Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Saturday, May 28, 2011

Pahang Harmoni Damai (PhD): Ikan Patinnya Sedap!

Sungai Kuantan
Suamiku yang ambil berat tentang ulangtahun perkahwinan kami. Pada awal Mei lalu, suami membawa kami bercuti ke Kuantan Pahang. Bertolak pagi dengan kelajuan kereta ala-ala bersantai supaya tiba di Hentian R&R Temerloh pada waktu tengahari. Bukan apa...kami kepingin makan gulai tempoyak ikan patin dan pucuk ubi. Sedapnya hingga menjilat jari! Danish yang pada mulanya tak lalu makan, sangat berselera setelah kuberi isi ikan patin. Aku pula habiskan kuah gulai tempoyak. Sampai di hotel, rasa nak demam! Menginap di Swiss Garden Resort & Spa. Cantik, Selesa dan Sedap makanannya! Terlerai segala bebanan yang ada, buat seketika. Begitulah hebatnya nikmat Allah, di dunia lagi kita sudah merasai manis dan indahnya nikmat Allah. Bayangkan, kalau di syurga tentunya lebih hebat!
Moga ikatan perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat; bersama menempuh suka duka kehidupan. Doa ini yang sering kubaca (tak kira masa) untuk mengekalkan kasih sayang suami, isteri dan anak-anak iaitu Surah Ali-Imran, ayat 200 [3:200].
يا يها الذين ءامنوااصبروا وصا بروا ورا بـطواواتقوا الله لعلكم تفلحون.
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
Eh...siapa ambil gambar ni?
 Untuk Suamiku!
Seronok Mandi Kolam
Laut dan Langit Nan Biru
Mini Zoo Taman Teruntum
!Ke mana jua, buku Ikhtiar Hidup
Pekena Patin dan Pucuk Ubi Lagi!
Akob Patin House, Popular!

Thursday, May 26, 2011

Pergerakan Hasrat Diperkuat (PhD): Otak Berperanan

Letih sepanjang pagi menguruskan progress report dan bayaran bil sana sini. Bila urusan rasmi selesai, bercuti di kampung pun rasa senang hati. Kemudian, makan tengahari di Restoran S'ayong Corner, Kg Melayu Subang. Selepas solat zohor terus rehat. Baring di sofa dengan TV terpasang. Kononnya mahu tidur sebentar sahaja, rupanya lebih satu jam aku terlelap. Apabila terjaga, suamiku sedang menonton rancangan Human Body Pushing The Limits di Channel Discovery. Dengan mata masih sukar nak buka, mataku terpaku melihat kuasa otak yang dipersembahkan di TV dan hati berkata Subhana Allah,  AllahuAkbar - Maha Suci Allah, Allah Maha Besar.

Hebatnya, Allah jadikan otak manusia. Otak yang ada padaku ini amat hebat! Dalam tidur, rahmat dan kasih sayang Allah telah mengarahkan otak agar memperkukuhkan semula semua pergerakan yang kita pelajari semasa kita berjaga. Aku terus terbayang proses pembelajaran PhDku selama ini. Setiap hari membaca artikel. Kekadang artikel yang sama diulang baca. Tak faham-faham. Kekadang aku rasa hampir putus asa. Dalam bahasa mudahnya, "dah nak termuntah!" Tiba-tiba, satu hari dalam suasana yang bukan kondusif untuk membaca, satu hipotesis boleh dibuat. Ahah! Eureka! Terus mengadap laptop dan taip idea yang sedang bercambah. Kalau laptop tiada berhampiran, tulis dalam buku nota kecil yang sentiasa ada dalam handbag. Bukan apa...takut terlupa! Macam cerita P.Ramlee....terlanggar batu, langsung terlupa dan tersalah hafal!

Kini, barulah kufaham dan benar-benar faham. Rupa-rupanya Allah yang membantu aku sewaktu tidur. Allah yang membantu menghubungkan semua maklumat yang kubaca agar terhasil sesuatu hipotesis atau idea baru.  Cuma masanya sahaja aku tidak tahu, bila Allah akan turunkan idea baru tersebut padaku.  Oleh itu, aku mesti teruskan doa dan usaha secara istiqamah dalam sesuatu tugas dan amanah. Kualiti aku terhadap Allah yang membuatkan aku kekadang rasa mudah dan tenangnya dalam melalui episod hidup ini. Sangka baik dengan Allah dan buat baik sebanyak mungkin. Be Positive! 

Tuesday, May 24, 2011

Peristiwa Hulu Diinsafi (PhD): Ambil Iktibar

Sayu melihat anak ini menangis...
Tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Taqwa Felcra Semungkis di Hulu Langat pada 21 Mei lalu menggemparkan penduduk Malaysia. Senarai nama mangsa yang terkorban kesemuanya adalah lelaki dan aku yakin mereka ini adalah orang yang baik-baik.  Sememangnya, salah satu petanda akhir zaman ialah orang yang baik-baik akan pergi dahulu. Marilah kita pejamkan mata dan merenung jauh ke dalam diri kita sedalam-dalamnya. Cuba tanyakan pada diri, adakah aku yang masih tinggal ini tergolong dari orang baik-baik?

Kematian hadir tidak lewat walaupun sesaat. Antara kenyataan mangsa kejadian berkata: "....semuanya berlaku terlalu pantas...selepas 30 minit keadaan sepi tanpa jeritan lagi." Entah bila pula giliran kita. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang telah pergi dan kita doakan mangsa yang terselamat kembali pulih traumanya dan aktiviti rumah anak yatim ini kembali seperti sedia kala.

Kulihat bukit berhampiran rumah. Terbayang runtuhan tanah Hulu Langat. Hati kecilku berkata-kata: "Agaknya bumi dah terlalu TUA. Dah berapa teruk, bumi bongkok? Dulu Nabi kata bumi dah bongkok tiga. Kasihannya bumi. Maafkan kami, bumi. Kami, manusia, yang tidak pandai menguruskanmu dengan baik. Kami khalifah mukabumi yang mungkin jahil atau tamak. Kami telah mengambil PASAKmu iaitu bukit bukau dan gunung ganang yang selama ini menyokong keutuhanmu."

Bagaimana caranya kami mahu PULANGkan semula pasakmu, wahai bumi? Di mana kami nak cari ganti pasakmu, wahai bumi? Teknologi moden pun tak mampu mencipta semula pasakmu. Jika dikumpulkan semua manusia di bumi ini, kami sememangnya TIDAK MAMPU mencipta sepotong ayat sehebat ayat Al-Quran. Inikan pula, kami mahu mencipta semula bukit bukau dan gunung ganang. Maafkan kami, bumi. Ampunkanlah kami, Ya Allah...Ampunkanlah kami, Ya Allah...Ampunkanlah kami, Ya Allah...kerana membuat kerosakan di bumi yang bertuah ini. Satukanlah hati-hati kami untuk tidak menyalahkan sesiapa.


Monday, May 23, 2011

Pulihkan Harapan D'Dada (PhD): Teruskan Usaha...

Umrah 2009
Mungkin aku tidak sehebat dulu yang sentiasa bersemangat. Sejak peristiwa hujung 2008, aku terlalu cepat putus semangat. Kekadang ku rasa, aku ingin terus duduk di Mekah atau Madinah, agar perasaan putus semangat ini kembali pulih. Aku kasihan pada diriku. Aku juga kasihan pada supervisor PhDku yang begitu mempercayaiku. Mereka mengenali diriku sebagai seorang yang sangat tekun dan bekerja keras. Tapi kini...aku tidak sehebat dulu....langkahku sangat longlai...aku juga merasai kelesuan itu. Kenapa ya? Puas kucari jawapan dan alasan. Kekadang jawapan dan alasan yang cuba ku rungkai amat mengarut!

Pelbagai usaha telah kulakukan untuk pulihkan semangat. Memang berjaya tetapi semangat itu tidak konsisten. Mungkin ini antara NIKMAT yang kumiliki dahulu TETAPI kini sedang diUJI oleh Allah swt. Aku mesti tambahkan usaha di samping bersabar dengan ujian ini kerana aku yakin ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambaNya, yang tidak mampu ditanggung olehnya. Aku juga amat yakin setiap kesabaran diikuti dengan usaha dan doa yang berterusan pasti ada ganjaran dari Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih. 

Ini adalah antara doa yang kubaca untuk pulihkan semangat pembelajaran PhDku iaitu  doa sebelum belajar (Agar Terbuka Hati dan Diberi Kefahaman) [Sumber: Dato Ismail Kamus, Indahnya Amalan Doa; mukasurat 195-196]

رب زدني علما و ار زقني فهما رب ا شرح لي صدري ويسر لي امري 
اللهم ا خر جنا من ظلما ت الوهم و أكر منا بنور الفهم وا فتح علينا بمعر فة  العلم ونور قلو بنا
كما نورت الشمس والقمر وسهل فينا أبواب فضلك يا ار حم الراحمين . 
Maksudnya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan yang ragu dan muliakan kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih. 
Doa selepas belajar (Agar Tidak Lupa)
اللهم ارز قني فهم النبين و حفظ المر سلين والهام الملايكة المقربين 
يا فتاح يا عليم افتح قلبي فتوح العارفين , اللهم اني استودعك ما علمتنية 
فار دده إلى عند حا جتي إليه ولا تنسنية يا رب العا لمين
Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi dan pemeliharaan rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu. Wahai Yang Maha Pembuka dan Maha tahu, bukalah hatiku seperti orang yang arif. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan 
.janganlah Engkau membuatkan aku melupakannya, wahai Tuhan sekalian alam .

Friday, May 20, 2011

Pinjam Harta D'Dunia (PhD) : Pulangkanlah...

Sedarkah, bahawa kita hanyalah seorang peminjam di dunia ini? Fikirkan sejenak apa yang kita pinjam.  Hemmmm........Mungkin antara jawapan kita ialah pinjaman rumah, kenderaan, pembelajaran dan kad kredit. Pinjaman ini selalunya dibuat melalui institusi bank atau organisasi yang berkelayakan. Yang sering jadi berita hangat ialah peminjam pinjaman pembelajaran liat bayar. Lihat berita "Pinjaman RM1.9 bilion: PTPTN buru 100,000 peminjam liat". 

Itu kisah aset bernilai tinggi yang kita PINJAM TAPI TAK PULANGkan. Bagaimana pula dengan barangan lain? Antaranya ialah duit poket/ tudung/ baju/ maggi/ komputer/ kasut/ pen-drive /alat tulis / pinggan mangkuk  dan macam-macam lagi. Sebagai peminjam, semua dipinjam olehnya mestilah dipulangkan semula. Malangnya...pemberi pinjaman pula yang segan-segan nak minta semula haknya! Jika sifat "Pinjam Tak Pulang" ini telah terbiasa, lama kelamaan ia menjadi TABIAT

Ingat! Kita bukan hanya pinjam barangan/harta milik manusia, kita juga PEMINJAM kepada pencipta dunia ini iaitu ALLAH swt. Allah pinjamkan udara, kesihatan, ibubapa, isteri/suami, anak-anak, pancaindera, minda/otak, alam dunia yang penuh flora dan fauna supaya kita semua boleh beribadah kepadaNya dan mentaati perintahNya. Adakah kita taat, kurang taat atau tak taat kepada Allah swt? Tunjukkan ketaatan kita kepada Allah swt dengan PULANGKANLAH apa yang dipinjamkannya. 

Yang Dipinjamkan
  Contoh Cara Pulangkan
Apa Yang Kita Dapat?
1.        Kesihatan
·         Tunai solat wajib, puasa, haji
·         Pergi majlis-majlis ilmu, solat di masjid/surau
·         Gotong royong jaga kebersihan persekitaran





·         Bahagia Akhirat 
·         Bahagia di dunia 
·         Ketenangan
·         Kegembiraan
·         Awet muda
·         Bertambah sihat
·         Usia yang berkat
·         Kasih sayang dari semua makhluk di langit dan bumi


2.        Ibubapa
·         Bertanya khabar pada ibubapa spt telefon/sms
·         Doakan ibubapa terutamanya lepas solat
·         Jaga ibubapa yang memerlukan
3.        Suami/isteri
·         Beri nafkah suami/isteri
·         Saling sayang menyayangi
·         Terima suami/isteri seadanya
4.        Anak2
·         Beri pendidikan terutamanya pendidikan agama
·         Beri contoh yang baik pada anak2
·         Luangkan masa untuk mendengar
5.        Kerjaya
·         Kerja dan belajar bersungguh
·         Ikut etika kerja spt jangan rasuah (ambil/beri)
·         Senyum selalu dan mesra (bukan gedik!)
·         Tunaikan zakat dan sedekah
6.        Otak/ Pancaindera
·         Fikir/cakap/tulis/buat  benda yang baik dan manfaat
·         Ingat Allah selalu melalui zikir dan doa harian
7.        Alam Dunia  
·         Jaga kemakmuran dan perpaduan
·         Hormat Kejiranan
·         Pelihara Alam Sekitar spt jimat elektrik, air, buang sampah pada tempatnya

Tabiat "Pinjam Tak Pulang" sukar diubah melainkan jiwa peminjam kembali ke Allah swt. Bersih hati peminjam, maka bersihlah segala tindakannya. Tiada alasan lagi yang akan diberikan oleh peminjam  selain berusaha untuk memulangkannya dalam kadar yang mampu mengikut perjanjian yang dimeterai. Semoga kita sentiasa menjadi PEMINJAM yang sentiasa MEMULANGKAN semula kepada PEMBERI PINJAMAN agar hidup bahagia dunia akhirat.

Tuesday, May 17, 2011

Pelita Hayat Disuburi (PhD): Ilmu & Belajar


Sejak dalam kandungan ibu lagi, kita telah mula belajar. Sembilan bulan lamanya duduk dalam perut ibu. Kalau kira ikut sistem semester, kira-kira 1.5 semester lamanya. Kalau disetarakan alam kandungan dengan sistem belajar di universiti atau di sekolah, lebih dari 3 subjek yang telah kita pelajari dan tahu pencapaiannya. Banyak tu! Namun, pernahkah kita ada lintasan gambaran proses pembelajaran di alam kandungan? Bagaimana gaya dan cara kita belajar di sana? Senang ke? Susah ke? 


Buku Pelita Penuntut
Tahukah kita, dari saat kita dilahirkan lagi, kita juga sedang belajar? Belajar membuka mata dengan perlahan-lahan. Kekadang berjaya, kekadang tidak. Alangkah gembiranya ibu kita yang berjaga sepanjang waktu, tatkala melihat kita berjaya membuka mata. Belajar berjalan. Jatuh bangun, jatuh bangun berpuluh kali hinggalah kita berjaya berlari. Belajar makan sendiri. Belajar minum sendiri. Banyak lagi saat-saat belajar yang kita lalui. Kita belajar ketika di rumah pengasuh, di tadika, di sekolah rendah, di sekolah agama, di sekolah menengah, di kolej/universiti, di kompleks membeli belah, di masjid, di surau, di Mekah, di Madinah, di hutan, di laut, di angkasa lepas dan sebagainya. Allah telah berfirman bahawa untuk berjaya dunia perlu ilmu, untuk berjaya akhirat, juga perlu ilmu. Pendek kata, kita mesti terus istiqamah BELAJAR untuk mendapat ilmu agar berjaya dunia akhirat.

Oleh itu, bersyukurlah...kerana aku masih terus boleh belajar samada secara formal atau tidak formal. Lafazkanlah dan zahirkanlah tanda terima kasihmu, wahai diri. Terima kasih Allah yang telah mengurniakan ku NIKMAT yang tidak terhitung dan semua bimbinganMu, hidayahMu, kasih sayangMu dan rahmatMu.  Terima kasih ibu yang melahirkanku ke dunia serta mengajar aku erti KASIH tanpa sempadan. Terima kasih abah atas penat lelahmu untuk menyediakan keperluan asas hidup agar aku boleh belajar erti HIDUP demi menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba. Terima kasih guru/pensyarah atas ilmu dan pengalaman dikongsikan demi membimbing aku menjadi PEMIMPIN masa depan samada pemimpin dalam institusi keluarga mahupun sesebuah organisasi. Terima kasih negaraku MALAYSIA, yang sentiasa aman dan makmur untuk aku terus selesa belajar dan hidup bahagia dalam memperkasakan ilmu.

Monday, May 16, 2011

Pendidik Hendaklah Dihargai (PhD): Selamat Hari Guru

Dulu jawatan guru dipandang mulia. Dulu, kalau anak-anak jadi cikgu..ibubapa terasa sangat hebat! Dipanggil cikgu sampai akhir hayat. Begitulah jasa guru dikenang. Kini jawatan guru masih mulia....99% guru di luar sana adalah guru yang mulia. Cuma tahap kemuliaan guru kini, tidak sehebat masyarakat meminati artis! Namun, aku amat yakin guru atau cikgu tidak pernah meminta agar mereka dikenang dan dipuja oleh murid-murid, pelajar-pelajarnya atau sesiapa jua. Bagiku pula...para pelajar belajar dariku dan aku belajar dari para pelajarku! Hebatkan...pembelajaran dua hala! Kita saling berguru.

Guru/Pendidik mengajar dan mendidik dengan penuh dedikasi. Habis keringat, tenaga, jiwa, wang, masa dan segalanya dikorbankan untuk kariernya sebagai guru dan pendidik. Walaupun guru dan pendidik punya perbezaan, namun ilmu yang dipersembahkannya...akan tetap meresap masuk ke dalam minda atau jiwa orang yang diajar dan dididiknya. Membaca buku sahaja tanpa guru, adalah seolah-olah berguru dengan syaitan. Hayati kisah Imam Syafie melalui novel hasil karya Abdul Latip di mana Imam Syafie berguru dengan ketiga-tiga imam besar untuk menghasilkan kitab-kitab hebatnya.
Sek Ren Dinie & Dhia 
Di kesempatan Hari Guru tahun ini, ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua guru-guru dalam pendidikan rasmi dan tidak rasmi serta pendidikan sekolah dan pendidikan IPT, yang telah membentuk aku dan anak-anakku menjadi hamba Allah yang beriman dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa guru. Namun, ini tidak bererti jasa guru dianggap sebagai amal jariah semata-mata.


Sekolah Danish
Hargailah guru dengan nilai setimpal agar guru berkhidmat dengan emosi dan ekonomi yang stabil untuk menghasilkan insan yang seimbang. Yang paling kasihan sekali ialah guru mengaji...bayarannya sangat rendah atau kekadang tiada langsung! Beginikah nilai yang diberikan oleh masyarakat akhir zaman terhadap guru? Fikir-fikirkanlah dan buatlah perubahan yang baik walaupun sebesar zarah!  Moga semua guru mendapat redha dan rahmat Allah, bahagia di dunia dan di akhirat. Penghargaan dari Allah lebih bernilai dan sempurna daripada semua penghargaan manusia. Selamat Hari Guru; Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sunday, May 15, 2011

Perkahwinan Hapus Duka (PhD): Tengku Zawyah Tahniah!

Rayyan dan Tengku Zawyah
Aku hanya tahu Tengku Zawyah sebagai bekas isteri Datuk K dan panggilannya TZ. Aku kagum dengan ketabahan beliau dan anak-anaknya mengharungi detik-detik pahit dan getir perkahwinan lalu. Aku seolah-olah dapat merasakan kesedihan dan keperitannya. Hati sendiri merana. Kerenah anak-anak yang sedang meningkat remaja. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Kalau aku ditempat TZ, mungkin aku tak sanggup nak menonton rancangan hiburan di TV! 

Sesungguhnya, Allah swt yang Maha Pengasih pasti memberi ganjaran pada orang yang tabah dan sabar. Akhirnya, TZ dipertemukan dengan Rayyan. Diperkukuhkan ikatan pertemuan dengan ikatan pertunangan pada 26 Februari 2011 dan perkahwinan pada 12 Mei 2011 lalu. Gambar-gambar ini kuambil dari Akhbar Harian Metro 14 Mei 2011. Didoakan perkahwinan TZ kali ini kekal hingga akhir hayat. Tahniah buat TZ dan Rayyan. Teringin nak tengok TZ bertudung...amin 3x [Nota: Nama suaminya mengingatkan aku dengan rancangan Ar-Rayyan di Astro Oasis ]
TZ bersama rakan2 meraikan
Anak TZ dan rakan artis yg hadir



Saturday, May 14, 2011

Pohon Hening Doa (PhD): Doa Senjata Canggih

Buku Doa Tertua Buatku
Koleksi buku-buku doa kian bertambah. Begitu banyaknya doa yang telah Islam sediakan untuk kita menjalani kehidupan seharian; bermula dari celik mata bangun tidur waktu pagi hinggalah kita memejamkan mata untuk tidur waktu malam. Doa adalah senjata paling canggih dan berkesan. Senjata yang tiada tolok bandingnya, namun senjata ini jugalah yang kita selalu abaikan. Mulai saat ini, marilah kita sama-sama jadikan DOA sebagai jalan/ alat/ kaedah/ penawar/ lafaz/ niat PERTAMA untuk kita menghadapi SEMUA tugas, aktiviti harian dan masalah yang mendatang! 
Berikut adalah doa yang dikenali sebagai DOA SELAMAT (menurut buku doa tertuaku).
[ Ya Allah, ya Tuhan, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki. Dan bertaubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah, ringankanlah ke atasku semasa sakaratul maut dan lepaskanlah dari api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan.

Hadiah dari kawanku, Saunah
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau sesatkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku. Berilah aku rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi. Ya Allah, yang mengetahui perkara yang ghaib dan kekuasaanMu terhadap sekalian makhluk; hidupkanlah aku selama Engkau mengetahui bahawa hidup itu baik untukku dan matikanlah aku selama Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik untukku.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu kalimah yang ikhlas ketika tenang dan ketika marah. Aku memohon kepadaMu kesederhanaan samada semasa miskin atau semasa kaya dan aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak binasa. Aku memohon keredhaanMu terhadap qadha'.
Buku Doa Terbaru Buatku
Dan aku memohon kepadamu ketenangan jiwa yang tidak putus-putus. Dan aku memohon kepadaMu hisab yang sejuk setelah mati. Dan aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, keinginan untuk bertemu denganMu tanpa sebarang halangan dan fitnah yang menyesatkan.
Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman, jadikanlah aku orang yang mendapat petunjuk. Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah aku dari azab neraka. ]

[Nota: Klik untuk doa-doa lepas solat yang lain, dan doa sebelum/selepas belajar (13/9/2012)]

Wednesday, May 11, 2011

Pilu Hati Daku (PhD): Mak Tercinta

Mak dan Abah Yang Kusayangi
Aku insan bertuah kerana ibuku masih hidup, sihat sejahtera di samping ayah. Ibuku insan mulia. Dek kemuliaan ibuku, aku mahu anak-anakku memanggilku dengan panggilan yang sama seperti aku memanggilnya iaitu mak. Setiap kali anak-anakku menggunakan perkataan mak...aku akan tergambar wajah makku, sambil membayangkan gaya pertuturan mereka ini, sebagai cara kubercakap dengan mak. Dengan cara itu juga, aku dapat muhasabah diri agar jadi ibu lebih baik dan pada masa yang sama aku boleh mendidik anak-anakku menjadi anak yang soleh. 

Sebelum 8 Mei lagi aku sudah mengucapkan selamat hari ibu kepada mak. Aku tak mahu terlepas! Beberapa hari selepas itu, Allah swt  menggerakkan anak sulungku, Dinie, mengirimkan sms selamat hari ibu lebih awal. Terharu dengan ucapan dan doanya: "Mak...slmt hari ibu..smoga mak n abh dpt g haji n dpt haji yg mabrur..". Beberapa jam kemudian, Dinie menghantar sms semula kerana dia tersilap tarikh. Danish pula asyik bertanya kepadaku: "Mak, macamana nak belikan hadiah hari ibu untuk mak?" Aku memujuknya: "Danish tak perlu beli hadiah untuk mak. Danish cuma jadi anak yang taat pada Allah, pada Nabi Muhamad dan pada mak abah. Danish rajin-rajin solat, rajin mengaji dan belajar sungguh-sungguh. Itu dah cukup.

Anak-Anakku di Aidil Adha 2010
Pada 8 Mei, Dinie hantar ucapan sekali lagi. Danish pula menghadiahkan aku minyak wangi tanpa alkohol yang dibelinya (suamiku yang membayarnya) sewaktu kami menghadiri ceramah hujung minggu di Surau Al-Furqan. Aku mencium Danish berkali-kali kerana kesungguhannya ingin menghadiahkan aku sempena hari ibu. Danish tak kenal putus asa! Terasa sebaknya! Syukurlah aku dikurniakan oleh Allah nikmat yang amat berharga; anak-anak yang baik [Dinie, Dhia dan Danish].


Terima kasih mak kerana menjadi ibu yang hebat padaku. Terima kasih anak-anakku kerana menyayangi mak seadanya! Terima kasih juga kepada adik-adikku dan rakan-rakanku atas titipan ucapan hari ibu. 
Ucapan 1
"Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya. Kau kuatkanlah imannya. Kau peliharalah dia dari fitnah."
Ucapan 2
 "Juz 4 a smile...To all mothers, Please read these. It's NORMAL when u're in ur 20s, u'll look very 'MENGANCAM'...When u're @ 30s, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'...When u turn 40s-50s, u'll feel 'TERANCAM' and sadly, when u reach above 60s, orang langsung tak blh 'CAM'!! Happy Mother's Day to you!!".
Ucapan 3
 "Yg sejati ibu kandung, yg famous ibu tiri, yg ringan ibu angkat, yg miang ibu keladi, yg lumayan ibu ayam, yg tembam ibu roti, yg ramai ibu tunggal, yg penting ibu jari, yg berkhasiat susu ibu. he he apa2 pun SELAMAT HARI IBU."

Friday, May 6, 2011

Penang Hamba Datang (PhD): Round Satu Pulau

Cuti persekolahan Mac lalu, suamiku membawa kami sekeluarga jalan-jalan pusing satu Penang (belah pulau). JJCM kali ini adalah permintaan ibu mertuaku. Achik Fauziah ikut sama tetapi bapa mertuaku tidak ikut serta. Kasihan tengok wajah bapa mertuaku...sukar nak diceritakan. Ini adalah pengalaman pertama aku jalan-jalan Penang dalam satu pusingan lengkap. Ada banyak tempat-tempat baru buatku. Selepas solat Dhuha kami memulakan perjalanan. Perjalanan bermula dari jambatan Pulau Pinang, diikuti susur pantai melalui Bayan Lepas Highway, kemudian ke Balik Pulau, Teluk Bahang, Pantai  Batu Feringgi dan berakhir dengan menaiki feri pulang ke Telok Air Tawar. Ada banyak gambar tapi berikut adalah gambar kenangan yang penting buatku.

Jambatan Pulau Pinang
Pemandangan Dari Jambatan










Pulau Jerejak
Pulau Jerejak Dah Komersial










Belakang Airport Bayan Lepas 
Highway Balik Pulau- belum dibuka










Pokok durian Balik Pulau
Laluan ke Air terjun  Titi Kelawang










Pemandangan Selat Melaka
Empangan Telok Bahang










Pusat Falak Sheikh Tahir
Air Terjun Telok Bahang












Danish catch this!
Masjid Terapung Batu Feringgi










Dalam Feri
Makan tengahari di Padang Kota