 |
Landasan Keretapi ...tinggal kenangan |
 |
Gerai Nasi lemak dan Mee Rebus |
 |
Stesen Keretapi Tanjong Pagar |
 |
Laluan bas ke stesen |
Singapura telah berpisah daripada Malaysia sejak 1965, namun masih ada kesan sejarah Malaysia di bumi Kota Singa ini. Buat pertama kalinya aku melihat sendiri
bangunan Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang kini hanya tinggal kenangan. Stesen ini tidak beroperasi lagi bermula 1 Julai 2011. Ke manakah gerai Nasi lemak dan Mee rebus stesen keretapi ini berhijrah? Kisah stesen ini boleh dibaca di rencana Rona Berita Harian (17 Julai 2011) yang bertajuk
Legasi Tanjong Pagar: Stesen KTM pengikat hubungan lebih 8 dekad dan Utusan online yang bertajuk
Tanjong Pagar warisan terakhir Tanah Melayu.
 |
Pintu Masuk Masjid |
 |
Ruang Solat |
 |
Perkarangan Masjid |
 |
Makam Diraja Johor |
Seperkara lagi, yang tidak pernah ku ketahui ialah wujudnya sebuah masjid bernama
Masjid Temenggong Daing Ibrahim dan
Makam Diraja Johor di Telok Belangah, Singapura - milik negeri Johor. Ooo...inilah tempatnya...asal nama baju kurung Telok Belanga. Aku sangat teruja berada di kawasan ini kerana aku
berpijak di bumi Johor yang berada dalam negara Singapura. Sungguh menakjubkan!
No comments:
Post a Comment