Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Wednesday, September 12, 2012

Pahit Hendak Ditelan(PhD): Maaf & Ulang Silap

Sumber: dariilhamkehati.blogspot.com
Di minggu pertama Syawal, pelbagai sakit menjelma dek perubahan tabiat makan sewaktu menikmati juadah raya semasa saling ziarah menziarahi. Demi menghormati dan menjaga hati tuan rumah, selalunya kita akan menjamah satu atau dua juadah. Ziarah rumah pertama...masih OK lagi. Rumah ke-3? Rumah ke-6? Dah  tentulah badan akan keletihan dan sistem penghadaman tidak keruan. Dah sakit...kenalah telan ubat walaupun pahit. Pahit ubat masih mampu dan gagah untuk diri menelannya. 

sumber: http://ksoipgmkdri.blogspot.com 
Amat-amat pahit untuk menerima sebuah kemaafan yang tidak sampai beberapa detik waktu, janji kemaafan tadi telah didustai. Kesilapan sama telah diulang kembali. Jika yang melakukannya adalah seorang kanak-kanak kecil, tidaklah begitu merunsingkan. Tetapi, jika yang melakukannya adalah seorang insan yang telah mengharungi kehidupan selama lebih 3 dekad dan telah melalui lebih daripada dua perkahwinan, ia adalah sesuatu yang amat menakutkan. Lebih meragut jantung hati ini, ia adalah seseorang yang ada hubungan kekeluargaan denganku. 

Kusempat berbisik padanya ketika bersalaman: "kembalilah sujud kepada Allah dengan solat, maka barulah kita mampu bersujud kepada orang yang telah membesarkan dan melahirkan kita". 
Teringat terjemahan ayat 15 dalam Surah As-Sajdah yang kita akan sujud tilawah setelah membacanya:
"Sesungguhnya yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (tanda taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap takbur."
Ku akan selalu memanjatkan doa agar insan ini insaf sebelum kembali bertemu Allah buat selama-lamanya. Itulah insiden yang kusaksikan sendiri sewaktu balik berhari raya baru-baru ini. Kusangka insiden seperti ini hanyalah berlaku dalam drama TV tapi ia benar-benar berlaku dalam kehidupan realiti!

No comments:

Post a Comment