Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, April 29, 2011

Puncak Harungi Debar (PhD): Puncak Alam Banjir?

Satu dunia telah maklum bahawa hari ini (29 April) merupakan "Royal Wedding: William and Kate". Penduduk dan Keluarga Diraja Britain berdebar menunggu tarikh bersejarah ini. Aku dan suami hanya tersenyum pabila menonton iklan dan program TV Pengantin Diraja Britain ini kerana tarikh itu adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-16. Berdebar juga sebab dah lebih satu dasawarsa melalui gerbang perkahwinan ini dan pelbagai ujian diharungi bersama. Bukan hanya tiga rasa ujian yang mendatang, malahan rasa hybrid pun ada! Moga aku menjadi isteri yang lebih dicintai suami dan dirahmati Allah senantiasa.


Seawal pukul 4.00 pagi aku sudah terjaga dan mata tak boleh lelap lagi. Teringat rakan karibku, ZD, yang akan viva PhDnya hari ini. Aku yang berdebar lebih. Beliau merupakan rakan yang serius mengajak aku membuat penyelidikan semasa di UiTM Johor. Aku rasa amat bertuah kerana mendapat seorang kawan seperti beliau. Aku doakan segalanya dipermudahkan buat beliau. Tiba-tiba kudengar bunyi hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati berkata: "Ooo...hujan di Kota Kemuning semalam, dah sampai Puncak Alam rupanya." Hujan terlalu lebat daripada biasa. 

Longkang besar air melimpah
Alur air di tebing bukit - air deras!
Suamiku yang menghantar Danish ke sekolah berkata: "Jem teruk, sebab banjir kilat jalan ke sekolah." Aku hanya mengangguk tetapi hatiku seakan tidak percaya; walaupun logiknya ada. Sewaktu menyusur jalan ke Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi, suamiku menunjukkan kawasan dan longkang-longkang besar dipenuhi dengan air; melimpah ruah. Air naik di laluan dari Felda Bukit Cerakah dan laluan dari Taman Industri Alam Jaya (TIAJ). Kami di Puncak Alam tersekat, tak boleh keluar. Kami tak jadi ke Shah Alam. Orang ramai yang nak ke tempat kerja terkandas! Ada yang menelefon majikan masing-masing dan majikan seakan tidak percaya Puncak Alam banjir! 
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Teringat kisah banjir dan bahtera Nabi Nuh (kisah penemuan misteri bahtera itu diterbitkan pada 28 April 2010 di Berita Harian Online). Moga kita semua insaf dan mensyukuri segala nikmat Allah dengan menterjemahkannya dengan cara yang benar-benar BETUL dan BENAR; bukan berbaur halal dan haram. 

Air naik di Felda Bukit Cerakah
Kenderaan Yang Mencuba Nasib


Air melimpah ke ladang kelapa sawit
Terjejas tanaman dek arus air
Kiri kanan Jalan Laluan ke TIAJ

Orang ramai menunggu air surut

Tuesday, April 26, 2011

Puas Hati Dapat (PhD): Pesta Buku Antarabangsa 2011

Perasmian KLIBF 2011
Pesta Buku Antarabangsa sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun dan selalunya kami memilih hari bekerja untuk berkunjung. Kurang sesak. Hari ini (25 April), selepas urusan membayar bil di Shah Alam, kami terus ke PWTC. Masih awal dan tempat letak kereta pun masih banyak. Rupa-rupanya hari ini ada upacara perasmian Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) 2011; yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin. Aku pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar TPM semasa beliau sedang berucap.
Lunch Nasi Goreng RM 6.00
Berbual dengan Adik Adi Putra










Kami dapat berjumpa dengan kawan lama yang juga merupakan pensyarah yang pernah bertugas di UiTM Johor iaitu Ustaz PM Dr Ahmad Zaki. Rasanya terserempak dengan beliau hampir 3 kali. Aku  juga berpeluang berbual dengan adik Adi Putra, pelajar genius matematik. Seawal umur 3 tahun, beliau sudah menghafal sifir. Hebat! Kini, beliau juga sudah menghafaz Surah Yassin.  Alhamdullillah! Sempat juga aku mendapatkan tandatangan si cilik genius ini.

Buku untuk anakku, Danish
Chinese Calligraphy
Hampir berpinar juga mataku melihat banyak sangat buku yang hendak dipilih. Sukarnya nak buat pilihan! Kaki rasa dah nak tercabut, kepala dah pening, perut dah lapar. Tapi belum puas membelek buku lagi. Terpaksa juga berhenti rehat dan kemudian solat. 

Hemm...hadiah terhebat untukku hari ini ialah akhbar Kosmo percuma! Bukan sebab percuma tetapi suamiku berkenan dengan pakej Haji dalam iklan di akhbar tersebut. Allahu Akbar! Gembiranya hatiku!

Antara buku yang Dibeli
Selepas solat, kaki semakin rasa tak larat. Tapi hati masih ingin melihat lebih banyak buku. Tak sanggup untuk naik atas lagi. Stesen terakhir kami ialah GempakZ untuk mencari judul terbaru komik siri Ikhtiar Hidup. Komik Sains kegemaran anak-anak. Dah tengok-tengok...tak pasti yang mana satu belum ada. Ahh...Danish sekolah hari ni; kalau tak dia pasti tahu. Ada rezeki kami akan pergi lagi hujung minggu ini...tarikh akhir 1 Mei 2011. 

Judul Buku & Barangan Lain
Penerbit
Harga (RM)
1.      Md. Ali Berahim (2010), Pelanggan Setia
PTS
20.00
2.      Syahrul Nizam Junaini (2010), Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni
PTS
20.00
3.      Hj Johari Hj Alias (2009), Panduan Haji, Umrah dan Ziarah
Darul Nu’man
10.00
4.      Md Ghazali Ibrahim (2011), Nota Wasiat
Must Read
15.90
5.      Ida Munira (2010), Danish, Cincin Yang Hilang
Must Read
13.90
6.      Dr Muhammad bin AW al-‘Aqil (2010), Fitnah Akhir Zaman: Menyingkap Hura-hara dan Kekacauan Akhir Zaman
Pustaka Imam Asy-Syafi’i
50.00
7.      Nicholas Walliman (2011), Research Methods: the basics
Routledge Taylor & Francis Group
62.35
8.      Kor Liew Kee dan Teoh Sian Hoon (2009), From Literature Review to Developing a Conceptual Framework and to Journal Writing
McGraw Hill
30.00
9.      Adi Putra (2011), Seni Matematik IslamGenerasi Genius
ADI Genius Matematika
40.20
10.  Muhammad Lili Nur Aulia (2011), Cinta di Rumah Hasan Al-Banna
Alam Raya Enterprise
13.00
11.  Chinese Calligraphy : Ayat Kursi
Xian, China
120.00
12.  Cenderahati Pesta Buku (Beg dan buku nota)
Penganjur
10.00
13.  Saujana Mohd Rejab (2011), DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi dan Kawalan
PTS
12.90
14.  Abdul Latip Talib (2011), Imam-imam Yang Benar
PTS
55.00
JUMLAH SEBELUM DISKAUN
473.25

Sunday, April 24, 2011

Produk Hasil Dusta (PHD): Air Zamzam Tiruan, Balasan Allah Akan Tiba

Membaca berita tentang air zamzam tiruan di akhbar Kosmo, hati rasa sangat terkilan dan sedih dengan segelintir rakyat Malaysia. Air zamzam dicampur dengan air bukit dan telaga. Peniaga tipu? Tipu hukumnya DOSA. Pembeli yang tertipu? Doanya MAKBUL....maka para peniaga yang menipu akan terima balasannya samada di dunia atau di akhirat. Takkan aman dan selamat hidup orang yang menipu. TAUBAT lah sebelum terlambat dan hentikanlah segala aktiviti penghasilan air zamzam tiruan.  

Memanglah sebagai pengguna perlu banyak ilmu untuk mengetahui produk yang asli. TETAPI sampai bila pula peniaga mesti terus menipu? Mengapa buat begitu wahai peniaga? Tak cukup banyakkah nikmat yang Allah beri selama ini? Nikmat tangan, kaki dan macam-macam lagi. Kalaulah Allah ambil nikmat-nikmat tersebut, nak berniaga pun tak merasa....nak cepat untung...jauh sekali.

Nak tunggu BALASAN Allah yang bagaimanakah baru kita mahu berhenti memperdayakan pelanggan? Tsunami? Gempa bumi? Penyakit berjangkit? Nyamuk? Tanah runtuh? Bangunan runtuh? Anak/Ibubapa sendiri mati? Negara musnah? Ambillah iktibar dengan keadaan dunia sekarang....pelbagai musibah [seperti paksi bumi teranjak, gempa bumi sana sini, banjir tak berhenti-henti, kesan radioaktif, fitnah melampau ] yang diturunkan oleh Allah swt agar manusia BERHENTI membuat kemusnahan. 

Kaum Jurhum dan air zamzam
Kaum Jurhum merupakan salah satu kaum yang dipandang tinggi kedudukannya di Makkah suatu ketika dulu.  Walaubagaimaanapun, kaum ini tidak menghiraukan nasihat Midad bin Amr bin Al-Haris bin Amr agar tidak merendahkan dan membuat tindakan yang melampau di Tanah Haram milik Allah swt. Perigi zamzam telah tertimbus dan hilang ketika kaum Jurhum berbuat sesuka hati di Tanah Haram. 
Mereka ini angkuh dan berkata kepada Midad: "Siapakah yang akan mengusir kami? Bukankah kita adalah kaum yang terkuat, yang paling ramai mempunyai pasukan dan senjata?  
Midad bin Amr berkata: "Jika kamu semua melakukan tindakan jahat, saya khuatir kamu akan diusir oleh Allah dalam keadaan terhina, sehingga tidak seorang pun dari kamu semua boleh sampai ke Tanah Haram ini."
Kemudian Allah swt mengalahkan kaum Jurhum menerusi kaum Khuza'ah. Kaum Jurhum diusir oleh kaum Khuza'ah hinggalah mereka menjadi orang-orang yang berada dalam buangan dan musnah dalam satu pertempuran. Kaum Khuza'ah berjaya menguasai Makkah.

Pohon Hening Doa (PhD): Doa Selepas Solat (I)

TANYALAH USTAZ TV9Di hujung siaran program Tanyalah Ustaz, Muqaddimah, Usrah, Tanyalah Ustazah dan Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9, selalunya para penceramah akan membacakan doa. Doa yang menusuk kalbuku sebagai seorang penonton setia adalah doa yang dapat dihayati isi kandungannya dan dibaca dengan nada suara merayu kepada Allah swt. Aku dan ramai penonton mungkin lebih menjiwai doa yang dibaca dalam bahasa hati (iaitu Bahasa Melayu) kerana bahasa hati ini membuatkan diri lebih dekat dengan Allah swt.  Namun, aku juga akan melipatgandakan usaha untuk menghafal doa-doa dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran.
Hari ini kumahu catatkan doa yang sering kubaca sewaktu selepas solat di dalam blog sendiri. Himpunan doa-doa ini kuambil dari buku Amalan dan Ibadat Seharian oleh Hj Johari Hj Alias (1992). Doa-doa ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Arab. Sehingga hari ini, buku doa ini kubawa setiap kali bermusafir. Dah naik lusuh dibuatnya! Himpunan doa di bawah tidak termasuk awalan dan akhiran doa iaitu puji-pujian ke atas Allah swt dan selawat ke atas Nabi saw. 
{Doa 1} [ Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku dan dosa-dosa ibubapaku, serta kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka berdua mengasihaniku semasa aku masih kecil. 
Ya Allah, akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan imanku sesudah Engkau kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahilah aku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. ]
{Doa 2[ Ya Allah wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada syak dan keraguan dan menyegutukanMu dan aku berlindung denganMu daripada kufur dan beriman dengan pura-pura, dan aku juga mohon perlindungan denganMu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk, dan kesudahan yang buruk pada harta-hartaku, keluargaku dan anak-anakku sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Aku juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenciku di atas kekecewaanku, dan aku mohon perlindunganMu daripada mengidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan. ]
{Doa 3[ Ya Allah, aku memohon dariMu kebajikan yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan aku tidak ketahui. Aku memohon dariMu syurga dan apa saja yang boleh aku menghampiri kepadanya dari percakapan, perbuatan gerak hati dan keyakinan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka dan apa saja yang boleh menghampiri aku kepadanya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan. 
Ya Allah, aku memohon kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh hambaMu dan pesuruhMu, Nabi Muhamad s.a.w. Ya Allah, apa yang Engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya petunjuk wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri sendiri, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia. Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmatMu, aku memohon pertolongan, dan dari azabMu aku minta dijauhkan, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya sebagaimana Engkau perbaikkan orang-orang yang soleh.  ]
[Nota: Klik untuk Doa Selamat dan doa sebelum/selepas belajar (update 13/9/2012)]

Friday, April 22, 2011

Penuh Khasiat Dalamnya (PhD): Air Zamzam

Hampir setiap hari aku minum air zamzam. Aku cuba pastikan bekalan air zamzam sentiasa ada. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang air zamzam, kucari buku-buku di kedai namun masih belum ada rezeki lagi. Artikel-artikel atas talian yang menarik perhatianku antaranya ialah dari blog air mizam. Walaupun aku belum mencuba lagi produk air mizam (kombinasi air zamzam, mineral kristal putih dan amber) ini, aku sangat kagum dengan hasil kajiannya tentang air zamzam dan hati tambah terpikat apabila melihat illustrasi struktur air zamzam.

Hasil Kajian Ke Atas Air Zamzam
Bila kuimbau kembali, sebelum berpindah ke Selangor, sekitar tahun 2009, rupa-rupanya aku telah banyak menerima email mengenai hasil kajian Profesor dari Jepun, Dr Masaro Emoto mengenai kesan pemikiran terhadap molekul air. Air biasa yang disalurkan dengan fikiran positif menjadikan struktur airnya indah. Bayangkan air zamzam, air dari syurga pasti lebih hebat, indah dan sempurna strukturnya. Di alam dunia lagi Allah swt telah mengurniakan satu contoh makanan asalnya dari syurga. Kita selalu mengimpikan SYURGA...tetapi keyakinan kita (termasuk diriku sendiri) masih tidak begitu utuh dan sempurna terhadap air zamzam.

Dalam aku tercari-cari buku mengenai air zamzam, alangkah terkejutnya aku apabila TERJUMPA sebuah buku sedemikian di dalam rumahku sendiri! Aku amat pasti bahawa buku ini bukan milikku. Bila kubuka mukasurat pertamanya...kulihat nama suamiku tertera di situ. "Buku ini hadiah semasa abang rasmikan satu program pelajar", jelasnya. Tanpa banyak bertanya, aku terus membaca buku ini. Buku ini tak tebal tetapi aku mengambil masa dua minggu untuk menghayatinya. Lama betul! Banyak perkara yang masih aku tidak tahu tentang air zamzam. 

Intipati Buku Yang Kubaca
Pengarang buku ini menyenaraikan 54 nama air zamzam di antaranya ialah Barakah, Barrah, Busyra, Sabiq, Salimah, Sayyidah, Shafiyah, Tahirah, Tayyibah, Ghiyath, Zhahirah, Maimunah, Zumazim dan juga Zamzam (mukasurat 55 - 57). Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasullullah saw bersabda: "Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan." Air zamzam merupakan air terbaik di muka bumi, wujudnya menerusi Malaikat Jibrail, atas doa iaitu rezeki pertama bagi Nabi Ibrahim (a.s) dan digali semula oleh datuk Nabi Muhamad saw, Abdul Mutalib bin Hasyim, ketika menjelang kelahiran Nabi Muhamad saw. Air zamzam telah wujud sejak Nabi Ismail (a.s) dan akan terus wujud selagi dunia wujud.

Ketika meminum air zamzam, seseorang selalunya mengiringkan doa dengan harapan mendapat ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan sembuh dari segala penyakit. Mengikut Imam Malik: "Tidak akan berDOA seseorang itu, kecuali ia akan mendapat salah SATU daripada TIGA perkara berikut: (1) diperkenankan doanya, (2) ditunda perkenan ke atas doanya atau (3) dihapuskan dosanya." Oleh itu, pada dasarnya keajaiban air zamzam dapat dirasai adalah bergantung kepada NIAT orang yang meminumnya.

Ibnu Al-Arabi Al-Maliki mengatakan: "Khasiat air zamzam ini ada dan berkekalan hingga hari kiamat, untuk orang yang BENAR niatnya, BERSIH perasaannya, tidak mendustakannya dan tidak sekadar mencuba-cuba atau agak-agak. Sebab, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berTAWAKKAL. Dia akan membuka AIB orang yang hanya ingin mencuba-cuba."

Doaku
Ya Allah, terlalu banyaknya petunjuk yang Engkau berikan padaku selama ini. Aku amat-amat bersyukur kerana Allah masih membuka hijabku agar aku senantiasa berada di jalan yang lurus. Ya Allah, usah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberiku petunjuk.

Saturday, April 16, 2011

PhD Banyak Ertinya

PhD adalah akronim untuk Doctor of Philosophy, ijazah tertinggi dalam pengajian akademik formal. Aku mendapat pelbagai cerita pahit manis yang dikongsikan oleh para akademik yang telah melalui proses pengajian tertinggi ini. Para akademik ini memeterikan kisah dan nasihat mereka melalui persembahan multimedia (slideshow), sembang-sembang, e-book dan juga buku. Antara para akademik yang sudi berkongsi pengalaman SEBELUM aku meneruskan pengajian PhD ialah Prof Dr Mohd Nasir Taib, Prof Dr Ir Sr Suhaimi Abdul Talib, Dr Jumiati Ismail, Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim , Prof Madya Dr Omar Samat dan Prof Madya Dr Ismail Musirin. Moga aku berjaya seperti mereka.

Ada Nilai Positif
Ada Nilai Negatif
1.      Pizza Hut Delivery
·        Penghantaran Pizza oleh Pizza Hut Malaysia 
1.      Perasaan Hasad Dengki - sifat mazmumah yang boleh menghancurkan diri sendiri dan orang lain. Berdosa!
2.      Pizza Home Delivery
·         Pizza Home Delivery di Aberdeen
2.      Permanent Head Damage - mungkin ada yang mengalami lupa ingatan.
3.      Piled Higher & Deeper
·       Sebuah komik yang dihasilkan oleh Jorge Cham
·     Diterbitkan di akhbar The Stanford Daily, Carnegie Mellon University, MIT and Caltech.
3.      Pure Hair Dent - mungkin ada yang  kehilangan kuantiti rambut lebih awal dari usia semasa.
4.      Pohon Hidup Diriku
·      Pohon Hidup Diriku yang aku adaptasi dari Program Halaqah Sentuhan Qalbu yang bertajuk Pohon Hidup.
4.      Push Here Dummy - walaupun niatnya baik tapi perkataan Dummy itu tidak sesuai.
Nota: Ada banyak lagi erti PhD, cuba klik http://acronyms.thefreedictionary.com/PhD

Aku sangat berharap pengajian PhD yang kulalui ini membawa nilai-nilai yang baik dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya ilmu yang Engkau anugerahkan padaku hanyalah sebesar zarah dari ilmuMu yang begitu luas. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku insan yang sentiasa bertaqwa dan bersederhana samada semasa miskin ilmu atau kaya ilmu.  Sesungguhnya, Engkaulah Allah yang Maha Mengetahui dan Lagi Maha Luas IlmuNya. 

Wednesday, April 13, 2011

PhD == Pohon Hidup Diriku

Semalam aku amat letih tetapi kuminta suamiku mengejutkanku jika aku terlelap kerana aku benar-benar ingin menonton Halaqah Sentuhan Qalbu pukul 10.00 malam di TV9. Program ulang tayang! Topiknya kali ini ialah Pohon Hidup  dan tetamu jemputannya adalah Mufti Negeri Perak, SS Tan Sri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria. Aku amat tertarik dengan tajuk dan juga tetamu jemputannya. Program ini amat menyentuh hati nuraniku kerana ianya membawa penonton melihat diri sendiri secara terus. Membawa penonton muhasabah dan menginsafi diri secara live. Hari ini aku mendapat satu lagi makna PhD iaitu Pohon Hidup Diriku

Lebih menginsafkan aku ialah apabila ulama atau Mufti Negeri Perak ini sebak dan mengalirkan air mata ketika menghuraikan sebuah hadis tentang menyediakan diri agar Pohon Hidup dalam diri kita terus subur. Pohon hidup yang dimaksudkan dalam program ini ialah Pohon IMAN. Kita terlalu sibuk membajai dan menyiram pohon duniawi sehingga kita lupa untuk menyiram dan membajai pohon IMAN. 
Pohon IMAN kita tandus, kering, kontang dan terbiar. Wang yang kita cari bukan tujuan untuk Allah, suami/isteri yang kita cinta bukan kerana Allah, anak-anak yang kita pelihara dan sayangi bukan kerana Allah, harta yang kita miliki bukan digunakan kerana Allah, karier yang kita ada tidak dilaksanakan kerana Allah, ilmu yang kita cari bukan kerana Allah.   Berkejar-kejar ke sana ke sini. Sibuk sana sini. Berlumba-lumba tak tentu hala.  Semuanya bukan kerana Allah. 
Kita menjadi hamba dunia. Tanggungjawab wajib diabaikan apatah lagi yang sunat. Tanggungjawab pada Allah dikemudian-kemudiankan. Solat tak sempat. Sedekah tak cukup duit. Makan dan minum ikut sempat; bukan ikut adab dan halal. Adab dan etika diketepikan. Ambil hak orang sana sini. Salahkan orang kanan kiri. Kita lupa janji kita, kita lupa muhasabah diri kita. Kita sebenarnya hanyalah hamba Allah dan khalifah di bumi ini yang menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya untuk bekalan hidup yang abadi di akhirat kelak.
Kalau insan yang begitu taqwa, warak dan tawadduk seperti Mufti Negeri Perak juga menangis, adakah aku tidak menangis? Adakah aku masih ego pada Yang Maha Pencipta? Adakah aku merasakan aku tidak berdosa? Atau adakah merasakan segala yang kulakukan diterima Allah? Aku yakinkah aku tidak berbuat  sebarang khilaf? Sempurnakah aku? Ternyata hanya Nabi Muhamad saw sahaja manusia yang maksum (sempurna) di dunia ini. Baginda yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt TIDAK PERNAH berhenti bertaubat lebih daripada 70 kali setiap hari sepanjang hayatnya. Bagaimana pula dengan aku? 

Akhirnya...aku menangis jua. Air mata tidak dapat dibendung lagi. Mengalir deras. Ditambah pula mindaku memutarkan semula (flashback) detik-detik hidup yang lalu...! Banyaknya khilaf, salah, lalai, leka, alpa, amarah, jahil dan dosa. Ya Allah...ampunilah hambaMu ini. Usah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri petunjuk. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pengurnia.

Tuesday, April 12, 2011

Rindukan Mekah & Madinah

Seawal pukul 10:30 pagi (8 April) kami dah tiba di KLIA untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Su dan Mak Su yang akan menunaikan umrah. Bagi Pak Su dan Mak Su, ini merupakan pengalaman pertama mereka ke sana. Setelah semua ahli rombongan telah berkumpul di Kaunter L, kami diberitahu bahawa penerbangan sebenar adalah pukul 8:30 malam; bukannya pukul 3:00 petang. Jelas terbayang, wajah ahli rombongan sedikit suram kerana terpaksa menunggu lebih lama. Kasihan melihat wajah mereka terutamanya mereka yang dah 'berumur' dan wajah ahli keluarga yang menghantar. "Ah...lamanya kena tunggu!" Itulah antara sedikit cabaran sebelum menjadi tetamu Allah. 

Ahli keluarga Kota Tinggi
Terkenang saat-saat indah semasa pertama kali menjadi tetamu Allah pada Mei 2009. Kalau boleh nak berada di sana sepanjang hayatku. Sewaktu peninggalanku selama 2 minggu, emak dan abahku menjaga anak-anakku, Dhia dan Danish. Abah menghantar Dhia ke sekolah di Bukit Siput dan Danish ke tadika di Gemereh. Itulah pengorbanan abah dan mak padaku...dia seolah-olah merasai dan mengerti yang anak sulungnya ini dilanda badai dalam hidup. Hujung tahun 2008 merupakan tahun badai... yang membuatkan hatiku hancur luluh, jasadku hampir kaku dan nafasku hampir terhenti.

Tanah Suci Mekah 
Sebaik kaki menjejaki Lapangan Terbang Jeddah, hati semakin berdebar dan gusar. "Adakah aku diterima menjadi tetamuMu, Ya Allah? Aku terlalu banyak salah, aku terlalu banyak dosa, Ya Allah. Kau ampunkanlah aku, Ya Allah. Kau permudahkanlah, Ya Allah." rintih hatiku sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah dan dari Madinah ke Mekah. Namun, kegusaranku berakhir sebaik sahaja tiba di kedua-dua Tanah Suci. Hatiku yang luluh, kini terasa terlalu DAMAI dan TENANG. Ketenangan yang tak boleh digambarkan.  Terlalu banyak hidayah dan petunjuk yang Allah pancarkan dalam hati dan fikiranku agar aku dapat meneruskan kehidupan yang mendatang dengan penuh ketaqwaan.


Masjid Nabawi
Dulu ku hanya tahu bahawa kasih sayang Allah itu Maha Luas dan Maha Kekal. Sekadar tahu dan yakin disebabkan ilmu tauhid yang kupelajari. Kini, nikmat kasih sayang Allah swt dan Rasulullah saw yang kurasai di Tanah Suci dulu, membuatkan aku lebih menyakini kasih sayang Allah serta sentiasa menghargai dan mensyukuri setiap pemberianNya. PemberianNya dan kasih sayangNya terlalu sempurna! Hatiku benar-benar rindukan Mekah dan Madinah. Hatiku benar-benar rindukanMu, Ya Allah. Ya Allah, pilihlah aku dan suami sekali lagi untuk menjadi tetamu agungMu bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5 pula. Moga doaku ini dimakbulkan. Amin....

Friday, April 8, 2011

Telor Kembar Kuning & JJCM

Kini di Malaysia semuanya mewah. Sebut sahaja nak makan apa...makanan barat, timur, kampung, buah-buahan....semuanya ada. Teringat pada rakyat Palestin dan mangsa Tsunami di Jepun...sukarnya hidup mereka...Apalah yang mereka makan di saat dan ketika ini. Rasa syukurnya atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan! 

Telor kembar kuning 
Telor rebus separuh masak dan telor goreng 'goyang' ( goyang maksudnya kuning telor tak masak ) adalah sarapan kegemaran anakku Danish. Satu hari, sewaktu ingin menggoreng telor goyang untuk dimakan bersama mee hoon goreng, aku sangat terkejut bila melihat dua kuning dalam satu biji telor. Wah....boleh dapat anak kembar ni!

Steamboat pula adalah makanan yang membuat seleranya tinggi. Itulah yang dikatakan Danish pada minggu lalu (3 April) sewaktu menikmati steamboat di Restoran Johnny, Jaya Jusco, Bukit Raja. 

Danish Tak Sabar Tunggu Hidangan
Steamboat Set B (RM29.90)
Durian Kunyit Kuala Selangor
Durian ialah raja buah. Semua ahli keluarga gemarkannya  KECUALI Danish. Sewaktu kami tinggal di Segamat, musim durian amat ditunggu-tunggu kerana durian Segamat sememangnya sedap dan rasanya amat berbeza. Sejak berhijrah ke Selangor, kami cuba mencari durian yang setara dengan durian Segamat. Baru-baru ini, kami dapat merasa durian kunyit dan durian kampung. Kami beli di gerai berhampiran Tesco, Kuala Selangor. Boleh tahan sedapnya!

Lamb chop...dah lama tak makan! Kat mana yang sedap eak? Tiba-tiba rasa nak makan makanan Barat. Suamiku pun ajak pergi ke Petaling Jaya sebab dia nak beli Papago dan kemudian cari lamb chop di One Utama (4 April). Kami cuba cari restoran yang sesuai, banyak pulak restoran yang tak halal. Aduh...cabaran 3x...sabar 3x. Akhirnya, kami jumpa The Breeks, Seoul Garden Restoran. Kami pekena satu set lamb chop dan satu set chicken chop. Sedap, mengenyangkan dan harganya berpatutan. Restorannya pula macam dalam taman! 
Breeks, Seoul Garden Restoran
Chicken Chop RM19.90
Lamb Chop RM24.90