![]() |
Konsep Halal Difahami oleh Non-Muslim |
Buku memang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seseorang yang sedang belajar. Orang belajar mengaji, bukunya adalah Al-Quran atau Mukaddam. Orang yang belajar kenal huruf, bukunya ada gambar yang ada huruf. Orang yang belajar guna alat elektrik, bukunya adalah manual. Orang yang belajar nak pasang perabot sendiri (DIY), bukunya adalah kertas manual. Orang yang belajar menyanyi, bukunya adalah note-note nyanyian. Orang yang belajar memasak, bukunya adalah buku masakan. Orang yang belajar memandu, bukunya adalah panduan peraturan jalanraya. Apakah buku kita yang paling baik? Sudah tentulah Al-Quran dan Hadis.
![]() |
Elemen Pengaruh: Anda Terpengaruh? |
Untuk lebih mantap atau berkesan sesuatu ilmu, kita perlukan guru. Belajar mengaji, perlu guru mengaji. Belajar kenal huruf, perlu cikgu sekolah tadika atau kekadang mak abah. Belajar alat elektrik, perlu tengok orang lain guna. Belajar pasang perabut sendiri, perlu penerangan wakil penjual tentang membaca gambarajah. Belajar menyanyi, perlu ada guru vokal. Belajar memasak, perlu ada chef sekurang-kurangnya ibu kita. Belajar memandu, perlu ada guru memandu. Guru akan membantu kita untuk memahami ilmu yang tidak boleh dicapai oleh fikiran kita. Kemudian, kita akan diilhamkan dalam sesuatu ilmu untuk kita menjadi orang pandai yang semakin baik(taqwa) atau jahat(mungkar) di sisi Allah swt.
![]() |
Al-Quran Terjemahan |
Syukurlah atas nikmatNya, apabila mendapat lebihan wang RM200 (baucer buku 1Malaysia) untuk diri sendiri dan anak-anak bersekolah pula sebanyak RM100. Dengan wang sebanyak itu, banyak buku yang boleh dibeli untuk menambahkan ilmu yang sememangnya sangat cetek. Tempoh baucer akan tamat hujung Mac 2012 dan kita masih ada peluang untuk mendapatkan ilmu yang telah dibukukan oleh para penggiat ilmu di kedai buku berhampiran dan pesta/ekspo buku (contohnya Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya) yang diadakan dalam bulan Februari dan Mac ini. Marilah beramai-ramai membeli dan membaca buku agar ilmu-ilmu ini tidak 'hilang'. Namun, pada masa yang sama kita mesti yakini bahawa hanya Al-Quran, buku yang kekal abadi lagi benar.
No comments:
Post a Comment