran makanan halal. Mereka tidak keberatan memberitahu kami lokasinya. Di lokasi konferensi, kami jumpa dua kedai makanan halal iaitu Gerai Pizza di stesen tren Ungargasse/Neulinggasse (200m) dan Yenbo Supermarket, Barmherzigengasse 3 bersebelahan balai polis (8 minit berjalan kaki).
Gerai Kebab, Stesen Ungargasse/Neulinggasse
Yenbo , Barmherzigengasse 3
Restauran Nayeb - Halal
Menu Asia di EAT Restauran
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan "kota muzik" (terkenal dengan mozart) ini walaupun dalam keadaan cuaca agak sejuk. Indah negara orang...lebih indah dan selesa di negara sendiri. Malaysia yang kucintai! Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah negaraku Malaysia agar terus aman sentosa serta rakyatnya bersatu padu dan bertoleransi dalam menegakkan syariatMu.
Syukur kerana masih diberi peluang untuk menonton rancangan Laibakallah TV Al-Hijrah, Salam Baitullah TV1 dan Khabar Haji Astro Oasis sepanjang musim haji tahun ini. Menonton program-program ini, diri terasa dekatnya dengan Makkah dan Madinah. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar yang tidak pernah jemu-jemu untuk didengari dan terus dihayati. Rupa-rupanya ibadah korban ini telah lama dibuat, sejak...pengorbanan Habil, putera Nabi Adam.
Ketulusan dan keikhlasan pengorbanan Habil masih dirasai nikmatnya oleh umat akhir zaman. Habil sentiasa memastikan kambing korbannya adalah kambing terbaik antara yang terbaik. Kalaulah keikhlasan pengorbanan Habil dicontohi dalam rumahtangga, insyaAllah, institusi keluarga akan terbela. Pasti...suami, isteri, anak-anak, ibubapa sendiri, ibubapa mertua dan ahli dalam sesebuah keluarga akan mendapat layanan paling terbaik antara yang terbaik.
Adakah kita sentiasa memberikan yang terbaik antara yang terbaik dalam setiap tanggungjawab/kerja/tugas/ibadah kita?Atau kita selalu meminta-minta yang terbaik walaupun kita tak sebaik mana pun?Mungkinkah keikhlasan dalam diri telah hampir lenyap dan kita hanya membiarkan ianya terus hilang?
Surau At-Taufiqiyyah - 7 lembu korban
Ku yakin kita semua tahu bahawa pengorbanan kita tidaklah setanding Habil, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Oleh itu, marilah kita sama-sama menilai semula tahap keikhlasan pengorbanan kita dan tambahbaikkan pada setiap masa. Contohnya, jika kita tak pernah cuci pinggan lepas makan, korbankan rasa ego/malas/malu untuk membasuhnya. Dengan hanya mencuci pinggan, dapat kasih sayang dari Allah swt dan ahli keluarga. Bayangkanlah, kalau kita melaksanakan pengorbanan lebih besar, rahmat Allah swt pasti datang mencurah-curah! Selagi nyawa di kandung badan, yakinlah dan percayalah...Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya dan akan membantu hambaNya yang ingin berbuat baik.
Dua hari mengikuti program Tanyalah Ustaz TV9 bertajuk "Kesilapan anak-anak kepada ibubapa" yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Kupasan terkesan di hati! Setelah mendengar senarai kesilapan yang diutarakan ustaz, ku mengakui sebagai anak, memang tidak terlepas dari kesalahan tersebut. Ampunkan anakmu ini, mak dan abah.
Muhasabah diri sebentar dan bayangkan wajah mak abah kita sekarang.
Dah berapa lama kita tidak menelefon mereka? Adakah ibubapa kita yang lebih dahulu menelefon kita untuk bertanya khabar? Kalau ini berlaku pada kita, maka kita sebenarnya telah berdosa pada ibubapa kita. Mungkinkah kerana dosa pada mereka, kita kebelakangan ini dilanda keresahan, kebimbingan dan kesulitan hidup?
Oleh itu, bingkaslah telefon mereka sekarang dan minta ampun. Walaupun ini kali pertama kita buat dan kita dikatakan 'buang tabiat', tak mengapa. Ianya jauh lebih baik daripada kita menanggung dosa.
Kalau,mak abah/mertua dah tak ada..kita masih melakukan dosa pada mereka?
YA, jika kita tidak berdoa memohon keampunan untuk mereka. YA, jika kita masih tidak tunaikan haji untuk mereka. YA, jika kita tidak membayar hutang-hutangnya seperti hutang kad kredit dan hutang tempah baju. YA, jika kita menghabiskan hartanya tanpa menyelesaikan segala hutangnya dengan Allah dan manusia/syarikat. YA, jika kita tidak bertanya khabar kepada sahabat-sahabat mereka.
Oleh itu, bersegeralah untuk menyelesaikan hutang mereka sebelum kita kembali alam barzakh dan tidak sempat untuk berbuat demikian.
Sebagai anak...walau macamana 'salah' sekali pun mak abah dan/atau mertua kita, mereka tetap WAJIB kita hormati, minta ampundari mereka dan doakan kesejahteraanmereka selalu. Usahlah jadi penghukum terhadap kekhilafan mereka KERANA kita belum tentu menjadi ibubapa sehebat mereka, oleh itujadilah penyeri hidup mak abah.
Sebagai ibubapa pula, kemuliaan yang Allah swt telah berikan kepada kita sebagai ibubapa, usahlah disalahgunakan.Fahamilah kesulitan hidup anak masa kini, berpada-padalah dalam "ingin menguasai hidup anak" terutama anak yang berumahtangga/ tinggal sebumbung, berwaspadalah dalam 'terasa hati' dengan anak-anak keranaditakuti ianya menjadi doa mustajab yang kita sendiri sesali implikasinya dan doakanlah kebaikan anak-anak. Usahlah jadi penghukum terhadap kekurangan anak KERANA kita belum tentu menjadi anak sehebat anak-anak kita, oleh itujadilah pendorong hidup anak-anak.
Anak doakan mak abah, mak abah doakan anak. Moga bersinar bahagialah hidup kita sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Pernahkah diri kita sebagai individu dihina? Contohnya: cara kita berpakaian dikata fesyen lapok, cara kita bercakap diajuk, apa kita makan dicebik, fizikal kita dipermain-mainkan, kerja baik kita diperlekehkan, keluarga kita dikata "tidak layak jadi orang senang", ibubapa kita dicaci salasilahnya, keturunan kita dikata "tidak sesoleh keturunannya". Macam-macam penghinaan yang pernah kita lalui.
Sedikit sebanyak...hati dan perasaan kita pasti terusik. Sedih ada. Marah ada. Geram ada. Bengang ada. Rasa teraniaya ada. Bermacam-macam rasa ada. Jika syaitan dan nafsu berpadu tenaga dan tidak dikawal dengan iman, pasti ada tindakan dalam bentuk perkataan atau perbuatan yang negatif akan kita lemparkan kepada orang yang menghina DIRI kita. Paling pasif, kita akan "berkata-kata" di dalam hati dan kita cuba jauhi dari orang yang menghina kita. Hati kita senang, hati dia pun senang. Mungkin, inilah antara tindakan selamat untuk mempertahankan DIRI jika diri dihina oleh orang perseorangan.
Jika diri sendiri dihina pun, kita terasa sedih dan marah. Apatah lagi apabila agama, negara, bangsa, pemimipin dan rakyat dihina. Samada tindakan menghadapi penghinaan dari orang perseorangan atau apabila bangsa, rakyat, pemimipin, negara dan agama dihina, kita tidak boleh bertindak hentam keromo atau ikut suka hati sahaja. Perlulah kita mematuhi undang-undang dan etika tertentu, menghormati resam setempat serta terus bermunajat kepada Allah swt agar kita diselamatkan dari musibah di"HINA"/ter"HINA" dan dilindungi daripada kemusnahan dan kehinaan yang lebih besar.
Sebagai seorang Islam, kita mesti teramat-amat sedih dan marah apabila Nabi Muhamad saw dihina. Kita sama-sama(bersatu) wajib pertahankan Nabi Muhamad saw kerana ia termaktub dalam rukun iman dan rukun Islam.Kecintaan kepada Allah swt dan Nabi Muhamad saw adalah cinta di carta pertama. Bukankah di bawah ini adalah antara doa kita untuk menjadi teman Rasullullah saw di dalam syurga kelak?
اللهم اني السلوك ايمانا لا يرتد و نقيما لا ينفد و قرة عين الابد . و مرافقة نبيك محمد صلي الله عليه وسلم في جنة الخلد.
Maksud: "Ya Allah, aku mohon kepadaMu keimanan yang diterima, kesenangan yang tidak berkesudahan, kebahagiaan yang abadi, dan menjadi teman dekat Nabi-Mu (Muhamad saw) di syurga yang kekal." [Riwayat Ahmad no 4522, dipetik dari buku "Indahnya Amalan Doa"]
Telah 25/26 hari kita melalui puasa Ramadan. Pengabdian diri kepada Allah swt dalam 10 malam terakhir bagi meraih Lailatul Qadr masih diteruskan dan diperhebatkan. Pada masa yang sama, beberapa persiapan perlu dibuat untuk menyambut hari kebesaran umat Islam, Aidil Fitri, yang telah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah.
Dalam membuat persiapan raya, pastinya ada antara kita yang merasakan diri seolah-olah bersalah dan berdosa kerana lalai terhadap Allah swt, lebih-lebih lagi kelalaian berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Salahkah membuat persiapan raya? Setelah menonton program Ihya Ramadan oleh Syeikh Muhammad Nuruddin di TV Al-Hijrah semalam, kegusaran hati ini terlerai.
Pastinya kita ingin mengemas/mencuci rumah, membeli baju raya, membeli/buat kuih raya, menghantar kad raya, menyusun atur perabot, menggantung langsir baru, menyediakan duit raya, mengemas bagasi, menyelenggara kunci rumah/sistem penggera dan menyelenggara kereta/motosikal. Apabila persiapan ini telah dibuat, diri berasa tenang, bahagia, damai dan selamat untuk menyambut Aidil Fitri.
Apa tidaknya, rumah yang dihiasi cantik serta bersih dan kemas susun aturnya menjadikan ahli keluarga berasa tenang untuk bermesra. Rasa tenang untuk saling bermaaf-maafan. Rasa damai untuk menikmati juadah raya. Kenderaan yang telah diselenggara menjadikan diri dan ahli keluarga rasa selamat untuk berjalan-jalan atau berjalan jauh. Kuih muih yang dibeli atau dibuat untuk diberikan kepada ibubapa sendiri/mertua atau untuk jamuan tetamu membuatkan keluarga dan tetamu terasa dihargai dan bahagia.
Semua persiapan ini boleh dilaksanakan tanpa rasa bersalah atau berdosa asalkan kita:-
1. Niat ikhlas kerana Allah swt (bukan untuk bermegah dengan orang lain)
2. Tidak menangguhkan/meninggalkan perkara wajib (contoh: dek keasyikan bershopping, tak solat zohor, dek keletihan dengan sengaja batalkan puasa dan tak tunaikan zakat fitrah)
3. Sentiasa mengalunkan zikir (tasbih/tahmid) secara 'live' atau dalam hati (contoh:semasa menghias rumah, menunggu giliran di kaunter bayaran)
4. Mendengar bacaan Al-Quran melalui DVD player atau telefon bimbit sambil mengemas rumah, semasa menunggu kereta diselenggara di kedai atau dalam perjalanan ke pusat membeli belah.
5. Ikut kemampuan diri sendiri bukan kemampuan orang lain
6. Tidak membazir walaupun berkemampuan- rancang dulu apa yang nak dibeli/dibuat
7. Tidak membazir masa- rancang masa perjalanan agar dapat berterawih dan qiamullail di waktu malam
8. Ikut syariat Allah swt (contoh: baju raya hendaklah yang menutup aurat, kuih-muih mesti dari bahan atau sumber wang yang halal, duit raya dari sumber wang halal, jaga batas pergaulan semasa bershopping)
9. Tidak mengganggu/menyusahkan orang lain atau awam (contoh: letak kenderaan ikut sesuka hati di kawasan membeli belah, membiarkan sampah bertaburan di tepi jalan asbab sampah dari mengemas rumah)
10. Baca/ulang kaji tentang tuntutan Aidil Fitri seperti solat sunat raya, zikir malam raya dsb
DAMAI hati kerana persiapan raya boleh dibuat tanpa menjejaskan ibadah puasa Ramadan pada 10 malam terakhir. Berpuasa dan beraya dengan tenang dan bahagia!
Kita telah terlalu hampir dengan 10 malam terakhir bulan Ramadan dan pada malam-malam ini mengikut Imam Syafie r.a. adalah Lailatul Qadr. "Mencari Lailatul Qadr" telah diceritakan secara jelas oleh Ustaz Dr Abdul Basit Abd Rahman dalam program Tanyalah Ustaz, TV9 pagi semalam dan pagi tadi.
Yang pastinya Lailatul Qadr itu ada. Apa persediaan kita?Teruskan berzikir. Teruskan membaca/tadabbur Al-Quran. Teruskan solat wajib, tarawih, solat witir dan solat sunat yang lain. Teruskan bersedekah. Teruskan berbuat baik kepada ibubapa dan ahli keluarga. Teruskan melaksanakan tugas harian di rumah (memasak, mengemas, membasuh baju, menyapu lantai dll) sambil bertasbih. Teruskan bekerja/belajar dengan niat kerana Allah, mengikut etika yang diredhai Allah, mengikut etika yang ditetapkan oleh majikan sambil berzikir dalam hati dan bermuhasabah diri. Teruskan berbuat baik sesama insan dan makhluk lain. Ringkasnya, FOKUSSEMUA niat/fikiran/ibadah/perbuatan/aktiviti hanya kerana Allah swt dan berakhlak baik pada setiap saat, di mana jua kita berada untuk sepanjang 10 hari terakhir Ramadan ini (mudah-mudahan berterusan selepas Ramadan).
Mari kita sama-sama berusaha. Mudah-mudahan dengan usaha amalan ini, kita meraih Lailatul Qadr yang dijanjikan "terlebih baik daripada amalan seribu bulan (surah Al-Qadr ayat 3)". Pada MALAM tersebut, malaikat Jibrail dan semua malaikat turun beramai-ramai ke bumi serta memberi salam, berjabat tangan dan mengucapkan amin atas segala doa kepada setiap orang yang sedang melakukan ibadah kepada Allah swt samada sedang berdiri, duduk, bersolat dan berzikir hingga TERBIT FAJAR.
1000 bulan = 83 tahun 4 bulan (83.33 tahun)
Jika umur kita sampai 60 tahun, bermakna kita mendapat pahala amalan baik untuk selama 83.33 tahun dengan lebihan 23.33 tahun. Bukankah itu jauh lebih baik dan menggembirakan daripada segala bonus/harta yang ada di dunia? Moga kita semua menjadi insan terpilih untuk meraih Lailatul Qadr. Jika kita telah terpilih nanti, usahlah diheboh-hebohkan kepada sesiapa (pesan Ustaz...).
Inilah antara nasihat yang masih terngiang-ngiang di telingaku ketika fikiranku dilanda kekusutan dan hatiku diselubungi ketakutan suatu masa dulu. Hampir setiap malam ku isikan waktuku untuk membaca Al-Quran. Ada kalanya, sedang ku tekun membaca Al-Quran, hati tiba-tiba terasa sebak dan air mata mengalir tanpa sebab.
Setiap kali selesai membaca Al-Quran, kupasti mengimbau kembali detik perjalanan hidupku sebelum berlakunya kegusaran ini. Ku terlalu ingin mengetahui puncanya. Setelah hampir dua tahun berlalu, akhirnya ku ketahui jua punca kegusaran tersebut dan dihamparkan di depanku jalan penyelesaiannya. Sejuknya hatiku. Damainya hidupku. Terbukti kitab suci Al-Quran menyelesaikan segala permasalahan kehidupan manusia di dunia ini. Kepercayaanku terhadap Al-Quran bertambah utuh.
Minggu ini, ungkapan yang sama ["Bacalah Al-Quran" ] diberikan oleh Ustaz Hadi di kelas hafazanku. Ustaz yang dilahirkan dan dibesarkan di Makkah selama 27 tahun ini, membakar semangat kami pelajar-pelajar tahfiz separuh masa dengan bercerita mengenai pengalamannya khatam hafaz Al-Quran di kalangan orang-orang Arab. Katanya: "Kita orang Islam, kita mesti hafal dan faham Al-Quran. Umur, bangsa, kecacatan, kesibukan hidup dan kerjaya bukan penghalang untuk menghafaz Al-Quran."
Kami diberi peluang menonton video anak kecil berumur 2 tahun yang telah menghafaz Al-Quran. Kagum pada anak kecil hebat ini dan ibubapanya yang berjaya mendidiknya. "Ya Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkau pimpinlah kami selalu agar kami berjaya menjadiahli Al-Quran dan kami berjaya mendidik anak-anak keturunan kami sehebat anak kecil ini." (Nota: di bawah, video anak kecil ini).
Setiap tahun 1 Mei merupakan cuti umum yang diraikan sebagai Hari Pekerja, menghargai semua insan yang bekerja dan yang menyediakan pekerjaan. Tema hari pekerja 2012 ialah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi". Trofi/ sijil/ hadiah/ bonus dianugerahkan kepada pekerja dan majikan cemerlang terpilih mengikut tapisan yang digariskan oleh pihak penilai seperti majikan, jabatan, syarikat, kesatuan atau kementerian. Dalam ramai-ramai pekerja dan majikan yang cemerlang, pekerja dan majikan contoh dinobatkan agar lebih ramai pekerja dan majikan berinspirasi untuk terus dan lebih cemerlang.
The Paddock, Fraser Hill, Pahang
Penghargaan membawa nilai positif. Maka, majikan teruslah menghargai pekerja-pekerja anda dengan pelbagai cara. Wahai pekerja, teruslah menghargai majikan anda kerana ia telah memberi peluang kepada anda mendapat rezeki yang halal. Ayuh...kita hargai diri kita sebagai seorang pekerja dengan sentiasa:-
Niat bekerja kerana Allah swt. Ini menjadikan kita lebih tenang walaupun tidak/kurang mendapat penghargaan dari pekerja lain/ majikan/ sesiapa pun.
Menjalankan tugas mengikut landasan yang diredhai Allah swt. Ini menjadikan diri kita sentiasa berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah swt di mana juga kita berada walaupun tanpa dilihat/diketahui oleh pekerja lain/ majikan / orang lain.
Konsisten berusaha menyerlahkan akhlak Rasulullah saw dalam pekerjaan kita melalui sifat benar (siddiq), amanah (al-amin), bijaksana (fatonah) dan menyampaikan/ melaksanakan tugas (tabligh). Dalam istilah moden, sifat-sifat ini mungkin dikenali sebagai integriti, akauntabiliti, karisma, kreatif, deliverable dan inovatif. Ini menjadikan kita sentiasa ada contoh teladan yang tepat dalam mengimbangi tugas pekerja, suami/isteri, ibubapa, anak dan yang paling penting tugas sebagai hamba Allah swt.Empat sifat utama Rasullullah saw ini sentiasa menjadi idaman setiap orang yang ingin cemerlang sepanjang zaman (iaitu di dunia dan akhirat).
Memberi sebahagian hasil pendapatan kepada yang hak. Ini menjadikan kita lebih mengharap penghargaan Allah swt dalam menjalankan tugas kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik mutlak Allah swt.
Diharap kita sebagai pekerja/majikan mampu memiliki ciri-ciri di atas, agar segala misi dan visi di peringkat pekerja, majikan, keluarga dan negara akan tercapai. Teruskanlah usaha kita tanpa jemu-jemu untuk bekerja dengan cemerlang walau apa pun jawatan yang kita sandang...sehingga tamat tempoh/akhir hayat.
"Awak...kalau nak berjaya jawab periksa, kena ingat apa yang cikgu ajar"
"Awak...kalau nak berjaya dalam pertandingan menyanyi, kena ingat lirik lagu"
"Awak...kalau nak berjaya jadi peniaga, kena ingat tempahan pelanggan"
"Awak...kalau nak berjaya jadi isteri/suami, kena ingat layanan yang baik" "Awak...kalau nak berjaya jadi pemimpin, kena ingat tanggungjawab"
www.hidayah.com.my
Pernahkah kita mendapat kata-kata nasihat seperti di atas atau seakan-akan dengannya? Ini bermakna kita memerlukan peringkat daya ingatan tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugas/amal. Ada tugas yang patut dilaksanakan dan lupa, ia masih boleh dimaafkan. Berulang kali lupa untuk tugas yang sama, kita sudah mula merasakan seseorang itu ada penyakit pelupa, tidak serius dalam sesuatu kerja, ada masalah yang disembunyikanATAU lebih teruk lagi seseorang itu dianggap pendusta apabila pelbagai alasan diberikan.Sifat DUSTA inilah yang paling ditakuti dan tidak disukai oleh sesiapa pun. Ibubapa tak suka anak dusta, suami/isteri tak suka pasangan berdusta dan yang paling penting Allah swt tak suka pada hambaNya yang berdusta.
Islam telah lama mengajar umatnya untuk menguatkan daya ingatan agar tidak lupa iaitudari pemakanan yang halal, penglihatan yang ditundukkan dari perkara haram, pendengaran yang dihalakan dengan perkara baik, percakapan yang selalu baik lagi benar, ulangkali baca Al-Quran, perbanyakkan solat sunat hinggalah kepada permohonan doa kepada Allah swt.
Dengan daya ingatan yang baik, seseorang itu mampu menjalankan rutin harian atau tugasan yang diamanahkan dengan baik dan sempurna. Contohnya, Islam telah menggariskan ciri-ciri hadis sahih antaranya ialah pelapor yang adil dan dhabit. Pelapor yang adil ialah Islam, baligh, berakal, sempurna daripada sifat fasik dan sempurna daripada perkara yang mencemarkan maruah.
Ciri Hadis Sahih
Manakala, dhabit pula bermaksud setiap hadis disampaikan seseorang pelapor itu mestilah betul dan tepat seperti mana yang diterima. Dhabit ada 2 jenis iaitu (mukasurat 13 dalam buku "40 Hadis Palsu Popular"):-
Dhabt al-sadr - menghafaz hadis yang diterima dan boleh menyebutnya semula dengan baik pada bila-bila masa; bermula ketika dia mendengar sehingga dia menyampaikan hadis tersebut kepada anak muridnya.
Dhabt al-kitab - menulis dengan tepat hadis yang diterima, menjaga catatannya dengan baik dan tidak meminjamkannya catatan tersebut kepada orang lain kecuali orang yang boleh dipercayai; bermula ketika dia mendengar sehingga dia ingin menyampaikan hadis tersebut kepada anak muridnya.
"....nak berjaya dunia akhirat, kena ingat perintah Allah swt & Rasullullah saw"
Surah Yassin (Surah ke-36, 83 ayat) bagaikan nadi dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ku jangkakan surah ini lebih mudah dihafaz kerana acapkali boleh dibaca tanpa melihatnya pabila dibaca beramai-ramai di majlis Tahlil atau Yassin mingguan. Tidak mudah pabila sering tersasul dengan ayat-ayat yang hampir serupa.Pernahkah anda tersasul? Lantas, ku buat sedikit catatan tentang ayat-ayat ini seperti nombor ayat, mukasurat dan bayangkan kedudukannya dalam mukasurat tersebut (kaedah pictography). Dengan cara ini, ku dapat mengesan kesilapan dengan mudah dan cepat.
Perkataan/Frasa
Ayat ke-
Pada Mukasurat
المبين
1.Maksudnya: Nyata/ jelas
2.Jumlah: 7
12
440
17
441
24
441
47
443
60
444
69
444
77
445
يستطيعون
1.Maksudnya: mampu
2.Jumlah: 2
50
443
75
445
صيحة وحدة
1.Maksudnya: satu teriakan yang keras
2.Jumlah: 3
29
442
49
443
53
443
وءاية لهم
1.Maksudnya:dan satu tanda bagi mereka
2.Jumlah: 3
33
442
37
442
41
443
Dek kebiasaan juga, terjemahan ayat-ayat ini kurang kuambil berat kerana perlu menghabiskan bacaan dalam jangka masa tertentu. Baru-baru ini, sewaktu membaca terjemahan ayat-ayatnya, hatiku sungguh tersentuh dengan ayat 60-62. Ayat 60: "Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu."
Ayat 61: "Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus."
Ayat 62: "Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan ramai di kalangan kamu. Maka, apakah kamu tidak memikirkannya?"
Mengapa tersentuh? Sebab Allah swt telah menyatakan secara jelas tentang jalan yang lurus tetapi kita terlalu kerap memilih jalan yang salah iaitu jalan pilihan syaitan. Berbekal iman senipis atau lebih nipis daripada kulit bawang, dicampur dengan ego/lalai/jahil dalam ilmu dan ditambah pula syaitan datang dalam pelbagai bentuk/cara/arah, kita sering memilih syaitan. Maka benarlah ayat 62 ini - ramai telah menjadi juara di sisi syaitan dan sedikit menjadi juara di sisi Allah swt.
Marilah kita memilih jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah swt.