http://manzlie-makkah.blogspot.com/ |
Hari ini, sudah masuk hari ke-5 kursus puasa dan masuk kali ke-6 kursus solat tarawih. Setiap amalan dijanjikan pahala melimpah ruah bagaikan mendapat durian runtuh. Bayangkan amalan-amalan sunat mendapat pahala macam membuat amalan wajib.
Bayangkanlah, kalau dalam peperiksaan akhir waktu belajar di sekolah/universiti, markah kita dinaikkan dari gred C kepada gred A+. Dari markah sikit jadi markah banyak! Sudah tentu kita terbayang dalam transkrip/sijil kita, terpacak A+ dengan megahnya, lebih bangga lagi pada subjek wajib dan susah. Mestilah kita akan tersenyum-senyum hingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Sekarang, cuba bandingkan kisah markah dinaikkan dengan pahala di bulan Ramadan dilipatgandakan.
Mata terpejam dan jauh di sudut hati, hati berbisik sendiri: " Hemm, pahala memang tidak nampak tapi manisnya pasti sudah terasa di dunia lagi. Ku ingin sangat-sangat merasakan seronoknya beribadah di bulan Ramadan yang barakah ini. Kupasti orang lain telah lebih dahulu merasa kemanisan itu berbanding aku." Hati nan terasa sepi terus berbicara dan berdialog sendirian.
![]() |
Kumahu Hati Yang Jernih |
Q: Camana aku tahu... tak seronok bertarawih?
A: Hem...sebab bila bilal/diri sendiri baca doa setiap kali lepas empat rakaat, hati tak rasa apa-apa pun!
Q: Habis, nak buat macam mana?
A: Fahamilah maksud doa yang dipohon dan cubalah baca doa dengan nada yang ada sedikit impak emosi. Pastinya jiwa jemaah/diri sendiri akan terasa lebih dekat dengan Allah swt. Emosi tersentuh, barulah ada deria rasa terjaga!
Inilah antara isi doa yang kita baca selepas 4 rakaat tarawih iaitu doa yang sama apabila kita bertemu lailatul Qadr nanti. Hebat! Latihan berdoa untuk bertemu dengan Lailatul Qadr telah dimulakan dari hari pertama bertarawih lagi! Tapi kita tak perasan...begitulah indahnya Islam.

No comments:
Post a Comment