Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Wednesday, May 4, 2011

Penat Habis Dhia (PhD): Pusingan ke-2 KLIBF

Sejurus selesai menonton Tanyalah Ustaz pada 30 April lepas, aku dan anak ke-2, Dhia, bersiap sedia untuk perjalanan menaiki komuter di Sg Buloh untuk siri kunjungan kedua ku ke Pesta Buku Antarabangsa. Tak sampai 20 minit dah sampai hentian Putra. Dari hentian Putra kami berjalan kaki ke PWTC; tak jauh tapi aku terasa letih. Kulihat Dhia steady aje. Dalam hati berkata: "Waktu umur Dhia dulu, aku pun steady jugak!"

Dhia nak tengok persembahan
Tiba di PWTC orang telah ramai. Kami terus ke tingkat 3 bagi mencari buku yang berkaitan dengan PhDku. Untuk tidak membuatkan Dhia bosan, aku minta bantuan Dhia mencarikan buku-buku yang berkaitan. Dhia bantuku menanyakan harga buku di kaunter. Dhia memang seorang anak yang sabar dengan kerenah ibunya. Setelah hampir 2 jam, barulah aku  membuat keputusan membeli sebuah buku. Dhia nampak lega!

Aku terus ajak Dhia pergi ke booth Gempak Starz untuk mencari buku kegemarannya. Aku terserempak dengan 2 orang pelajar UiTM Johor; yang aku tak ingat namanya. Mereka berdua sedang mencari lokasi Dewan Johor di mana majlis Pelancaran buku terbaru Prof Dr Hj Muhd Kamil akan diadakan di situ. Tiba di booth Gempak Starz, orang bersesak-sesak lagi. Rupa-rupanya kena ambil nombor giliran dahulu sebelum membuat pembelian. Wah susahnya dan sesaknya! Mujurlah...ada staf Gempak Starz yang mengambil tempahan Dhia (2 buku dan 1 T-shirt ) dan memberikan nombor giliran.  Setelah membuat bayaran, kami terus ke surau untuk solat zohor.
Selesai di Booth Gempak Starz

Setelah mendapatkan kamus Dewan yang terbaru di booth Dawama, kami makan tengahari di Restoran Rafflesia dan kemudian terus ke Hentian Putra untuk pulang.

Alangkah terperanjatnya kami, kena beratur lagi...kali ini barisannya lebih panjang dan orang lebih bersesak-sesak. Aku ingin membeli tiket di kaunter tapi malangnya kami berada di barisan membeli tiket melalui mesin. Dan lebih malang hanya satu mesin sahaja yang berfungsi. Orang bertolak-tolak, orang berpusu-pusu, cuaca panas, peluh dah mengalir deras, ada orang yang sabar dan ada orang yang marah-marah. Siksanya! Rasa macam serik nak naik pengangkutan awam lagi! Aku hampir putus asa dan mengajak Dhia keluar dari barisan dan naik teksi ke KL Sentral. Dhia dan mak cik yang beratur sama di sebelah banyak menenangkan aku. Nasihat mak cik tersebut ialah di masa depan kita kena beli tiket pergi balik. Aku pun mengiyakan kata-katanya. Aku minta Dhia mengeluarkan kertas untuk dijadikan kipas.

Bila dah hampir sangat dengan mesin tiket, aku meminta jasa baik seorang anak muda untuk membelikan aku tiket. Anak muda ini nak balik Kajang. Aku, Dhia dan anak muda itu pun memboloskan diri di tengah-tengah kepadatan manusia. Terasa badan sangat pipih kerana boleh melepasi ruang yang terlalu  dan teramat sempit. Pemuda budiman ini menyerahkan dua keping tiket tanpa mengambil wang bayaran yang kuhulurkan. Dia  berkata:" Tak apa achik, saya ikhlas..." Aku rasa serba salah dan bila ku berpaling sekali lagi kulihat pemuda itu telah lenyap di celah-celah kesesakan. Dalam hati ke berkata: "Ya Allah...ada lagi manusia budiman. Kau restuilah dan permudahkanlah segala urusan pemuda tersebut."

Kulihat jam, rupanya hampir 1 jam 15 minit kami beratur, semata-mata untuk mendapatkan 2 keping tiket. Dalam kami kepenatan dan termengah-mengah, tren ke Rawang pun tiba. Kami menarik nafas lega. Banyak perkara yang kupelajari dari suasana yang penuh sesak lagi menyesakkan ini.Yang lebih penting, aku tahu Dhia adalah anakku yang baik.

No comments:

Post a Comment