 |
Kek Birthday di Secret Recipe |
Terima kasih ibu yang bersusah payah melahirkanku; 43 tahun lalu. Aku boleh bayangkan bagaimana sakitnya melahirkan anak. Aku merasainya sendiri ketika melahirkan Dinie, Dhia dan Danish. Namun, ku yakin kau pasti tersenyum bila melihat wajah anakmu ini. Lebih-lebih lagi aku merupakan anak sulungmu. Abah pasti tersenyum riang kerana telah mendapat zuriat sebaik setahun berkahwin. Kegembiraan mak dan abah melimpah ke datukku dan nenekku; Malip dan Biah.
 |
Ibubapaku, anak2ku & adik2ku |
Dek kegembiraan dan harapan yang tinggi kepadaku pada waktu itu, aku diberi nama Sharifah; yang membawa erti mulia. Ahli keluargaku berdoa agar suatu hari nanti aku menjadi seorang pensyarah universiti. Ternyata doa mereka termakbul; sedangkan pensyarah tidak pernah ada dalam senarai kerjaya pilihanku sewaktu di sekolah dan di universiti. Erti namaku itu sebenarnya sangat memberi impak yang besar dalam kehidupanku.
Ianya sentiasa memotivasi kan diriku untuk menjadi hamba yang mulia di sisi Allah dengan membuat kerja-kerja mulia sepanjang hayatku.
 |
Birthday suami 15 Mac lalu |
 |
Alvin - Birthday yg sama dgnku |
 |
Solat Zohor di Masjid Al-Falah, USJ9 |
Tak sangka birthday tahun ni, suami ajakku ronda-ronda dari satu highway ke satu highway; hanya untuk ke The Summit USJ. Seperti biasa kedai buku bagaikan syurga untukku. Kedai Buku Popular kusinggah untuk beli kad dan buku; antaranya buku yang kubeli bertajuk '
Dahsyatnya Doa Para Nabi".
Surprise! Suamiku membelikan hadiah harijadi. Membuatkan aku lebih teruja bila jurujual di kedai "beli hadiah" tu, Alvin, pun menyambut hari jadinya hari ini (30 Mac). Lepas makan tengahari di Restoran Johnny Steamboat, kami singgah di Masjid Al-Falah USJ9. Benarlah kata suamiku, "Masjid ni cantik hiasan dalamannya." Terasa kedamaiannya seperti Masjid Nabawi. Lama aku duduk menginsafi diri dalam masjid ini.
 |
Kad Birthday utk suamiku! |
Setelah selesai beberapa urusan di Shah Alam, kami menuju pulang ke rumah. Hemm...suami singgah di
Secret Recipe, Puncak Alam pula untuk makan petang. Wah! kek birthday 2 slice sahaja tapi sangat cantik dan semestinya sedap. Terima kasih, my hubby!
Terima kasih kepada Ham (seminggu awal wish), Dinie, adik2ku, Fizah, Onah, Azliza, Kak Izah, Kak Dira, Kak Tikah, rakan2 Segamat, Marsha (anak Dr Ifa; birthday 27 Mac) dan Dr Ifa yang menghantar sms dan call.
Special gitu! Balik rumah...tengok Facebook. Balas ucapan dari semua rakan-rakan (Segamat, Shah Alam, Group Rasch & sekolah) dan pelajar-pelajar ku dengan hanya klik "
Like". Begitulah mudahnya FB yang boleh mengeratkan silaturrahim dan menghubungkan semula silaturrahim yang lama terputus (rakan sekolah rendah dan menengah!).
Terima kasih atas ingatan dan kasih sayang kalian semua. Sama-samalah kita berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita semua. Amin 3x.
Happy Birthday....semoga sentiasa dalam Rahmat Allah..
ReplyDeleteTerima kasih :-0)...Moga kita semua dirahmati Allah swt.
ReplyDeleteSemoga bahagia berkekalan
ReplyDeleteThanks Ogy for the doa. Setiap insan inginkan kebahagiaan.
ReplyDeleteXpernah terlintas kat fikiran birthday cake 2 slice je... creative
ReplyDeleteTQ Ameen. Saya pun tak sangka org kat Secret recipe tu sanggup designkan mcm tu. Terharu sebenarnya! Lagipun tak membazir...makan utk 2 org aje :-)
ReplyDelete