Kini di Malaysia semuanya mewah. Sebut sahaja nak makan apa...makanan barat, timur, kampung, buah-buahan....semuanya ada. Teringat pada rakyat Palestin dan mangsa Tsunami di Jepun...sukarnya hidup mereka...Apalah yang mereka makan di saat dan ketika ini. Rasa syukurnya atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan!
 |
Telor kembar kuning |
Telor rebus separuh masak dan telor goreng 'goyang' ( goyang maksudnya kuning telor tak masak ) adalah sarapan kegemaran anakku Danish. Satu hari, sewaktu ingin menggoreng telor goyang untuk dimakan bersama mee hoon goreng, aku sangat terkejut bila melihat dua kuning dalam satu biji telor. Wah....boleh dapat anak kembar ni!
Steamboat pula adalah makanan yang membuat seleranya tinggi. Itulah yang dikatakan Danish pada minggu lalu (3 April) sewaktu menikmati steamboat di Restoran Johnny, Jaya Jusco, Bukit Raja.
 |
Danish Tak Sabar Tunggu Hidangan |
 |
Steamboat Set B (RM29.90) |
 |
Durian Kunyit Kuala Selangor |
Durian ialah raja buah. Semua ahli keluarga gemarkannya KECUALI Danish. Sewaktu kami tinggal di Segamat, musim durian amat ditunggu-tunggu kerana durian Segamat sememangnya sedap dan rasanya amat berbeza. Sejak berhijrah ke Selangor, kami cuba mencari durian yang setara dengan durian Segamat. Baru-baru ini, kami dapat merasa durian kunyit dan durian kampung. Kami beli di gerai berhampiran Tesco, Kuala Selangor. Boleh tahan sedapnya!
Lamb chop...dah lama tak makan! Kat mana yang sedap eak? Tiba-tiba rasa nak makan makanan Barat. Suamiku pun ajak pergi ke Petaling Jaya sebab dia nak beli Papago dan kemudian cari lamb chop di One Utama (4 April). Kami cuba cari restoran yang sesuai, banyak pulak restoran yang tak halal. Aduh...cabaran 3x...sabar 3x. Akhirnya, kami jumpa The Breeks, Seoul Garden Restoran. Kami pekena satu set lamb chop dan satu set chicken chop. Sedap, mengenyangkan dan harganya berpatutan. Restorannya pula macam dalam taman!
 |
Breeks, Seoul Garden Restoran |
 |
Chicken Chop RM19.90 |
 |
Lamb Chop RM24.90 |
sangat merindui durian segamat.....huhu.....
ReplyDeleteBetul-betul....sedapkan durian segamat!
ReplyDeletea'ah...murah pon murah puan...hiiii.....
ReplyDelete