 |
Doa Kesihatan Badan |
Bermula hujung Disember 2012, ku kembali bertugas. Ku sangka semuanya mudah kerana telah lama dalam kerjaya ini.
Perubahan tempat bertugas dari Segamat ke Shah Alam ditambah pula telah lebih tiga tahun meninggalkan urusan pejabat, ternyata memerlukan
persediaan mental dan fizikal dalam proses adaptasi diri.
 |
Inspirasi Solat Tahajjud |
Antara saranan Islam untuk pertingkatkan
tahap stamina fizikal dan mental diri adalah
amalan solat malam dan doa yang berterusan. Ku amat yakin semua muslim telah sedia maklum tentang solat tahajjud. Sebagai muslim profesional, peringkat "tahu" belum menunjukkan "mampu buat". Untuk mendapat
inspirasi solat tahajjud, dapatkanlah dan bacalah buku "
111 Tip untuk Mudah Bertahajjud". Moga kita semua
TERPILIH menjadi salah seorang penghias sepertiga malam.
Ada banyak amalan doa.
Antara amalan doa adalah
doa
kesihatan badan yang dibaca sebelum tidur (contohnya rujuk mukasurat 74-76 dalam buku "
33 Amalan Mendidik Anak Soleh") dan juga doa
mohon perlindungan diri dari bencana tiap pagi dan petang.
"Ya Allah, aku memohon keselamatan agamaku, duniaku, ahliku dan harta bendaku. Tutupilah keaibanku, tenangkanlah kegelisahanku, peliharalah aku dari bencana yang mungkin menimpa aku dari muka dan belakangku, dari kiri kananku, dari atasku dan perlindungan dengan kebesaranMu. Aku diperdaya dari bawahku" [rujuk mukasurat 74-75 dalam buku Ustaz Kazim "Doa & Penawar terpilih"]
Pengisian rohani pada setiap pagi hari juga kini terjejas. Program
Tanyalah Ustaz dan
Rasul Yang Kata (baru!) di TV9 serta
Reflection, 30 minit Ustaz Don, Jalan Orang Mukmin (
J.O.M) di TV AlHijrah, ku tidak dapat menontonnya dengan penuh ketenangan. Sering saja tergesa-gesa untuk menyiapkan diri ke pejabat di mana jauh perjalanannya lebih kurang 45 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Namun, ku masih bersyukur kerana TV Al Hijrah ada program
Cinta Ilmu (baru!) dan Astro Oasis pula ada program Ustaz Kazim "
Kalau Dah Jodoh" (
baru!) dan "
Reset Minda Bersama Profesor Muhaya"(
baru!) .
Diharapkan tugas kerjaya dalam suasana baru ini, dapat kubiasakan. Dan pada masa yang sama ku sangat berharap
bertemu dengan waktu sesuai dan kaedah alternatif bagi santapan rohani.
No comments:
Post a Comment