"Sudah..., alhamdullillah!"
"Adakah anda terkesan dengan bacaan Al-Quran anda tadi?"
Senyap sunyi. Termenung seketika.
Antara tip salafusoleh yang terdapat dalam buku "Etika Belajar & Mengajar Al-Quran" ialah:-
1) Niat yang tulus untuk mengubah diri dengan Al-Quran
2) Dekatkan diri anda dengan Al-Quran setiap hari secara berterusan
3) Jadikan diri anda (bukan orang lain) sebagai sasaran mesej Al-Quran
4) Membaca dengan tenang, hadirkan fikiran dan perlahan-lahan
5) Renung dan fikirkan pengajaran dengan ayat-ayat dibaca
6) Ulang bacaan berkali-kali pada ayat yang terkesan di hati (100 kali ulang pun tidak mengapa!)
7) Betulkan bacaan (kini ada Al-Quran ReadPen yang anda boleh rakam dan bandingkan bacaan anda dengan Qari yang terkenal. Klik: www.myqalam.my)
8) Jangan putus asa untuk memahami Al-Quran
Ini bermakna anda telah berjaya mengisi masa anda di bulan Ramadan untuk bersama Al-Quran, kitabullah. Anda telah memuliakan Al-Quran. Amalan anda membaca Al-Quran di bulan keberkatan ini, pahalanya berlipat kali ganda.
"Adakah anda terkesan dengan bacaan Al-Quran anda tadi?"
Senyap sunyi. Termenung seketika.
Hati berbisik sangat perlahan: "10 mukasurat kubaca tadi tapi... aku...aku...aku...hanya membaca tapi tak faham..."
Tiba-tiba, jiwa terasa kosong. Kosong. Kosong.
Hati meronta-ronta: "Macamana nak dapat manfaat baca Al-Quran?"
Hati meronta-ronta: "Macamana nak dapat manfaat baca Al-Quran?"
![]() |
Etika belajar Al-Quran |
1) Niat yang tulus untuk mengubah diri dengan Al-Quran
2) Dekatkan diri anda dengan Al-Quran setiap hari secara berterusan
3) Jadikan diri anda (bukan orang lain) sebagai sasaran mesej Al-Quran
4) Membaca dengan tenang, hadirkan fikiran dan perlahan-lahan
5) Renung dan fikirkan pengajaran dengan ayat-ayat dibaca
6) Ulang bacaan berkali-kali pada ayat yang terkesan di hati (100 kali ulang pun tidak mengapa!)
7) Betulkan bacaan (kini ada Al-Quran ReadPen yang anda boleh rakam dan bandingkan bacaan anda dengan Qari yang terkenal. Klik: www.myqalam.my)
8) Jangan putus asa untuk memahami Al-Quran
Tahniah dan bersyukurlah...kerana anda telah berjaya memilih petunjuk yang tepat untuk menempuh perjalanan hidup anda di muka bumi ini. Anda juga telah berjaya membuat satu bekalan yang bercahaya untuk kehidupan anda di alam akhirat kelak.
"Teruskanlah USAHA kita membaca, memahami, menghayati
dan melaksanakan kandungan Al-Quran hingga akhir hayat kita"
No comments:
Post a Comment