Dulu jawatan guru dipandang mulia. Dulu, kalau anak-anak jadi cikgu..ibubapa terasa sangat hebat! Dipanggil cikgu sampai akhir hayat. Begitulah jasa guru dikenang. Kini jawatan guru masih mulia....99% guru di luar sana adalah guru yang mulia. Cuma tahap kemuliaan guru kini, tidak sehebat masyarakat meminati artis! Namun, aku amat yakin guru atau cikgu tidak pernah meminta agar mereka dikenang dan dipuja oleh murid-murid, pelajar-pelajarnya atau sesiapa jua. Bagiku pula...para pelajar belajar dariku dan aku belajar dari para pelajarku! Hebatkan...pembelajaran dua hala! Kita saling berguru.

Sek Ren Dinie & Dhia |
Di kesempatan Hari Guru tahun ini, ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua guru-guru dalam pendidikan rasmi dan tidak rasmi serta pendidikan sekolah dan pendidikan IPT, yang telah membentuk aku dan anak-anakku menjadi hamba Allah yang beriman dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa guru. Namun, ini tidak bererti jasa guru dianggap sebagai amal jariah semata-mata.
Sekolah Danish |
Hargailah guru dengan nilai setimpal agar guru berkhidmat dengan emosi dan ekonomi yang stabil untuk menghasilkan insan yang seimbang. Yang paling kasihan sekali ialah guru mengaji...bayarannya sangat rendah atau kekadang tiada langsung! Beginikah nilai yang diberikan oleh masyarakat akhir zaman terhadap guru? Fikir-fikirkanlah dan buatlah perubahan yang baik walaupun sebesar zarah! Moga semua guru mendapat redha dan rahmat Allah, bahagia di dunia dan di akhirat. Penghargaan dari Allah lebih bernilai dan sempurna daripada semua penghargaan manusia. Selamat Hari Guru; Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
No comments:
Post a Comment