Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Thursday, September 20, 2012

Pertahan Harga Diri (PhD): Cintakan Rasulullah saw

Pelbagai musibah berbentuk "HINA" menimpa kita. 

Sumber: laman-seri.blogspot.com
Pernahkah diri kita sebagai individu dihina? Contohnya: cara kita berpakaian dikata fesyen lapok, cara kita bercakap diajuk, apa kita makan dicebik, fizikal kita dipermain-mainkan, kerja baik kita diperlekehkan, keluarga kita dikata "tidak layak jadi orang senang",  ibubapa kita dicaci salasilahnya, keturunan kita dikata "tidak sesoleh keturunannya". Macam-macam penghinaan yang pernah kita lalui. 

Sedikit sebanyak...hati dan perasaan kita pasti terusik. Sedih ada. Marah ada. Geram ada. Bengang ada. Rasa teraniaya ada. Bermacam-macam rasa ada. Jika syaitan dan nafsu berpadu tenaga dan tidak dikawal dengan iman, pasti ada tindakan dalam bentuk perkataan atau perbuatan yang negatif akan kita lemparkan kepada orang yang menghina DIRI kita. Paling pasif, kita akan "berkata-kata" di dalam hati dan kita cuba jauhi dari orang yang menghina kita. Hati kita senang, hati dia pun senang. Mungkin, inilah antara tindakan  selamat untuk mempertahankan DIRI jika diri dihina oleh orang perseorangan

Jika diri sendiri dihina pun, kita terasa sedih dan marah. Apatah lagi apabila agama, negara,  bangsa, pemimipin dan rakyat dihina. Samada tindakan menghadapi penghinaan dari orang perseorangan atau apabila bangsa, rakyat, pemimipin, negara dan agama dihina, kita tidak boleh bertindak hentam keromo atau ikut suka hati sahaja. Perlulah kita mematuhi undang-undang dan etika tertentu, menghormati resam setempat serta terus bermunajat kepada Allah swt agar kita diselamatkan dari musibah di"HINA"/ter"HINA" dan dilindungi daripada kemusnahan dan kehinaan yang lebih besar

Sebagai seorang Islam, kita mesti teramat-amat sedih dan marah apabila Nabi Muhamad saw dihina. Kita sama-sama(bersatu) wajib pertahankan Nabi Muhamad saw kerana ia termaktub dalam rukun iman dan rukun Islam. Kecintaan kepada Allah swt dan Nabi Muhamad saw adalah cinta di carta pertama. Bukankah di bawah ini adalah antara doa kita untuk menjadi teman Rasullullah saw di dalam syurga kelak?
اللهم اني السلوك ايمانا لا يرتد و نقيما لا ينفد و قرة عين الابد . و مرافقة نبيك محمد صلي الله عليه وسلم في جنة الخلد.
Maksud: "Ya Allah, aku mohon kepadaMu keimanan yang diterima, kesenangan yang tidak berkesudahan, kebahagiaan yang abadi, dan menjadi teman dekat Nabi-Mu (Muhamad saw) di syurga yang kekal." [Riwayat Ahmad no 4522, dipetik dari buku "Indahnya Amalan Doa"]

No comments:

Post a Comment