Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Wednesday, May 11, 2011

Pilu Hati Daku (PhD): Mak Tercinta

Mak dan Abah Yang Kusayangi
Aku insan bertuah kerana ibuku masih hidup, sihat sejahtera di samping ayah. Ibuku insan mulia. Dek kemuliaan ibuku, aku mahu anak-anakku memanggilku dengan panggilan yang sama seperti aku memanggilnya iaitu mak. Setiap kali anak-anakku menggunakan perkataan mak...aku akan tergambar wajah makku, sambil membayangkan gaya pertuturan mereka ini, sebagai cara kubercakap dengan mak. Dengan cara itu juga, aku dapat muhasabah diri agar jadi ibu lebih baik dan pada masa yang sama aku boleh mendidik anak-anakku menjadi anak yang soleh. 

Sebelum 8 Mei lagi aku sudah mengucapkan selamat hari ibu kepada mak. Aku tak mahu terlepas! Beberapa hari selepas itu, Allah swt  menggerakkan anak sulungku, Dinie, mengirimkan sms selamat hari ibu lebih awal. Terharu dengan ucapan dan doanya: "Mak...slmt hari ibu..smoga mak n abh dpt g haji n dpt haji yg mabrur..". Beberapa jam kemudian, Dinie menghantar sms semula kerana dia tersilap tarikh. Danish pula asyik bertanya kepadaku: "Mak, macamana nak belikan hadiah hari ibu untuk mak?" Aku memujuknya: "Danish tak perlu beli hadiah untuk mak. Danish cuma jadi anak yang taat pada Allah, pada Nabi Muhamad dan pada mak abah. Danish rajin-rajin solat, rajin mengaji dan belajar sungguh-sungguh. Itu dah cukup.

Anak-Anakku di Aidil Adha 2010
Pada 8 Mei, Dinie hantar ucapan sekali lagi. Danish pula menghadiahkan aku minyak wangi tanpa alkohol yang dibelinya (suamiku yang membayarnya) sewaktu kami menghadiri ceramah hujung minggu di Surau Al-Furqan. Aku mencium Danish berkali-kali kerana kesungguhannya ingin menghadiahkan aku sempena hari ibu. Danish tak kenal putus asa! Terasa sebaknya! Syukurlah aku dikurniakan oleh Allah nikmat yang amat berharga; anak-anak yang baik [Dinie, Dhia dan Danish].


Terima kasih mak kerana menjadi ibu yang hebat padaku. Terima kasih anak-anakku kerana menyayangi mak seadanya! Terima kasih juga kepada adik-adikku dan rakan-rakanku atas titipan ucapan hari ibu. 
Ucapan 1
"Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya. Kau kuatkanlah imannya. Kau peliharalah dia dari fitnah."
Ucapan 2
 "Juz 4 a smile...To all mothers, Please read these. It's NORMAL when u're in ur 20s, u'll look very 'MENGANCAM'...When u're @ 30s, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'...When u turn 40s-50s, u'll feel 'TERANCAM' and sadly, when u reach above 60s, orang langsung tak blh 'CAM'!! Happy Mother's Day to you!!".
Ucapan 3
 "Yg sejati ibu kandung, yg famous ibu tiri, yg ringan ibu angkat, yg miang ibu keladi, yg lumayan ibu ayam, yg tembam ibu roti, yg ramai ibu tunggal, yg penting ibu jari, yg berkhasiat susu ibu. he he apa2 pun SELAMAT HARI IBU."

No comments:

Post a Comment