 |
Sama tinggi dgn Danish |
Sewaktu mula-mula pindah ke sini, suamiku menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing. Aku suka dan sayang kucing tetapi aku keberatan nak menjaga kebersihannya. Bau najis dan muntahnya kekadang membuatkan aku hilang mood. Aku bersetuju dengan syarat kebersihan dijaga. Dua hari kemudian, dia mendapatkan seekor kucing parsi jantan di kedai Haiwan Pet Hana, Puncak Alam. Dek kelincahannya bermain bola, tuan terdahulu menamakannya
Drogba. Tetapi kami telah memberi nama baru iaitu Dello.
 |
Teman Setiaku |
Menurut pakar kesihatan, binatang peliharaan adalah
terapi kesihatan untuk manusia. Ianya memang benar! Tatkala fikiran dan badan letih, terasa amat terhibur melihat gelagat dan telatah Dello. Dello tersangat manja dengan suamiku dan paling takut dengan Danish!
Sudah dua kali Dello hilang. Susah nak cari Dello sebab dia jenis pendiam; kekadang penat panggil namanya,
tidak mengiau langsung! Bagiku, Dello ada dua keistimewaan yang membuatkan aku terasa damai dan dekat dengannya. Pertama, jika aku berjaga malam, Dello merupakan teman paling setia di sisi. Kedua, sekitar 6 pagi, Dello pasti mengiau-ngiau kuat di depan pintu bilik tidurku. Dello akan turun tangga beriringan denganku untuk sama-sama pergi tempat makannya. Dello lapar, nak makan! Sayang Dello!
 |
Dhia Acah Dello |
 |
Terlentang! |
 |
Tidur Di Tangga pun jadi! |
 |
Sama Corak Dgn Dello |
Sgt Comel!!! Mesti anak saya geram jer ni tgk ;-D
ReplyDeleteFadzlina, Aliyah suka kucing ye? Nanti, bila balik Malaysia, jemputlah datang rumah. Boleh tengok Dello.
ReplyDeleteSemua anak2 saya suka kak. Insya Allah panjang umur kami singgah. :-D
ReplyDeleteBesar nye kucing..he3
ReplyDeleteDeqmin, Dello besar dan gebu!
ReplyDelete