PhD adalah akronim untuk Doctor of Philosophy, ijazah tertinggi dalam pengajian akademik formal. Aku mendapat pelbagai cerita pahit manis yang dikongsikan oleh para akademik yang telah melalui proses pengajian tertinggi ini. Para akademik ini memeterikan kisah dan nasihat mereka melalui persembahan multimedia (slideshow), sembang-sembang, e-book dan juga buku. Antara para akademik yang sudi berkongsi pengalaman SEBELUM aku meneruskan pengajian PhD ialah Prof Dr Mohd Nasir Taib, Prof Dr Ir Sr Suhaimi Abdul Talib, Dr Jumiati Ismail, Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim , Prof Madya Dr Omar Samat dan Prof Madya Dr Ismail Musirin. Moga aku berjaya seperti mereka.
Ada Nilai Positif | Ada Nilai Negatif |
1. Perasaan Hasad Dengki - sifat mazmumah yang boleh menghancurkan diri sendiri dan orang lain. Berdosa! | |
· Pizza Home Delivery di Aberdeen | 2. Permanent Head Damage - mungkin ada yang mengalami lupa ingatan. |
· Sebuah komik yang dihasilkan oleh Jorge Cham · Diterbitkan di akhbar The Stanford Daily, Carnegie Mellon University, MIT and Caltech. | 3. Pure Hair Dent - mungkin ada yang kehilangan kuantiti rambut lebih awal dari usia semasa. |
· Pohon Hidup Diriku yang aku adaptasi dari Program Halaqah Sentuhan Qalbu yang bertajuk Pohon Hidup. | 4. Push Here Dummy - walaupun niatnya baik tapi perkataan Dummy itu tidak sesuai. |
Aku sangat berharap pengajian PhD yang kulalui ini membawa nilai-nilai yang baik dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya ilmu yang Engkau anugerahkan padaku hanyalah sebesar zarah dari ilmuMu yang begitu luas. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku insan yang sentiasa bertaqwa dan bersederhana samada semasa miskin ilmu atau kaya ilmu. Sesungguhnya, Engkaulah Allah yang Maha Mengetahui dan Lagi Maha Luas IlmuNya.
No comments:
Post a Comment