Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Sunday, July 3, 2011

Penggemar Hasil Durian (PhD): Demam!

Dah lama tak berkursus di luar daerah. Kawanku, Saunah mempelawa aku mengikuti satu kursus pembakar semangat pada hujung bulan Jun. Suami pula tidak menghalang. Sehari sebelum aku pergi berkursus, tiba-tiba, Danish dan suamiku demam teruk. Cemas aku dibuatnya...bagaimana nak tinggalkan mereka berdua yang sedang sakit. Aku memang tak sampai hati, lebih-lebih lagi nak tinggalkan Danish. Lagipun, orang sakit perlu dijaga dan ditemani. Setelah mendapatkan rawatan di klinik, kuberi Danish makan ubat dan minum air zam zam. Esok pagi, badan Danish dah tak panas dan dia nampak cergas. Suamiku pula nampak sihat! Syukurlah...

Durian Segamat Yg Dibekukan...Sedap! 
Sewaktu pulang berkursus, kubawa durian sebagai buah tangan. Aku sangat teruja kerana aku yakin suamiku pasti gembira bila dapat makan durian, lebih-lebih lagi durian Segamat. Tambahan pula, durian ini pemberian Prof Madya Dr Ruhaya Atan, ex-bossku semasa di UiTM Johor. Namun, keterujaanku bertukar menjadi sedih kerana suamiku masih demam...dan mukanya nampak sangat pucat. Kulihat, tangannya menggigil dan dia mengadu sakit-sakit sendi kaki, tangan dan tulang belakang. Pelik...selalunya aku yang kena sakit begitu. 
Rupanya, sejak pemergianku tiga hari berkursus, dia tak lalu makan dan kekadang tak boleh makan langsung. Dek kerana lapar, dia tak boleh lelapkan mata walaupun dia sangat-sangat keletihan - dia tak boleh tidur sejak 24 jam yang lalu! Kasihan betul! Aku segera minta suamiku berjumpa doktor semula...takut-takut kena demam lain. Doktor mengesahkan demam tiada dan semua petunjuk kesihatan stabil. Kami bertambah pelik! Sementara menunggu usaha yang lain, aku minta suamiku menghabiskan air zam zam yang ada. Dalam kekalutan...kami tetap berjaya menghabiskan durian Segamat tersebut. 

No comments:

Post a Comment