Sepanjang perjalanan menaiki perkhidmatan bas dan tren awam, aku dapat menyaksikan pemandangan indah alaf baru di bumi
Singapura ini.
Indahnya hasil ciptaan manusia, bentuk dan rekaan bangunannya mendapat inspirasi dari alam semulajadi. Teringat akan beberapa pencakar langit di Malaysia seperti
Petronas Twin Towers dan
Menara Telekom di mana rekabentuknya juga berasaskan alam semulajadi.
Alam semulajadi ciptaan Allah swt telah mencetuskan idea kepada manusia berfikir agar manusia menjadi khalifah yang kreatif, inovatif dan bertaqwa. Pada masa yang sama, perlu diingat bahawa idea kreatif ini juga sebenarnya diilhamkan oleh Allah swt kepada manusia. Hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa untuk dibanggakan kerana semua hasilannya adalah datang dari Allah swt jua. Oleh itu,
hargai dan syukuri keindahan serta kehijauan alam semulajadi yang Malaysia miliki dan lebih bersyukur kerana Malaysia sentiasa menggalakkan rakyatnya untuk menjadi pencipta yang progresif, inovatif dan sensitif dengan nilai pelbagai agama dan budaya.
|
Lotus flower-shaped Art Science Museum |
 |
Vivo City |
 |
Berlatarbelakangkan Pulau Sentosa |
 |
Kereta Kabel ke Pulau Sentosa |
 |
Stesen Keretapi ke Pulau Sentosa |
 |
Singapore River |
 |
Panorama Geylang Serai |
No comments:
Post a Comment