Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, July 29, 2011

Pemulihan Hal Domestik (PhD): Kukuhkan Rohani

Nisfu Syaaban di Singapura
Sewaktu berada di Kota Singa dua minggu lalu, aku tertarik dengan ceramah seorang ustaz di corong radio. Peringatan kuliah subuh tersebut berkisar tentang persefahaman pasangan suami isteri yang berkerjaya. Sambil menikmati secawan kopi, aku tersenyum sendirian dek kisah kiasan yang disampaikan terkena batang hidungku sendiri. Kak Maria yang sibuk menyiapkan sarapan pagi berkata: "Ana, ramai pasangan di Singapura sekarang...baru kahwin, dah nak bercerai. Banyak sangat kes tersebut...terutamanya golongan muda." Aku menambah: "Sama jugalah kak...di Malaysia pun. Kata JAKIM..setiap 15 minit satu pasangan bercerai." Kami berkongsi kebimbangan dan keresahan. Namun, aku sempat memuji Kak Maria kerana sifat keterbukaannya dalam menyelesaikan setiap perkara yang mendatang dalam hidupnya dan hidup anak-anaknya. Kaedah beliau menegur dan mendidik cucu-cucunya juga...membuatkan aku terpegun. Dalam hatiku berkata: "Bolehkah aku menjadi mertua seperti Kak Maria?"

Menangani Masalah Internet
Betullah...keluarga adalah asas sebuah masyarakat. Pincang institusi keluarga maka pincanglah masyarakat. Kepincangan yang berterusan tanpa sebarang penambahbaikan dan pemulihan akan membawa keruntuhan sesuatu bangsa dan negara. Salah satu ikhtiar yang dibuat oleh umat Islam di Singapura ialah anjuran karnival sempena nisfu Syaaban. Antara aturcaranya ialah solat hajat dan ceramah motivasi. Kulihat beberapa penceramah tersohor Malaysia yang dipanggil seperti Prof Madya Dr Muhaya Muhamad, Ustaz Farid Ravi dan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, untuk berkongsi informasi dan pengalaman bersama rakyat Singapura. Bukan ceramah agama sahaja, malahan bengkel bagaimana menangani masalah ketagihan Internet juga diadakan.

Hadiah Ramadan dari Jaslin
Teringat akan fenomena yang sama berlaku di Malaysia. Belum habis masalah ketagihan dadah....kini datang pula ketagihan Internet. Aplikasi Internet pula bertambah dari hanya laman sesawang, kini telah ada pelbagai laman sosial dari blog, Facebook dan Twitter. Dulu hanya usikan di tepi-tepi jalan, kini usikan (twit-twit) di sepanjang talian berwayar dan tanpa wayar. Dulu usikan jalanan dikenali rupa paras orangnya...kini usikan di talian belum pasti itulah milik rupa orangnya. Semuanya....dalam kesamaran. Dan banyak kesamaran dalam hidup ini boleh dicerahkan dengan mengukuhkan daya tahan rohani. Carilah supplement untuk rohani...kasihanilah rohani kita yang sedang kegersangan. Kita mahu jadi insan dan pembentuk generasi akan datang yang fizikalnya lasak dan jiwanya kental. 

Thursday, July 21, 2011

Pencakar Hiasan Dunia (PhD): Modennya Temasik

Sepanjang perjalanan menaiki perkhidmatan bas dan tren awam, aku dapat menyaksikan pemandangan indah alaf baru di bumi Singapura ini. Indahnya hasil ciptaan manusia, bentuk dan rekaan bangunannya mendapat inspirasi dari alam semulajadi. Teringat akan beberapa pencakar langit di Malaysia seperti Petronas Twin Towers  dan Menara Telekom di mana rekabentuknya juga berasaskan alam semulajadi. Alam semulajadi ciptaan Allah swt telah mencetuskan idea kepada manusia berfikir agar manusia menjadi khalifah yang kreatif,  inovatif dan bertaqwa. Pada masa yang sama, perlu diingat bahawa idea kreatif ini juga sebenarnya diilhamkan oleh Allah swt kepada manusia. Hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa untuk dibanggakan kerana semua hasilannya adalah datang dari Allah swt jua. Oleh itu, hargai dan syukuri keindahan serta kehijauan alam semulajadi yang Malaysia miliki dan lebih bersyukur kerana Malaysia sentiasa menggalakkan rakyatnya untuk menjadi pencipta yang progresif, inovatif dan sensitif dengan nilai pelbagai agama dan budaya.

Lotus flower-shaped Art Science Museum 
Singapore Flyer and Marina Bay Sands
Vivo City 
Berlatarbelakangkan Pulau Sentosa 
Kereta Kabel ke Pulau Sentosa
Stesen Keretapi ke Pulau Sentosa

Singapore River
Panorama Geylang Serai

Wednesday, July 20, 2011

Peninggalan Hebat Disaksi(PhD): Keretapi dan Masjid

Landasan Keretapi ...tinggal kenangan 
Gerai Nasi lemak dan Mee Rebus
Stesen Keretapi Tanjong Pagar
Laluan bas ke stesen
Singapura telah berpisah daripada Malaysia sejak 1965, namun masih ada kesan sejarah Malaysia di bumi Kota Singa ini. Buat pertama kalinya aku melihat sendiri bangunan Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang kini hanya tinggal kenangan. Stesen ini tidak beroperasi lagi bermula 1 Julai 2011. Ke manakah gerai Nasi lemak dan Mee rebus stesen keretapi ini berhijrah? Kisah stesen ini boleh dibaca di rencana Rona Berita Harian (17 Julai 2011) yang bertajuk Legasi Tanjong Pagar: Stesen KTM pengikat hubungan lebih 8 dekad dan Utusan online yang bertajuk Tanjong Pagar warisan terakhir Tanah Melayu.

Pintu Masuk Masjid
Ruang Solat
Perkarangan Masjid
Makam Diraja Johor
Seperkara lagi, yang tidak pernah ku ketahui ialah wujudnya sebuah masjid bernama Masjid Temenggong Daing Ibrahim dan Makam Diraja Johor di Telok Belangah, Singapura - milik negeri Johor. Ooo...inilah tempatnya...asal nama baju kurung Telok Belanga. Aku sangat teruja berada di kawasan ini kerana aku berpijak di bumi Johor yang berada dalam negara Singapura. Sungguh menakjubkan!

Tuesday, July 19, 2011

Pembawa Harapan Dinaiki (PhD): Bas Ekspres Canggih

Dello sedih...
Setiap kali mengunjungi Kota Singa, bas merupakan kenderaan yang 'terpilih'. Dulu...sewaktu aku menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Singapura, bas rasmi tempat bertugas jadi pilihan. Kali ini...aku masih memilih bas (ekspres) disebabkan pengangkutan awam ini yang paling hampir dengan tempat kediamanku. Dua misi penting lawatanku kali ini iaitu membentang kertas kerja di konferen dan  menziarahi sanak saudara yang lebih satu dekad tidak bertemu.

Dalam Bas Super Nice
Sewaktu berlepas ke Singapura...kami menaiki bas Super Nice Ekspres Seni Budaya dari Terminal Klang Sentral. Bas ekspres ini diuruskan oleh Danish Trans(M) Sdn Bhd (Tel: 03-5541 6966/ 03-3343 6966; Tel Bimbit Ina: 014-267 3049). Bas bertolak pukul 11 malam dan dijangka tiba pukul 4.30 pagi di Beach Road, Singapura.  Anakku Danish sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menaiki bas ekspres. Dan lebih dia tidak sangka ialah dia akan ke luar negara dengan hanya menaiki bas! Danish melihat jalan-jalan yang dilalui bas ekspres ini dan berkata kepadaku: "Mak...jalan ni macam jalan yang pernah kita lalu aje." Aku menjawab: "Ini jalan yang sama, kalau kita nak balik rumah atuk dan nenek Kota Tinggi."

Sewaktu pulang ke Malaysia...kami menaiki bas ekspress 2-tingkat Five Stars dari perhentian bas di Boon Lay, Singapura. Bas bertolak pukul 9 pagi dan dijangka tiba pukul 2 petang di Pudu Raya. Perasaan sebak amat dirasai sewaktu berpisah dengan keluarga En Amli, Kak Qamariah, Haslin, Hirfan dan Aqeela. Ketulusan, kasih sayang dan kemuliaan mereka sekeluarga sangat-sangat terpancar. Jasa mereka sekeluarga tidak termampu untukku balas.
Bas Five Star - Personal TV and Game
Pudu Raya berwajah baru
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Emas milik orang bukan milik sendiri, batu milik sendiri, lantas hargai dan gilapi batu ini dengan kaedah yang betul agar satu hari kelak ia menjadi emas berkilauan. Justeru, aku mesti bersyukur! Negaraku tercinta, Malaysia, telah banyak berusaha dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam dan telah menunjukkan peningkatan pengurusan perkhidmatan yang baik untuk kebajikan rakyatnya. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, bantulah dan jadikanlah kami rakyat Malaysia, insan yang sentiasa bersatu hati untuk majukan rohani dan jasmani serta bersyukur dengan nikmatMu.

Monday, July 18, 2011

Pelbagai Hasil Dirasai(PhD): Makanan Singapura

Lontong Goreng
Antara pengalaman berada di negara orang ialah merasai pelbagai makanannya. Begitulah yang kualami sepanjang berada di Singapura minggu lepas. Kami dapat menikmati murtabak Singapura dan lontong goreng, sewaktu menziarahi keluarga di Tampines pada satu waktu petang. Lontong goreng? Tak pernah ku dengar! Menurut Kak Norliah, cara menyediakannya amat mudah iaitu sambal tumis dicampur udang dan telor dimasak terlebih dahulu. Kemudian, nasi himpit yang telah dipotong dadu, digaul dengan sambal tadi.  Sedap rasanya! 

Juadah makan tengahari dengan pelbagai lauk pauk kampung dapat kami nikmati di Restoran Hjh Maimunah, 20 Joo Chiat Road, #01-02, Singapore 427357 (Tel No: 02-6348 5457). Kuih muih dan bubur masakan Melayu juga banyak dijual di sini. Rasanya lazat! 
Pelbagai Lauk Pauk Kampung
Restoran Hjh Maimunah
Makan malam pula, kami dijamu dengan tulang power, mee/kueh tiew goreng dan satay di West Coast. Tulang power dan mee goreng warnanya merah. Rasa kuah tulang power ini sangat enak. Warna merah dari kuah tulang power ini terkesan di tapak tangan walaupun telah dibasuh!  Sataynya pula disajikan dengan nasi himpit bulat. 
Food Center, West Coast
Tulang Power - kuahnya lazat!
Mee goreng - rasanya lain tapi enak!
Satay...nasi himpitnya bulat!
Sebelum pulang ke Malaysia, kami dibawa bersarapan pagi di Restoran Mr Teh Tarik, Jurong West tidak jauh dari rumah En Amli dan Kak Qamariah. Kami mencuba lontong dan teh tariknya. Sayur di dalam lontong ini agak berlainan rasanya berbanding dengan lontong di Malaysia. Lebih istimewa, lontong ini juga boleh dimakan dengan sambal goreng. 
Restoran Mr Teh Tarik, Jurong West
Lontong, Sambal Goreng dan Teh Tarik
Begitulah kreatifnya manusia, idea yang dikurniakan Allah swt kepada manusia...nama makanan sama dengan makanan Malaysia, namun rasanya jauh berbeza!  Apa lagi yang harus ku ucapkan selain lafaz kesyukuran di atas segala nikmatNya ~ Alhamdullillah 3x. 

Sunday, July 10, 2011

Penat Helah Dijaja (PhD): Syaitan Menang

Entahlah...manusia memang tidak pernah merasa cukup. Geram melihat orang yang tidak tahu bersyukur. Agaknya para perencana yang mahu memusnahkan Islam di negara ini sedang membuat majlis kesyukuran. Musuh-musuh lain tumpang sekaki. Syaitan juga sedang buat kenduri kendara...agaknya sedang menjamu selera ayam panggang..kerana berjaya memesongkan hati rakyat Malaysia. Syaitan memang tidak pernah kenal putus asa...sejak wujudnya Nabi Adam. Syaitan berjanji untuk terus memesongkan hati kita semua....sehinggalah Islam pupus di bumi ini. Syaitan ini memakai pelbagai topeng. Topengnya sangat sukar dicam kecuali dengan celik iman dan rahmat dari Allah swt. 

Doa Hindari Syaitan
Bila kufikir semula...mengapakah Allah menurunkan bencana dalam bentuk rusuhan, pertelagahan antara umat Islam dan perhimpunan jalanan pada Malaysia? Kekadang aku lebih rela Allah menurunkan bencana alam pada Malaysia dan memusnahkan semua manusia jahat dan tali barutnya yang tak sudah-sudah menggugat ketenteraman Malaysia. Mungkin dengan bencana alam seperti Tsunami, barulah orang Malaysia terutamanya Melayu Islam sedar dan bersyukur dengan nikmat Allah. Tsunami ibarat tamparan dari Allah swt...agar manusia bangun dan menyembahNya dengan sepenuh hati.Kembalilah semua kepada ajaran Allah swt dan sunnah Rasullullah saw. 
Hati kecilku berdoa: 
"Ya Allah...jika Engkau mahu menguji sesuatu kaum...matikanlah aku tanpa diuji."

Ku selalu impikan kedamaian, musyawarah dan perpaduan dalam menyelesaikan sebarang kemelut hidup. Dalam kedamaian...ada ketulusan, keikhlasan dan kecintaan. Dalam musyawarah...ada ketelusan, pengorbanan dan persefahaman. Dalam perpaduan...ada kekuatan, kekitaan dan kemuliaan.

Thursday, July 7, 2011

Pagar Halaman Dibuat (PhD): Elak Gangguan

Marhaban 2010 - Para bapa dan anak
Marhaban 2010 - Para ibu dan anak
Sejak berpindah rumah di Puncak Alam, entah mengapa tidak berkesempatan untuk membuat majlis "house-warming". Namun, aku bersyukur kerana kejirananku telah membuat program marhaban (beraya dari rumah ke rumah sambil berselawat) pada bulan syawal tahun lepas. Semasa marhaban, aku sempat membawa buku kecil untuk mencatat kesemua nama-nama jiran yang turut serta. Nama pasangan yang tercatat ialah Rahman dan Norkhairiah, Hafiz dan Adilah, Hanafi dan Husna, Yusri dan Siti, Rahmat dan Saidatul Hajar, Rafi dan Azah, Saman dan Azi, Maznin dan Zaridah, Azizul dan Rozi serta Redza dan Nawal. Seronok dapat berkenalan secara dekat dengan mereka. Mereka semua sangat baik hati dan peramah. Kini, jiranku adalah keluargaku yang terdekat. 

Satu lagi perkara yang aku tidak buat sewaktu mula-mula masuk rumah ini ialah membuat dinding maya. Aku hanya menyemarakkan bacaan Al-Quran setiap hari dan bacaan Yassin tiap-tiap minggu. Kekadang bacaan dibuat sendiri, kekadang bacaan dialunkan melalui CD. Itu jika aku ada di rumah. Jika aku tiada di rumah, siapa yang nak menyemarakkan bacaan tersebut? Hahah...apa lagi masa inilah syaitan dan iblis ambil kesempatan! Itulah padahnya apabila membuat sesuatu tanpa/cetek ilmu.  

Syukurlah...aku berjumpa Ustaz Salman bin Azizan yang boleh merawat rumahku. Aku temuinya sewaktu mengusahakan cara lain untuk mengubati demam suamiku. Rupanya...bukan manusia sahaja kena rawat, rumah pun kena rawat. Rumah pun berpenyakit! Terimakasih Allah kerana menemukan aku dengan keluarga Ustaz Azizan yang tinggal di Batu 6 Sementa, Jalan Kapar, Klang (hp: 019-203 6367, 019-2561037 dan 012-3363247). Itulah pertama kali mendengar nama tempat Sementa! Namun, aku mesti terus istiqamah menyemarakkan bacaan Al-Quran dan ibadah lain agar rumahku ini menjadi pilihan kunjungan Malaikat Rahmat setiap saat.

Wednesday, July 6, 2011

Penglihatan Hati Dibuka (PhD): Celik Iman...

Nikmat Mata Yg Mesti Disyukuri
Rehat sebentar sambil menonton "At First Sight" di HBO. Ceritanya tentang seorang lelaki buta bernama Virgil yang diberi harapan dan dorongan oleh teman wanitanya, Amy, untuk menjalani pembedahan agar Virgil boleh melihat dunia. Pengorbanan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh kakak dan teman wanita Virgil, membuatkan aku mengalir air mata. Kesengsaraan serta trauma Virgil dalam mengharungi dunia buta ke dunia celik, dan dari dunia celik ke dunia buta semula, membuatkan aku insaf dengan kehidupanku kini.

Celik Iman
Proses dari dunia buta (gelap) ke dunia celik (cerah) seperti cerita di atas adalah antara fasa kehidupan yang dilalui oleh semua insan. Dulu...masa kecil..kita pernah berada dalam dunia buta huruf (gelap), tetapi kini, kita bukan hanya celik huruf malahan kita celik IT. Kita tahu membaca, kita tahu menulis, kita tahu menggunakan aplikasi IT, kita tahu menilai dan kita tahu menghargai. Magiknya...kita masih terus mencari dunia cerah. Dari satu dunia ke satu dunia lain...hinggalah kita ditemukan dunia cerah hakiki iaitu Celik Iman. Celik Iman mampu melihat sesuatu bukan hanya dengan mata tetapi dengan hati yang penuh rasa ketaqwaan dan kehambaan kepada Allah swt. 

Bayangkanlah...kalau dunia celik yang kita miliki saat ini ditarik balik oleh Yang Maha Pemberi. Terlalu mudah untuk Allah swt ambil semula semua nikmat itu. Tetapi, apa akan jadi pada kita? Kembali ke dunia kanak-kanak, tak tahu membaca, tak tahu menulis dan sebagainya. Ngeri sungguh! Teringatku akan bait-bait doa yang sering kita baca selepas solat agar celik iman dalam diri tidak dipesongkan. Doa ini sudah terlalu hafaz di bibir kita...hinggakan kita alpa untuk memahaminya. Hayati sungguh-sungguh doa ini, pasti ianya akan menusuk ke dalam Qalbu. 
ربنا لا تزع قلو بنا بعد اذ هديتنا و هب لنا من لد نك رحمة انك انت الو هاب
Maknanya: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmatMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.

Sunday, July 3, 2011

Penggemar Hasil Durian (PhD): Demam!

Dah lama tak berkursus di luar daerah. Kawanku, Saunah mempelawa aku mengikuti satu kursus pembakar semangat pada hujung bulan Jun. Suami pula tidak menghalang. Sehari sebelum aku pergi berkursus, tiba-tiba, Danish dan suamiku demam teruk. Cemas aku dibuatnya...bagaimana nak tinggalkan mereka berdua yang sedang sakit. Aku memang tak sampai hati, lebih-lebih lagi nak tinggalkan Danish. Lagipun, orang sakit perlu dijaga dan ditemani. Setelah mendapatkan rawatan di klinik, kuberi Danish makan ubat dan minum air zam zam. Esok pagi, badan Danish dah tak panas dan dia nampak cergas. Suamiku pula nampak sihat! Syukurlah...

Durian Segamat Yg Dibekukan...Sedap! 
Sewaktu pulang berkursus, kubawa durian sebagai buah tangan. Aku sangat teruja kerana aku yakin suamiku pasti gembira bila dapat makan durian, lebih-lebih lagi durian Segamat. Tambahan pula, durian ini pemberian Prof Madya Dr Ruhaya Atan, ex-bossku semasa di UiTM Johor. Namun, keterujaanku bertukar menjadi sedih kerana suamiku masih demam...dan mukanya nampak sangat pucat. Kulihat, tangannya menggigil dan dia mengadu sakit-sakit sendi kaki, tangan dan tulang belakang. Pelik...selalunya aku yang kena sakit begitu. 
Rupanya, sejak pemergianku tiga hari berkursus, dia tak lalu makan dan kekadang tak boleh makan langsung. Dek kerana lapar, dia tak boleh lelapkan mata walaupun dia sangat-sangat keletihan - dia tak boleh tidur sejak 24 jam yang lalu! Kasihan betul! Aku segera minta suamiku berjumpa doktor semula...takut-takut kena demam lain. Doktor mengesahkan demam tiada dan semua petunjuk kesihatan stabil. Kami bertambah pelik! Sementara menunggu usaha yang lain, aku minta suamiku menghabiskan air zam zam yang ada. Dalam kekalutan...kami tetap berjaya menghabiskan durian Segamat tersebut.