Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, May 24, 2011

Peristiwa Hulu Diinsafi (PhD): Ambil Iktibar

Sayu melihat anak ini menangis...
Tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Taqwa Felcra Semungkis di Hulu Langat pada 21 Mei lalu menggemparkan penduduk Malaysia. Senarai nama mangsa yang terkorban kesemuanya adalah lelaki dan aku yakin mereka ini adalah orang yang baik-baik.  Sememangnya, salah satu petanda akhir zaman ialah orang yang baik-baik akan pergi dahulu. Marilah kita pejamkan mata dan merenung jauh ke dalam diri kita sedalam-dalamnya. Cuba tanyakan pada diri, adakah aku yang masih tinggal ini tergolong dari orang baik-baik?

Kematian hadir tidak lewat walaupun sesaat. Antara kenyataan mangsa kejadian berkata: "....semuanya berlaku terlalu pantas...selepas 30 minit keadaan sepi tanpa jeritan lagi." Entah bila pula giliran kita. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang telah pergi dan kita doakan mangsa yang terselamat kembali pulih traumanya dan aktiviti rumah anak yatim ini kembali seperti sedia kala.

Kulihat bukit berhampiran rumah. Terbayang runtuhan tanah Hulu Langat. Hati kecilku berkata-kata: "Agaknya bumi dah terlalu TUA. Dah berapa teruk, bumi bongkok? Dulu Nabi kata bumi dah bongkok tiga. Kasihannya bumi. Maafkan kami, bumi. Kami, manusia, yang tidak pandai menguruskanmu dengan baik. Kami khalifah mukabumi yang mungkin jahil atau tamak. Kami telah mengambil PASAKmu iaitu bukit bukau dan gunung ganang yang selama ini menyokong keutuhanmu."

Bagaimana caranya kami mahu PULANGkan semula pasakmu, wahai bumi? Di mana kami nak cari ganti pasakmu, wahai bumi? Teknologi moden pun tak mampu mencipta semula pasakmu. Jika dikumpulkan semua manusia di bumi ini, kami sememangnya TIDAK MAMPU mencipta sepotong ayat sehebat ayat Al-Quran. Inikan pula, kami mahu mencipta semula bukit bukau dan gunung ganang. Maafkan kami, bumi. Ampunkanlah kami, Ya Allah...Ampunkanlah kami, Ya Allah...Ampunkanlah kami, Ya Allah...kerana membuat kerosakan di bumi yang bertuah ini. Satukanlah hati-hati kami untuk tidak menyalahkan sesiapa.


No comments:

Post a Comment