Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, July 19, 2011

Pembawa Harapan Dinaiki (PhD): Bas Ekspres Canggih

Dello sedih...
Setiap kali mengunjungi Kota Singa, bas merupakan kenderaan yang 'terpilih'. Dulu...sewaktu aku menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Singapura, bas rasmi tempat bertugas jadi pilihan. Kali ini...aku masih memilih bas (ekspres) disebabkan pengangkutan awam ini yang paling hampir dengan tempat kediamanku. Dua misi penting lawatanku kali ini iaitu membentang kertas kerja di konferen dan  menziarahi sanak saudara yang lebih satu dekad tidak bertemu.

Dalam Bas Super Nice
Sewaktu berlepas ke Singapura...kami menaiki bas Super Nice Ekspres Seni Budaya dari Terminal Klang Sentral. Bas ekspres ini diuruskan oleh Danish Trans(M) Sdn Bhd (Tel: 03-5541 6966/ 03-3343 6966; Tel Bimbit Ina: 014-267 3049). Bas bertolak pukul 11 malam dan dijangka tiba pukul 4.30 pagi di Beach Road, Singapura.  Anakku Danish sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menaiki bas ekspres. Dan lebih dia tidak sangka ialah dia akan ke luar negara dengan hanya menaiki bas! Danish melihat jalan-jalan yang dilalui bas ekspres ini dan berkata kepadaku: "Mak...jalan ni macam jalan yang pernah kita lalu aje." Aku menjawab: "Ini jalan yang sama, kalau kita nak balik rumah atuk dan nenek Kota Tinggi."

Sewaktu pulang ke Malaysia...kami menaiki bas ekspress 2-tingkat Five Stars dari perhentian bas di Boon Lay, Singapura. Bas bertolak pukul 9 pagi dan dijangka tiba pukul 2 petang di Pudu Raya. Perasaan sebak amat dirasai sewaktu berpisah dengan keluarga En Amli, Kak Qamariah, Haslin, Hirfan dan Aqeela. Ketulusan, kasih sayang dan kemuliaan mereka sekeluarga sangat-sangat terpancar. Jasa mereka sekeluarga tidak termampu untukku balas.
Bas Five Star - Personal TV and Game
Pudu Raya berwajah baru
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Emas milik orang bukan milik sendiri, batu milik sendiri, lantas hargai dan gilapi batu ini dengan kaedah yang betul agar satu hari kelak ia menjadi emas berkilauan. Justeru, aku mesti bersyukur! Negaraku tercinta, Malaysia, telah banyak berusaha dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam dan telah menunjukkan peningkatan pengurusan perkhidmatan yang baik untuk kebajikan rakyatnya. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, bantulah dan jadikanlah kami rakyat Malaysia, insan yang sentiasa bersatu hati untuk majukan rohani dan jasmani serta bersyukur dengan nikmatMu.

No comments:

Post a Comment