Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Wednesday, June 15, 2011

Pussy Haiwan Disayangi (PhD): Dello Namanya

Sama tinggi dgn Danish
Sewaktu mula-mula pindah ke sini, suamiku menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing. Aku suka dan sayang kucing tetapi aku keberatan nak menjaga kebersihannya. Bau najis dan muntahnya kekadang membuatkan aku hilang mood. Aku bersetuju dengan syarat kebersihan dijaga. Dua hari kemudian, dia mendapatkan seekor kucing parsi jantan di kedai Haiwan Pet Hana, Puncak Alam. Dek kelincahannya bermain bola, tuan terdahulu menamakannya Drogba.  Tetapi kami telah memberi nama baru iaitu Dello.

Teman Setiaku
Menurut pakar kesihatan, binatang peliharaan adalah terapi kesihatan untuk manusia. Ianya memang benar! Tatkala fikiran dan badan letih, terasa amat terhibur melihat gelagat dan telatah Dello. Dello tersangat manja dengan suamiku dan paling takut dengan Danish!

Sudah dua kali Dello hilang. Susah nak cari Dello sebab dia jenis pendiam; kekadang penat panggil namanya, tidak mengiau langsung! Bagiku, Dello ada dua keistimewaan yang membuatkan aku terasa damai dan dekat dengannya. Pertama, jika aku berjaga malam, Dello merupakan teman paling setia di sisi. Kedua, sekitar 6 pagi, Dello pasti mengiau-ngiau kuat di depan pintu bilik tidurku. Dello akan turun tangga beriringan denganku untuk sama-sama pergi tempat makannya. Dello lapar, nak makan! Sayang Dello!

Dhia Acah Dello
Terlentang!
Tidur Di Tangga pun jadi!
Sama Corak Dgn Dello

5 comments:

  1. Sgt Comel!!! Mesti anak saya geram jer ni tgk ;-D

    ReplyDelete
  2. Fadzlina, Aliyah suka kucing ye? Nanti, bila balik Malaysia, jemputlah datang rumah. Boleh tengok Dello.

    ReplyDelete
  3. Semua anak2 saya suka kak. Insya Allah panjang umur kami singgah. :-D

    ReplyDelete