Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Sunday, April 24, 2011

Produk Hasil Dusta (PHD): Air Zamzam Tiruan, Balasan Allah Akan Tiba

Membaca berita tentang air zamzam tiruan di akhbar Kosmo, hati rasa sangat terkilan dan sedih dengan segelintir rakyat Malaysia. Air zamzam dicampur dengan air bukit dan telaga. Peniaga tipu? Tipu hukumnya DOSA. Pembeli yang tertipu? Doanya MAKBUL....maka para peniaga yang menipu akan terima balasannya samada di dunia atau di akhirat. Takkan aman dan selamat hidup orang yang menipu. TAUBAT lah sebelum terlambat dan hentikanlah segala aktiviti penghasilan air zamzam tiruan.  

Memanglah sebagai pengguna perlu banyak ilmu untuk mengetahui produk yang asli. TETAPI sampai bila pula peniaga mesti terus menipu? Mengapa buat begitu wahai peniaga? Tak cukup banyakkah nikmat yang Allah beri selama ini? Nikmat tangan, kaki dan macam-macam lagi. Kalaulah Allah ambil nikmat-nikmat tersebut, nak berniaga pun tak merasa....nak cepat untung...jauh sekali.

Nak tunggu BALASAN Allah yang bagaimanakah baru kita mahu berhenti memperdayakan pelanggan? Tsunami? Gempa bumi? Penyakit berjangkit? Nyamuk? Tanah runtuh? Bangunan runtuh? Anak/Ibubapa sendiri mati? Negara musnah? Ambillah iktibar dengan keadaan dunia sekarang....pelbagai musibah [seperti paksi bumi teranjak, gempa bumi sana sini, banjir tak berhenti-henti, kesan radioaktif, fitnah melampau ] yang diturunkan oleh Allah swt agar manusia BERHENTI membuat kemusnahan. 

Kaum Jurhum dan air zamzam
Kaum Jurhum merupakan salah satu kaum yang dipandang tinggi kedudukannya di Makkah suatu ketika dulu.  Walaubagaimaanapun, kaum ini tidak menghiraukan nasihat Midad bin Amr bin Al-Haris bin Amr agar tidak merendahkan dan membuat tindakan yang melampau di Tanah Haram milik Allah swt. Perigi zamzam telah tertimbus dan hilang ketika kaum Jurhum berbuat sesuka hati di Tanah Haram. 
Mereka ini angkuh dan berkata kepada Midad: "Siapakah yang akan mengusir kami? Bukankah kita adalah kaum yang terkuat, yang paling ramai mempunyai pasukan dan senjata?  
Midad bin Amr berkata: "Jika kamu semua melakukan tindakan jahat, saya khuatir kamu akan diusir oleh Allah dalam keadaan terhina, sehingga tidak seorang pun dari kamu semua boleh sampai ke Tanah Haram ini."
Kemudian Allah swt mengalahkan kaum Jurhum menerusi kaum Khuza'ah. Kaum Jurhum diusir oleh kaum Khuza'ah hinggalah mereka menjadi orang-orang yang berada dalam buangan dan musnah dalam satu pertempuran. Kaum Khuza'ah berjaya menguasai Makkah.

No comments:

Post a Comment