Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, April 22, 2011

Penuh Khasiat Dalamnya (PhD): Air Zamzam

Hampir setiap hari aku minum air zamzam. Aku cuba pastikan bekalan air zamzam sentiasa ada. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang air zamzam, kucari buku-buku di kedai namun masih belum ada rezeki lagi. Artikel-artikel atas talian yang menarik perhatianku antaranya ialah dari blog air mizam. Walaupun aku belum mencuba lagi produk air mizam (kombinasi air zamzam, mineral kristal putih dan amber) ini, aku sangat kagum dengan hasil kajiannya tentang air zamzam dan hati tambah terpikat apabila melihat illustrasi struktur air zamzam.

Hasil Kajian Ke Atas Air Zamzam
Bila kuimbau kembali, sebelum berpindah ke Selangor, sekitar tahun 2009, rupa-rupanya aku telah banyak menerima email mengenai hasil kajian Profesor dari Jepun, Dr Masaro Emoto mengenai kesan pemikiran terhadap molekul air. Air biasa yang disalurkan dengan fikiran positif menjadikan struktur airnya indah. Bayangkan air zamzam, air dari syurga pasti lebih hebat, indah dan sempurna strukturnya. Di alam dunia lagi Allah swt telah mengurniakan satu contoh makanan asalnya dari syurga. Kita selalu mengimpikan SYURGA...tetapi keyakinan kita (termasuk diriku sendiri) masih tidak begitu utuh dan sempurna terhadap air zamzam.

Dalam aku tercari-cari buku mengenai air zamzam, alangkah terkejutnya aku apabila TERJUMPA sebuah buku sedemikian di dalam rumahku sendiri! Aku amat pasti bahawa buku ini bukan milikku. Bila kubuka mukasurat pertamanya...kulihat nama suamiku tertera di situ. "Buku ini hadiah semasa abang rasmikan satu program pelajar", jelasnya. Tanpa banyak bertanya, aku terus membaca buku ini. Buku ini tak tebal tetapi aku mengambil masa dua minggu untuk menghayatinya. Lama betul! Banyak perkara yang masih aku tidak tahu tentang air zamzam. 

Intipati Buku Yang Kubaca
Pengarang buku ini menyenaraikan 54 nama air zamzam di antaranya ialah Barakah, Barrah, Busyra, Sabiq, Salimah, Sayyidah, Shafiyah, Tahirah, Tayyibah, Ghiyath, Zhahirah, Maimunah, Zumazim dan juga Zamzam (mukasurat 55 - 57). Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasullullah saw bersabda: "Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan." Air zamzam merupakan air terbaik di muka bumi, wujudnya menerusi Malaikat Jibrail, atas doa iaitu rezeki pertama bagi Nabi Ibrahim (a.s) dan digali semula oleh datuk Nabi Muhamad saw, Abdul Mutalib bin Hasyim, ketika menjelang kelahiran Nabi Muhamad saw. Air zamzam telah wujud sejak Nabi Ismail (a.s) dan akan terus wujud selagi dunia wujud.

Ketika meminum air zamzam, seseorang selalunya mengiringkan doa dengan harapan mendapat ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan sembuh dari segala penyakit. Mengikut Imam Malik: "Tidak akan berDOA seseorang itu, kecuali ia akan mendapat salah SATU daripada TIGA perkara berikut: (1) diperkenankan doanya, (2) ditunda perkenan ke atas doanya atau (3) dihapuskan dosanya." Oleh itu, pada dasarnya keajaiban air zamzam dapat dirasai adalah bergantung kepada NIAT orang yang meminumnya.

Ibnu Al-Arabi Al-Maliki mengatakan: "Khasiat air zamzam ini ada dan berkekalan hingga hari kiamat, untuk orang yang BENAR niatnya, BERSIH perasaannya, tidak mendustakannya dan tidak sekadar mencuba-cuba atau agak-agak. Sebab, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berTAWAKKAL. Dia akan membuka AIB orang yang hanya ingin mencuba-cuba."

Doaku
Ya Allah, terlalu banyaknya petunjuk yang Engkau berikan padaku selama ini. Aku amat-amat bersyukur kerana Allah masih membuka hijabku agar aku senantiasa berada di jalan yang lurus. Ya Allah, usah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberiku petunjuk.

No comments:

Post a Comment