Bila mengadap komputer terlalu khusyuk, tak sedar masa berlalu begitu cepat. Lebih daripada 2 jam sehari, namun kekadang hasilnya bukan seperti yang dirancang. Bila azan berkumandang, barulah tersedar. Mata terasa pedih. Nak bangun, kaki terasa kebas. Urat pinggang rasa macam nak putus. Dulu-dulu aku tak terasa penat begini. Adakah ini disebabkan usia telah memasuki era 40-an? Ditambah pula, kurang gemar minum susu dan ambil supplement tidak bersungguh.

Teringat aku akan nasihat seorang pegawai perubatan dalam slot kursus haji tentang bagaimana nak menjaga kesihatan di dalam kapalterbang. Penerbangan yang mengambil masa selama 5 - 8 jam ditambah pula dengan ruang tempat duduk yang kecil. Tentu badan stres! Sesetengah orang yang tidak biasa 'terbang', akan mengalami tekanan perasaan. Untuk elakkan tekanan tersebut, beliau menyarankan agar kaki, tangan, leher dan bahu digerak-gerakkan. Dengan berbuat demikian, aliran darah dalam badan akan mengalir dengan selesa ke seluruh badan.

Syukurlah aku dilahirkan sebagai seorang Islam. Senaman ciptaan Yang Maha Penyayang memang sudah sedia ada dalam aktiviti seorang muslim pada setiap hari iaitu solat 5 waktu sehari semalam. Mari kita kira...kalau satu solat wajib kita peruntukkan 10 minit, ini bermakna 50 minit kita telah bersenam! Ditambah pula dengan solat-solat sunat. Tentu kita akan lebih sihat tubuh badan, fikiran dan rohani! Kebaikan solat bukan hanya 3-in-1 tetapi lebih daripada itu...solat membawa kita ke syurga!
Solat Banyak Kelebihannya |
No comments:
Post a Comment