 |
Sungai Kuantan |
Suamiku yang ambil berat tentang ulangtahun perkahwinan kami. Pada awal Mei lalu, suami membawa kami bercuti ke Kuantan Pahang. Bertolak pagi dengan kelajuan kereta ala-ala bersantai supaya tiba di Hentian R&R Temerloh pada waktu tengahari. Bukan apa...kami kepingin makan gulai tempoyak ikan patin dan pucuk ubi. Sedapnya hingga menjilat jari! Danish yang pada mulanya tak lalu makan, sangat berselera setelah kuberi isi ikan patin. Aku pula habiskan kuah gulai tempoyak. Sampai di hotel, rasa nak demam! Menginap di
Swiss Garden Resort & Spa. Cantik, Selesa dan Sedap makanannya! Terlerai segala bebanan yang ada, buat seketika. Begitulah hebatnya nikmat Allah, di dunia lagi kita sudah merasai manis dan indahnya nikmat Allah. Bayangkan, kalau di syurga tentunya lebih hebat!
Moga ikatan perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat; bersama menempuh suka duka kehidupan. Doa ini yang sering kubaca (tak kira masa) untuk mengekalkan kasih sayang suami, isteri dan anak-anak iaitu Surah Ali-Imran, ayat 200 [3:200].
يا يها الذين ءامنوااصبروا وصا بروا ورا بـطواواتقوا الله لعلكم تفلحون.
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
 |
Eh...siapa ambil gambar ni? |
 |
Untuk Suamiku! |
 |
Seronok Mandi Kolam |
 |
Laut dan Langit Nan Biru |
 |
Mini Zoo Taman Teruntum |
 |
!Ke mana jua, buku Ikhtiar Hidup |
 |
Pekena Patin dan Pucuk Ubi Lagi! |
 |
Akob Patin House, Popular! |
kak ana, kak sect 15 shah alam, kat kedai temerloh catering, ikan patin sangkar tempoyak pun sedap gak..
ReplyDeleteTQ Nurzea. Hari tu ada kawan beritahu tapi kami belum berkesempatan pegi. Nanti kak ana cuba.
ReplyDelete