Nikmat Mata Yg Mesti Disyukuri |
Rehat sebentar sambil menonton "At First Sight" di HBO. Ceritanya tentang seorang lelaki buta bernama Virgil yang diberi harapan dan dorongan oleh teman wanitanya, Amy, untuk menjalani pembedahan agar Virgil boleh melihat dunia. Pengorbanan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh kakak dan teman wanita Virgil, membuatkan aku mengalir air mata. Kesengsaraan serta trauma Virgil dalam mengharungi dunia buta ke dunia celik, dan dari dunia celik ke dunia buta semula, membuatkan aku insaf dengan kehidupanku kini.
![]() |
Celik Iman |
Bayangkanlah...kalau dunia celik yang kita miliki saat ini ditarik balik oleh Yang Maha Pemberi. Terlalu mudah untuk Allah swt ambil semula semua nikmat itu. Tetapi, apa akan jadi pada kita? Kembali ke dunia kanak-kanak, tak tahu membaca, tak tahu menulis dan sebagainya. Ngeri sungguh! Teringatku akan bait-bait doa yang sering kita baca selepas solat agar celik iman dalam diri tidak dipesongkan. Doa ini sudah terlalu hafaz di bibir kita...hinggakan kita alpa untuk memahaminya. Hayati sungguh-sungguh doa ini, pasti ianya akan menusuk ke dalam Qalbu.
ربنا لا تزع قلو بنا بعد اذ هديتنا و هب لنا من لد نك رحمة انك انت الو هاب
Maknanya: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmatMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.
No comments:
Post a Comment