Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Monday, July 30, 2012

Puasa Hapus Dosa (PhD): Syurga Menanti...

Ulama Nusantara Sheikh Nuruddin
Damai menghayati ilmu dalam bulan Ramadan melalui program Ihya Ramadan, TV Al-Hijrah bersama ulama nusantara yang tersohor iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Menontonnya, memperkukuhkan lagi ilmuku tentang ibadah puasa. Menuntut ilmu dari ulama yang merupakan pewaris para nabi, barakah dan limpahan nur rabbaninya dapat dirasai begitu dekat di hati. Alangkah bahagianya, jika cahaya ini terus berkilauan sehingga akhir hayat.

Hari ini, kita hampir berjaya melalui 1/3 bulan perjuangan dalam Ramadan. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih organ sistem pemakanan kita agar serasi dengan jadual makan dan minum yang berbeza dengan bulan-bulan lain. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih jasad kita bangun bersahur walaupun dengan seteguk air. Kita juga berjaya menggerakkan langkah kita ke surau untuk bersolat terawih. Kita juga berjaya menghabiskan beberapa juz Al-Quran walaupun tekak terasa perit. Tahniah kerana kita juga berjaya mendekatkan diri dengan program-program kebajikan. 

Panduan Hati Yang Lalai
Jasad terasa kuat dan jiwa terasa kental untuk meneruskan perjuangan yang berbaki 2/3 bulan lagi. Hati terus berdoa agar segala DOSAku diampunkan oleh Allah swt dan semua orang mengampunkan DOSAkuseperti sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud (sila rujuk mukasurat 127 buku yang bertajuk "Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub"):
[Sabda 1] "Barangsiapa puasa sehari daripada bulan Ramadan diampuni baginya barang yang terdahulu daripada DOSAnya dan barang yang terkemudian. Maka apabila sempurna Ramadan, tiada disurat atasnya suatu DOSA hingga tahun yang lain. Maka jika mati ia dahulu daripada Ramadan yang lain, datang ia pada hari kiamat padahal tiada atasnya DOSA." 
 [Sabda 2] "Jikalau izin Allah swt bagi tujuh petala langit dan bumi bahawa berkata keduanya, nescaya berkata keduanya: 'Kesukaan yang amat besar bagi orang yang puasa Ramadan dengan syurga'."
Pabila Ramadan berlalu kelak, diri dan jiwaku bersih...sesuci bayi yang baru dilahirkan. Ku berharap puasa Ramadanku mampu menghapuskan dosaku sedetik yang lalu, semalam dan dosa-dosa silam. Mampukah benteng puasa yang telah kusiap siagakan dalam bulan Ramadan ini menjadi perisai untuk perjuangan selama 11 bulan yang mendatang? 

No comments:

Post a Comment