Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Monday, August 8, 2011

Pembelajaran Hafazan Ditemui(PhD): Mantap Tajwid Dulu

Aku selalu mengidamkan untuk hafaz Al-Quran. Setiap hari terfikir, bagaimana nak menghafaz Al-Quran jika ilmu tajwid yang dipelajari dulu, kini kian kabur. Seingatku, aku mula belajar mengaji sejak umur 6 tahun dan kemudian belajar tajwid di sekolah menengah sampai Tingkatan 3. Guru Al-Quran dan berzanji aku sewaktu di rumah adalah ibuku, Kamilah, dan arwah nenekku, Susemi.  Membaca Al-Quran memang telah menjadi kebiasaan walaupun kekadang ponteng semulajadi atau ponteng dek sibuk kononnya. Namun, aku tidak pasti ilmu tajwidku KINI berada di tahap mana; teruk, biasa-biasa, baik atau cemerlang? 
Alhamdullillah...pada 27 Julai 2011 bersamaan 26 Syaaban 1432 lalu, aku telah ditemukan dengan seorang rakan (mahu dikenali sebagai Kak J) dalam Bengkel Pengenalan Rasch di tempatku bertugas. Suami beliau mengusahakan sebuah Maahad Tahfiz yang bernama Maahad Habibullah Al-Hafiz, Bandar Puncak Alam (Tel:03-33932471, Faks No: 03-33932471 dan Email: maahadhabibullah@gmail.com). Ya Allah...Engkau permudahkan hajat hambaMu ini untuk mendalami kitabMu, Al-Quran. Permintaanku pada Ustaz Shahzam  dan Ustaz Syahir ialah belajar dari ZERO. Rakan sekelasku adalah anak-anak yang bersekolah rendah. Ustaz dan rakan-rakan sekolahku ini jauh lebih muda  dariku, namun mereka sangat mahir menghafaz Al-Quran. Hebatnya mereka...pada usia muda telah terisi dada mereka dengan ayat-ayat Allah.
Perasaan malu memang ada dengan rakan sekelas. Tetapi aku lebih malu dan takut dengan Allah swt. Aku sangat takut pada Allah swt...apalah nak jawab bila mati nanti. Maka bermula belajar tajwid dengan membaca surah Al-Fatihah dan menyebut huruf-huruf Hijaiyah. Antara huruf yang aku gagal sebut dengan makhraj betul ialah:- 
ط,خ , ح ,ض  

Selama ini, aku rasa tak ada masalah untuk menyebut huruf tersebut. Susah rupanya. Mungkin sebab dah tua dan lidah dah keras! Namun, adik-adik dan ustaz dalam kelas tersebut sangat baik dan sentiasa membantu aku. Aku juga tak malu bertanya pada mereka. Aku berkesempatan mengikut kelas tersebut selama 3 hari sahaja kerana Ramadan telah bermula. Bulan Ramadan ini, kelas tajwid dan hafazan kami ditangguhkan dan kami diberi tugasan untuk menghafaz beberapa surah dalam Juz 30. Mampukah aku menghafaznya dengan TAJWID yang betul?
Firman Allah swt yang dalam surah Al-Qamar ayat 17, 22, 32 dan 40 bermaksud: "Sesungguhnya kami telah memudahkan Al-Quran untuk pengajaran (dihafaz), adakah orang yang ingin mengambil pelajaran daripadanya...". Inilah kata-kata perangsang yang diberikan oleh Ustaz yang mengajarku. Sesungguhnya, Allah swt sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin mempelajari Al-Quran. 

6 comments:

  1. Bestnya...bila lah giliran saya, asyik bermimpi jer, tp tak ambik sebarang inisiatif pun...malu sunnguh ;-) Insya Allah akan diusahakan, sekali belajar dgn anak2 nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah...dah pasang niat yang baik dan murni. InsyaAllah...suatu hari nanti niat Fadzlina akan tercapai. Akak doakan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak,

    saya pun teringin nak belajar tajwid. kat tempat akak tu bp dikenakan yuran? kira cmne?

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam Nurul Aini

    Tahniah kerana ada niat ingin belajar tajwid. Di tempat akak ni, kelas khusus utk tajwid tiada tetapi kelas taranum ada. Seminggu sekali dengan bayaran RM70 sebulan.

    Moga Allah swt perkenankan dan permudahkan hajat adik utk mendalami ilmu Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...yeke.. sy nk perbetulkan tajwid sy yg xbp cm nk btl ni dulu cdgnye... tq kak.

      Delete
    2. Cuba Nurul Aini masuk kelas teknik Al-Baghdadi. Cuba layari http://www.albaghdadi.com.my/v2/

      Moga dipermudahkan...

      Delete