![]() |
Untukmu mak abah Sumber: wardahal-jannah.blogspot.com |
Dua hari mengikuti program Tanyalah Ustaz TV9 bertajuk "Kesilapan anak-anak kepada ibubapa" yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Kupasan terkesan di hati! Setelah mendengar senarai kesilapan yang diutarakan ustaz, ku mengakui sebagai anak, memang tidak terlepas dari kesalahan tersebut. Ampunkan anakmu ini, mak dan abah.
Muhasabah diri sebentar dan bayangkan wajah mak abah kita sekarang.
Dah berapa lama kita tidak menelefon mereka? Adakah ibubapa kita yang lebih dahulu menelefon kita untuk bertanya khabar? Kalau ini berlaku pada kita, maka kita sebenarnya telah berdosa pada ibubapa kita. Mungkinkah kerana dosa pada mereka, kita kebelakangan ini dilanda keresahan, kebimbingan dan kesulitan hidup?
Oleh itu, bingkaslah telefon mereka sekarang dan minta ampun. Walaupun ini kali pertama kita buat dan kita dikatakan 'buang tabiat', tak mengapa. Ianya jauh lebih baik daripada kita menanggung dosa.
Kalau,mak abah/mertua dah tak ada..kita masih melakukan dosa pada mereka?
![]() |
Haji untuk mereka Sumber: http://salnboru.blogspot.com |
YA, jika kita tidak berdoa memohon keampunan untuk mereka. YA, jika kita masih tidak tunaikan haji untuk mereka. YA, jika kita tidak membayar hutang-hutangnya seperti hutang kad kredit dan hutang tempah baju. YA, jika kita menghabiskan hartanya tanpa menyelesaikan segala hutangnya dengan Allah dan manusia/syarikat. YA, jika kita tidak bertanya khabar kepada sahabat-sahabat mereka.
Oleh itu, bersegeralah untuk menyelesaikan hutang mereka sebelum kita kembali alam barzakh dan tidak sempat untuk berbuat demikian.
Dahsyatnya Doamu Sumber: makbonda61.blogspot.com |
Sebagai ibubapa pula, kemuliaan yang Allah swt telah berikan kepada kita sebagai ibubapa, usahlah disalahgunakan. Fahamilah kesulitan hidup anak masa kini, berpada-padalah dalam "ingin menguasai hidup anak" terutama anak yang berumahtangga/ tinggal sebumbung, berwaspadalah dalam 'terasa hati' dengan anak-anak kerana ditakuti ianya menjadi doa mustajab yang kita sendiri sesali implikasinya dan doakanlah kebaikan anak-anak. Usahlah jadi penghukum terhadap kekurangan anak KERANA kita belum tentu menjadi anak sehebat anak-anak kita, oleh itu jadilah pendorong hidup anak-anak.
Anak doakan mak abah, mak abah doakan anak. Moga bersinar bahagialah hidup kita sekeluarga di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment