 |
Nisfu Syaaban di Singapura |
Sewaktu berada di Kota Singa dua minggu lalu, aku tertarik dengan ceramah seorang ustaz di corong radio. Peringatan kuliah subuh tersebut berkisar tentang
persefahaman pasangan suami isteri yang berkerjaya. Sambil menikmati secawan kopi, aku tersenyum sendirian dek kisah kiasan yang disampaikan terkena batang hidungku sendiri. Kak Maria yang sibuk menyiapkan sarapan pagi berkata: "Ana, ramai pasangan di Singapura sekarang...baru kahwin, dah nak bercerai. Banyak sangat kes tersebut...terutamanya golongan muda." Aku menambah: "Sama jugalah kak...di Malaysia pun. Kata JAKIM..
setiap 15 minit satu pasangan bercerai." Kami berkongsi kebimbangan dan keresahan. Namun, aku sempat memuji Kak Maria kerana sifat keterbukaannya dalam menyelesaikan setiap perkara yang mendatang dalam hidupnya dan hidup anak-anaknya. Kaedah beliau menegur dan mendidik cucu-cucunya juga...membuatkan aku terpegun. Dalam hatiku berkata: "Bolehkah aku menjadi mertua seperti Kak Maria?"
 |
Menangani Masalah Internet |
Betullah...keluarga adalah asas sebuah masyarakat.
Pincang institusi keluarga maka pincanglah masyarakat. Kepincangan yang berterusan tanpa sebarang penambahbaikan dan pemulihan akan membawa keruntuhan sesuatu bangsa dan negara. Salah satu ikhtiar yang dibuat oleh umat Islam di Singapura ialah anjuran karnival sempena nisfu Syaaban. Antara aturcaranya ialah solat hajat dan ceramah motivasi. Kulihat beberapa penceramah tersohor Malaysia yang dipanggil seperti Prof Madya Dr Muhaya Muhamad, Ustaz Farid Ravi dan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, untuk berkongsi informasi dan pengalaman bersama rakyat Singapura. Bukan ceramah agama sahaja, malahan bengkel bagaimana menangani masalah ketagihan Internet juga diadakan.
 |
Hadiah Ramadan dari Jaslin |
Teringat akan fenomena yang sama berlaku di Malaysia. Belum habis masalah ketagihan dadah....kini datang pula ketagihan Internet. Aplikasi Internet pula bertambah dari hanya laman sesawang, kini telah ada pelbagai laman sosial dari blog, Facebook dan Twitter. Dulu hanya usikan di tepi-tepi jalan, kini usikan (twit-twit) di sepanjang talian berwayar dan tanpa wayar. Dulu usikan jalanan dikenali rupa paras orangnya...kini usikan di talian belum pasti itulah milik rupa orangnya. Semuanya....dalam kesamaran.
Dan banyak kesamaran dalam hidup ini boleh dicerahkan dengan mengukuhkan daya tahan rohani. Carilah supplement untuk rohani...kasihanilah rohani kita yang sedang kegersangan. Kita mahu jadi insan dan pembentuk generasi akan datang yang fizikalnya lasak dan jiwanya kental.
No comments:
Post a Comment