Hebatnya, Allah jadikan otak manusia. Otak yang ada padaku ini amat hebat! Dalam tidur, rahmat dan kasih sayang Allah telah mengarahkan otak agar memperkukuhkan semula semua pergerakan yang kita pelajari semasa kita berjaga. Aku terus terbayang proses pembelajaran PhDku selama ini. Setiap hari membaca artikel. Kekadang artikel yang sama diulang baca. Tak faham-faham. Kekadang aku rasa hampir putus asa. Dalam bahasa mudahnya, "dah nak termuntah!" Tiba-tiba, satu hari dalam suasana yang bukan kondusif untuk membaca, satu hipotesis boleh dibuat. Ahah! Eureka! Terus mengadap laptop dan taip idea yang sedang bercambah. Kalau laptop tiada berhampiran, tulis dalam buku nota kecil yang sentiasa ada dalam handbag. Bukan apa...takut terlupa! Macam cerita P.Ramlee....terlanggar batu, langsung terlupa dan tersalah hafal!
Kini, barulah kufaham dan benar-benar faham. Rupa-rupanya Allah yang membantu aku sewaktu tidur. Allah yang membantu menghubungkan semua maklumat yang kubaca agar terhasil sesuatu hipotesis atau idea baru. Cuma masanya sahaja aku tidak tahu, bila Allah akan turunkan idea baru tersebut padaku. Oleh itu, aku mesti teruskan doa dan usaha secara istiqamah dalam sesuatu tugas dan amanah. Kualiti aku terhadap Allah yang membuatkan aku kekadang rasa mudah dan tenangnya dalam melalui episod hidup ini. Sangka baik dengan Allah dan buat baik sebanyak mungkin. Be Positive!
No comments:
Post a Comment