Buku Doa Tertua Buatku |
Koleksi buku-buku doa kian bertambah. Begitu banyaknya doa yang telah Islam sediakan untuk kita menjalani kehidupan seharian; bermula dari celik mata bangun tidur waktu pagi hinggalah kita memejamkan mata untuk tidur waktu malam. Doa adalah senjata paling canggih dan berkesan. Senjata yang tiada tolok bandingnya, namun senjata ini jugalah yang kita selalu abaikan. Mulai saat ini, marilah kita sama-sama jadikan DOA sebagai jalan/ alat/ kaedah/ penawar/ lafaz/ niat PERTAMA untuk kita menghadapi SEMUA tugas, aktiviti harian dan masalah yang mendatang!
Berikut adalah doa yang dikenali sebagai DOA SELAMAT (menurut buku doa tertuaku).
[ Ya Allah, ya Tuhan, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki. Dan bertaubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah, ringankanlah ke atasku semasa sakaratul maut dan lepaskanlah dari api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan.
Hadiah dari kawanku, Saunah Wahai Tuhanku, janganlah Engkau sesatkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku. Berilah aku rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi. Ya Allah, yang mengetahui perkara yang ghaib dan kekuasaanMu terhadap sekalian makhluk; hidupkanlah aku selama Engkau mengetahui bahawa hidup itu baik untukku dan matikanlah aku selama Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik untukku.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu kalimah yang ikhlas ketika tenang dan ketika marah. Aku memohon kepadaMu kesederhanaan samada semasa miskin atau semasa kaya dan aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak binasa. Aku memohon keredhaanMu terhadap qadha'.
Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman, jadikanlah aku orang yang mendapat petunjuk. Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah aku dari azab neraka. ]
[Nota: Klik untuk doa-doa lepas solat yang lain, dan doa sebelum/selepas belajar (13/9/2012)]
No comments:
Post a Comment