Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Monday, July 30, 2012

Puasa Hapus Dosa (PhD): Syurga Menanti...

Ulama Nusantara Sheikh Nuruddin
Damai menghayati ilmu dalam bulan Ramadan melalui program Ihya Ramadan, TV Al-Hijrah bersama ulama nusantara yang tersohor iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Menontonnya, memperkukuhkan lagi ilmuku tentang ibadah puasa. Menuntut ilmu dari ulama yang merupakan pewaris para nabi, barakah dan limpahan nur rabbaninya dapat dirasai begitu dekat di hati. Alangkah bahagianya, jika cahaya ini terus berkilauan sehingga akhir hayat.

Hari ini, kita hampir berjaya melalui 1/3 bulan perjuangan dalam Ramadan. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih organ sistem pemakanan kita agar serasi dengan jadual makan dan minum yang berbeza dengan bulan-bulan lain. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih jasad kita bangun bersahur walaupun dengan seteguk air. Kita juga berjaya menggerakkan langkah kita ke surau untuk bersolat terawih. Kita juga berjaya menghabiskan beberapa juz Al-Quran walaupun tekak terasa perit. Tahniah kerana kita juga berjaya mendekatkan diri dengan program-program kebajikan. 

Panduan Hati Yang Lalai
Jasad terasa kuat dan jiwa terasa kental untuk meneruskan perjuangan yang berbaki 2/3 bulan lagi. Hati terus berdoa agar segala DOSAku diampunkan oleh Allah swt dan semua orang mengampunkan DOSAkuseperti sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud (sila rujuk mukasurat 127 buku yang bertajuk "Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub"):
[Sabda 1] "Barangsiapa puasa sehari daripada bulan Ramadan diampuni baginya barang yang terdahulu daripada DOSAnya dan barang yang terkemudian. Maka apabila sempurna Ramadan, tiada disurat atasnya suatu DOSA hingga tahun yang lain. Maka jika mati ia dahulu daripada Ramadan yang lain, datang ia pada hari kiamat padahal tiada atasnya DOSA." 
 [Sabda 2] "Jikalau izin Allah swt bagi tujuh petala langit dan bumi bahawa berkata keduanya, nescaya berkata keduanya: 'Kesukaan yang amat besar bagi orang yang puasa Ramadan dengan syurga'."
Pabila Ramadan berlalu kelak, diri dan jiwaku bersih...sesuci bayi yang baru dilahirkan. Ku berharap puasa Ramadanku mampu menghapuskan dosaku sedetik yang lalu, semalam dan dosa-dosa silam. Mampukah benteng puasa yang telah kusiap siagakan dalam bulan Ramadan ini menjadi perisai untuk perjuangan selama 11 bulan yang mendatang? 

Wednesday, July 25, 2012

Pabila Hati Disentuh(PhD): Manisnya Ramadan!

http://manzlie-makkah.blogspot.com/ 
Hari ini, sudah masuk hari ke-5 kursus puasa dan masuk kali ke-6 kursus solat tarawih. Setiap amalan dijanjikan pahala melimpah ruah bagaikan mendapat durian runtuh. Bayangkan amalan-amalan sunat mendapat pahala macam membuat amalan wajib.

Bayangkanlah, kalau dalam peperiksaan akhir waktu belajar di sekolah/universiti, markah kita dinaikkan dari gred C kepada gred A+.  Dari markah sikit jadi markah banyak! Sudah tentu kita terbayang dalam transkrip/sijil kita, terpacak A+ dengan megahnya, lebih bangga lagi pada subjek wajib dan susah. Mestilah kita akan tersenyum-senyum hingga terbawa-bawa dalam mimpi. 

Sekarang, cuba bandingkan kisah markah dinaikkan dengan pahala di bulan Ramadan dilipatgandakan. 

Mata terpejam dan jauh di sudut hati, hati berbisik sendiri: " Hemm, pahala memang tidak nampak tapi manisnya pasti sudah terasa di dunia lagi. Ku ingin sangat-sangat merasakan seronoknya beribadah di bulan Ramadan yang barakah ini. Kupasti orang lain telah lebih dahulu merasa kemanisan itu berbanding aku." Hati nan terasa sepi terus berbicara dan berdialog sendirian.

Kumahu Hati Yang Jernih
Q: Camana aku tahu... tak seronok bertarawih? 
A: Hem...sebab bila bilal/diri sendiri baca doa setiap kali lepas empat rakaat, hati tak rasa apa-apa pun!
Q: Habis, nak buat macam mana? 
A: Fahamilah maksud doa yang dipohon dan cubalah baca doa dengan nada yang ada sedikit impak emosi.  Pastinya jiwa jemaah/diri sendiri akan terasa lebih dekat dengan Allah swt. Emosi tersentuh, barulah ada deria rasa terjaga!

Inilah antara isi doa yang kita baca selepas 4 rakaat tarawih iaitu doa yang sama apabila kita bertemu lailatul Qadr nanti. Hebat! Latihan berdoa untuk bertemu dengan Lailatul Qadr telah dimulakan dari hari pertama bertarawih lagi! Tapi kita tak perasan...begitulah indahnya Islam

Saturday, July 21, 2012

Pintu Hidayah Dibuka(PhD): Iqra Al-Quran

Iqra- Aplikasikan dlm PhD!
"Anda sudah membaca Al-Quran hari ini?"
"Sudah..., alhamdullillah!"
Ini bermakna anda telah berjaya mengisi masa anda di bulan Ramadan untuk bersama Al-Quran, kitabullah. Anda telah memuliakan Al-Quran. Amalan anda membaca Al-Quran di bulan keberkatan ini, pahalanya berlipat kali ganda. 


"Adakah anda terkesan dengan bacaan Al-Quran anda tadi?
Senyap sunyi. Termenung seketika.
Hati berbisik sangat perlahan: "10 mukasurat kubaca tadi tapi... aku...aku...aku...hanya membaca tapi tak faham...
Tiba-tiba, jiwa terasa kosong. Kosong. Kosong.
Hati meronta-ronta: "Macamana nak dapat manfaat baca Al-Quran?"

Etika belajar Al-Quran
Antara tip salafusoleh yang terdapat dalam buku "Etika Belajar & Mengajar Al-Quran" ialah:-
1) Niat yang tulus untuk mengubah diri dengan Al-Quran
2) Dekatkan diri anda dengan Al-Quran setiap hari secara berterusan
3) Jadikan diri anda (bukan orang lain) sebagai sasaran mesej Al-Quran
4) Membaca dengan tenang, hadirkan fikiran dan perlahan-lahan
5) Renung dan fikirkan pengajaran dengan ayat-ayat dibaca
6) Ulang bacaan berkali-kali pada ayat yang terkesan di hati (100 kali ulang pun tidak mengapa!)
7) Betulkan bacaan (kini ada Al-Quran ReadPen yang anda boleh rakam dan bandingkan bacaan anda dengan Qari yang terkenal. Klik: www.myqalam.my)
8) Jangan putus asa untuk memahami Al-Quran

Tahniah dan bersyukurlah...kerana anda telah berjaya memilih petunjuk yang tepat untuk menempuh perjalanan hidup anda di muka bumi ini. Anda juga telah berjaya membuat satu bekalan yang bercahaya untuk kehidupan anda di alam akhirat kelak. 

"Teruskanlah USAHA kita membaca, memahami, menghayati 
dan melaksanakan kandungan Al-Quran hingga akhir hayat kita

Tuesday, July 17, 2012

Puasa Hampir Dah(PhD): Indahnya...Ramadan

Refresh Ilmu Puasa
"Ahlan wa sahlan Ramadan". Ungkapan selamat datang ini, bukan semata-mata mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan malahan ianya merupakan undangan untuk kita menjadi ahli bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Itulah antara penjelasan Ustaz Heryanto semasa menghadiri satu forum sempena Ramadan dan pelancaran Tabung Masjid Puncak Alam di Surau Hj Ismail, Puncak Alam pada hujung minggu lepas.

Buku Ustaz Kazim 
Dalam forum tersebut, Ustaz Kazim sebagai panel kedua, pula berpesan agar diri  melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh ketaqwaan. Taqwa itu adalah adunan rasa takut kepada Allah swt walau di mana jua kita berada, patuh dengan segala perintah dan larangan Allah swt, syukur dengan semua pemberian Allah swt samada yang kita suka atau tidak, dan redha dengan segala ketentuan Allah swt samada yang manis ataupun yang pahit. 

Bloom Taxonomy
Taqwa akan terbit dan terus bercambah pabila kita mempelajari ilmu ibadah puasa, melaksanakan ilmu yang dipelajari dan mengaplikasikan kesan ibadah puasa tersebut dalam menempuh kehidupan mendatang. Macam kaedah pembelajaran "Bloom Taxonomy". Dengan ilmu, kita dapat menyatukan fizikal dan rohani kita yang berpuasa dan seterusnya merasai keindahan berpuasa. Ustaz Kazim terus berpesan agar kita selesaikan hutang puasa, bermaaf-maafan antara satu sama lain, mohon ampun dari ibubapa dan pertingkatkan ibadah di bulan Ramadan ini seperti solat tarawih, tadarus, membaca Al-Quran, berzikir, Qiamullail, iktikaf di masjid, sedekah dan banyak lagi. Bukan hanya pahala yang hendak dikejar tapi rahmat Allah yang ingin diraih.

Cinta Masjid TV Al-Hijrah
Pastinya program TV di bulan Ramadan ini akan lebih menarik dan menyemarakkan bait-bait cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw seperti Ayat Riwayat dan Jejak Rasul. Program rutin seperti Forum Perdana, Tanyalah Ustaz/ah, Halaqah Sentuhan Kalbu, Pesan Atok, Reflections dan 30 Minit Bersama Ustaz Don tidak dilupakan. Alangkah indahnya, jika program-program pengisian rohani (walaupun dari berbeza siaran TV) boleh diatur secara berturutan dan berterusan dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam. Pastinya, tiada alasan untuk kita mengatakan program TV melalaikan dan tiada alasan untuk kita mengata pihak-pihak tertentu tidak melaksanakan tanggungjawabnyaBahagia...semua umat Islam dapat pahala dan seluruh alam mendapat rahmat Allah swt. Itulah indahnya BERSATU hasrat walaupun berbeza entiti.

Sunday, July 1, 2012

Pesona Hill Dilihat(PhD): Gunung Jerai Kedah

The Regency Gunung Jerai, Kedah
Perjalanan separuh hari ke Gunung Jerai, Kedah pada 4 Jun lalu amatlah menggembirakan hatiku. Pertama, aku teruja kerana ini adalah kali pertama aku ke Gunung Jerai dan kedua kerana abah mertua yang selalu 'ditinggalkan' turut serta dalam JJCM kami.  

Abah Berjaya Mendaki!
Kami bertolak selepas bersarapan pagi dari Telok Air Tawar dan tiba di kaki Gunung Jerai pukul 10.30 pagi. Kami tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri   untuk ke puncak kerana ada tanah runtuh. Oleh itu, kami diminta menaiki van sewa yang disediakan dan kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 100- 200m menyusuri tebing tanah runtuh. Cabaran untuk abah mertuaku yang dah tua dan sakit kaki, namun alhamdulllilah....abah berjaya melepasi jalan kaki secara mendaki! Melepasi kawasan tanah runtuh, kami menaiki sebuah van lain yang telah sedia menunggu. 

986m Dari Aras Laut, Gunung Jerai
Tiba di puncak, keadaan kabus. Pemandangan sawah menghijau di kaki gunung tidak kelihatan. Kami berehat sambil menikmati kopi dan pemanis mulut di Restoran Puncak Kedah, Gunung Jerai. Kulihat sebuah surau tersergam indah di atas puncak yang sedikit lebih tinggi dari kedudukan restoran. Lantas, aku mengajak Danish dan Dhia yang telah habis menikmati hidangan untuk ke sana. Setelah selesai urusan di surau, kami pun turun semula. Tiba-tiba, kabus bergerak perlahan-lahan dan mempamerkan keindahan alam semulajadinya. "Subna Allah...Cantiknya!" 

Menyaksikan keindahan Gunung Jerai ini mengingatku tentang ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman iaitu "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah, yang kamu hendak dustakan?". Pesona Gunung Jerai memotivasikan diriku agar berusaha tanpa jemu untuk melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhi laranganNya, sebelum semua nikmat diambil semula oleh Tuhan Yang Maha Pencipta Lagi Maha Berkuasa.

Orkid Gunung Jerai
Labah-Labah & its Web

Cantik Corak Kupu-kupu, Gunung Jerai
Salah satu Villa, Gunung Jerai

Surau, Gunung Jerai Kedah
Restoran Puncak Kedah
Cantik Pokok di Tiang ni!
Batu Tanda Terusan Mat Saman