Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Monday, July 18, 2011

Pelbagai Hasil Dirasai(PhD): Makanan Singapura

Lontong Goreng
Antara pengalaman berada di negara orang ialah merasai pelbagai makanannya. Begitulah yang kualami sepanjang berada di Singapura minggu lepas. Kami dapat menikmati murtabak Singapura dan lontong goreng, sewaktu menziarahi keluarga di Tampines pada satu waktu petang. Lontong goreng? Tak pernah ku dengar! Menurut Kak Norliah, cara menyediakannya amat mudah iaitu sambal tumis dicampur udang dan telor dimasak terlebih dahulu. Kemudian, nasi himpit yang telah dipotong dadu, digaul dengan sambal tadi.  Sedap rasanya! 

Juadah makan tengahari dengan pelbagai lauk pauk kampung dapat kami nikmati di Restoran Hjh Maimunah, 20 Joo Chiat Road, #01-02, Singapore 427357 (Tel No: 02-6348 5457). Kuih muih dan bubur masakan Melayu juga banyak dijual di sini. Rasanya lazat! 
Pelbagai Lauk Pauk Kampung
Restoran Hjh Maimunah
Makan malam pula, kami dijamu dengan tulang power, mee/kueh tiew goreng dan satay di West Coast. Tulang power dan mee goreng warnanya merah. Rasa kuah tulang power ini sangat enak. Warna merah dari kuah tulang power ini terkesan di tapak tangan walaupun telah dibasuh!  Sataynya pula disajikan dengan nasi himpit bulat. 
Food Center, West Coast
Tulang Power - kuahnya lazat!
Mee goreng - rasanya lain tapi enak!
Satay...nasi himpitnya bulat!
Sebelum pulang ke Malaysia, kami dibawa bersarapan pagi di Restoran Mr Teh Tarik, Jurong West tidak jauh dari rumah En Amli dan Kak Qamariah. Kami mencuba lontong dan teh tariknya. Sayur di dalam lontong ini agak berlainan rasanya berbanding dengan lontong di Malaysia. Lebih istimewa, lontong ini juga boleh dimakan dengan sambal goreng. 
Restoran Mr Teh Tarik, Jurong West
Lontong, Sambal Goreng dan Teh Tarik
Begitulah kreatifnya manusia, idea yang dikurniakan Allah swt kepada manusia...nama makanan sama dengan makanan Malaysia, namun rasanya jauh berbeza!  Apa lagi yang harus ku ucapkan selain lafaz kesyukuran di atas segala nikmatNya ~ Alhamdullillah 3x. 

2 comments:

  1. Wah nampak bestnya tu..next time ke Temasek kena try ni.

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan...ya Fadzlina! Cuba jgn tak cuba..

    ReplyDelete