Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Monday, May 23, 2011

Pulihkan Harapan D'Dada (PhD): Teruskan Usaha...

Umrah 2009
Mungkin aku tidak sehebat dulu yang sentiasa bersemangat. Sejak peristiwa hujung 2008, aku terlalu cepat putus semangat. Kekadang ku rasa, aku ingin terus duduk di Mekah atau Madinah, agar perasaan putus semangat ini kembali pulih. Aku kasihan pada diriku. Aku juga kasihan pada supervisor PhDku yang begitu mempercayaiku. Mereka mengenali diriku sebagai seorang yang sangat tekun dan bekerja keras. Tapi kini...aku tidak sehebat dulu....langkahku sangat longlai...aku juga merasai kelesuan itu. Kenapa ya? Puas kucari jawapan dan alasan. Kekadang jawapan dan alasan yang cuba ku rungkai amat mengarut!

Pelbagai usaha telah kulakukan untuk pulihkan semangat. Memang berjaya tetapi semangat itu tidak konsisten. Mungkin ini antara NIKMAT yang kumiliki dahulu TETAPI kini sedang diUJI oleh Allah swt. Aku mesti tambahkan usaha di samping bersabar dengan ujian ini kerana aku yakin ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambaNya, yang tidak mampu ditanggung olehnya. Aku juga amat yakin setiap kesabaran diikuti dengan usaha dan doa yang berterusan pasti ada ganjaran dari Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih. 

Ini adalah antara doa yang kubaca untuk pulihkan semangat pembelajaran PhDku iaitu  doa sebelum belajar (Agar Terbuka Hati dan Diberi Kefahaman) [Sumber: Dato Ismail Kamus, Indahnya Amalan Doa; mukasurat 195-196]

رب زدني علما و ار زقني فهما رب ا شرح لي صدري ويسر لي امري 
اللهم ا خر جنا من ظلما ت الوهم و أكر منا بنور الفهم وا فتح علينا بمعر فة  العلم ونور قلو بنا
كما نورت الشمس والقمر وسهل فينا أبواب فضلك يا ار حم الراحمين . 
Maksudnya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan yang ragu dan muliakan kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih. 
Doa selepas belajar (Agar Tidak Lupa)
اللهم ارز قني فهم النبين و حفظ المر سلين والهام الملايكة المقربين 
يا فتاح يا عليم افتح قلبي فتوح العارفين , اللهم اني استودعك ما علمتنية 
فار دده إلى عند حا جتي إليه ولا تنسنية يا رب العا لمين
Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi dan pemeliharaan rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu. Wahai Yang Maha Pembuka dan Maha tahu, bukalah hatiku seperti orang yang arif. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan 
.janganlah Engkau membuatkan aku melupakannya, wahai Tuhan sekalian alam .

No comments:

Post a Comment