![]() |
Solat Istikharahlah... |
Bahang hari mengundi (5 Mei 2013) untuk PRU 13 semakin terasa. Pelbagai cara berkempen ditonjolkan. Semakin hampir, semakin hebat usaha berkempen dijalankan. Oleh itu, dicadangkan agar kita dirikanlah solat istikharah sebanyak mungkin sebelum membuat pemilihan. Walaupun hati kecil kita mungkin telah membuat pilihan sendiri berdasarkan pelbagai sumber, amat-amat disarankan agar kita teruskanlah bersolat istikharah sampai hari mengundi agar kita diberi petunjuk untuk membuat "pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak Allah swt (rujuk mukasurat 43 - buku Hebatnya Kuasa Istikharah)".
Petunjuk dari Allah swt akan membuatkan hati kita mantap dan tidak menyesal dengan pilihan yang dibuat. Yakin dan percayalah...pilihan Allah sangat sempurna dan menyempurnakan hidup kita di dunia dan akhirat.
Selamat mengundi dan laluilah hari-hari dalam musim pilihanraya ini dengan penuh berakhlak mulia dan sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Patuhi perintah Allah swt, suruhan Nabi Muhamad saw dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara kita. Hargai dan syukuri nikmat keamanan yang dikecapi selama ini; di mana kita sebagai rakyat Malaysia mampu menjalani kehidupan mengikut agama dianuti, adat resam, kemampuan dan ketentuan takdir masing-masing dalam suasana bahagia dan membahagiakan. Telah sekian lama kita memupuk perasaan aman, kerjasama dan bahagia sesama kita. Perkukuhkanlah benteng ini daripada diancam oleh pelbagai anasir perosak agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment