Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, May 20, 2011

Pinjam Harta D'Dunia (PhD) : Pulangkanlah...

Sedarkah, bahawa kita hanyalah seorang peminjam di dunia ini? Fikirkan sejenak apa yang kita pinjam.  Hemmmm........Mungkin antara jawapan kita ialah pinjaman rumah, kenderaan, pembelajaran dan kad kredit. Pinjaman ini selalunya dibuat melalui institusi bank atau organisasi yang berkelayakan. Yang sering jadi berita hangat ialah peminjam pinjaman pembelajaran liat bayar. Lihat berita "Pinjaman RM1.9 bilion: PTPTN buru 100,000 peminjam liat". 

Itu kisah aset bernilai tinggi yang kita PINJAM TAPI TAK PULANGkan. Bagaimana pula dengan barangan lain? Antaranya ialah duit poket/ tudung/ baju/ maggi/ komputer/ kasut/ pen-drive /alat tulis / pinggan mangkuk  dan macam-macam lagi. Sebagai peminjam, semua dipinjam olehnya mestilah dipulangkan semula. Malangnya...pemberi pinjaman pula yang segan-segan nak minta semula haknya! Jika sifat "Pinjam Tak Pulang" ini telah terbiasa, lama kelamaan ia menjadi TABIAT

Ingat! Kita bukan hanya pinjam barangan/harta milik manusia, kita juga PEMINJAM kepada pencipta dunia ini iaitu ALLAH swt. Allah pinjamkan udara, kesihatan, ibubapa, isteri/suami, anak-anak, pancaindera, minda/otak, alam dunia yang penuh flora dan fauna supaya kita semua boleh beribadah kepadaNya dan mentaati perintahNya. Adakah kita taat, kurang taat atau tak taat kepada Allah swt? Tunjukkan ketaatan kita kepada Allah swt dengan PULANGKANLAH apa yang dipinjamkannya. 

Yang Dipinjamkan
  Contoh Cara Pulangkan
Apa Yang Kita Dapat?
1.        Kesihatan
·         Tunai solat wajib, puasa, haji
·         Pergi majlis-majlis ilmu, solat di masjid/surau
·         Gotong royong jaga kebersihan persekitaran





·         Bahagia Akhirat 
·         Bahagia di dunia 
·         Ketenangan
·         Kegembiraan
·         Awet muda
·         Bertambah sihat
·         Usia yang berkat
·         Kasih sayang dari semua makhluk di langit dan bumi


2.        Ibubapa
·         Bertanya khabar pada ibubapa spt telefon/sms
·         Doakan ibubapa terutamanya lepas solat
·         Jaga ibubapa yang memerlukan
3.        Suami/isteri
·         Beri nafkah suami/isteri
·         Saling sayang menyayangi
·         Terima suami/isteri seadanya
4.        Anak2
·         Beri pendidikan terutamanya pendidikan agama
·         Beri contoh yang baik pada anak2
·         Luangkan masa untuk mendengar
5.        Kerjaya
·         Kerja dan belajar bersungguh
·         Ikut etika kerja spt jangan rasuah (ambil/beri)
·         Senyum selalu dan mesra (bukan gedik!)
·         Tunaikan zakat dan sedekah
6.        Otak/ Pancaindera
·         Fikir/cakap/tulis/buat  benda yang baik dan manfaat
·         Ingat Allah selalu melalui zikir dan doa harian
7.        Alam Dunia  
·         Jaga kemakmuran dan perpaduan
·         Hormat Kejiranan
·         Pelihara Alam Sekitar spt jimat elektrik, air, buang sampah pada tempatnya

Tabiat "Pinjam Tak Pulang" sukar diubah melainkan jiwa peminjam kembali ke Allah swt. Bersih hati peminjam, maka bersihlah segala tindakannya. Tiada alasan lagi yang akan diberikan oleh peminjam  selain berusaha untuk memulangkannya dalam kadar yang mampu mengikut perjanjian yang dimeterai. Semoga kita sentiasa menjadi PEMINJAM yang sentiasa MEMULANGKAN semula kepada PEMBERI PINJAMAN agar hidup bahagia dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment