Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, May 1, 2012

Pekerja Hargai Diri (PhD): Bekerja KeranaNya

Selamat Hari Pekerja
Setiap tahun 1 Mei merupakan cuti umum yang diraikan sebagai Hari Pekerja, menghargai semua insan yang bekerja dan yang menyediakan pekerjaan. Tema hari pekerja 2012 ialah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi". Trofi/ sijil/ hadiah/ bonus dianugerahkan kepada pekerja dan majikan cemerlang terpilih mengikut tapisan yang digariskan oleh pihak penilai seperti majikan, jabatan, syarikat, kesatuan atau kementerian. Dalam ramai-ramai pekerja dan majikan yang cemerlang, pekerja dan majikan contoh dinobatkan agar lebih ramai pekerja dan majikan berinspirasi untuk terus dan lebih cemerlang

The Paddock, Fraser Hill, Pahang
Penghargaan membawa nilai positif. Maka, majikan teruslah menghargai pekerja-pekerja anda dengan pelbagai cara. Wahai pekerja, teruslah menghargai majikan anda kerana ia telah memberi peluang kepada anda mendapat rezeki yang halal. Ayuh...kita hargai diri kita sebagai seorang pekerja dengan sentiasa:-
  1. Niat bekerja kerana Allah swt. Ini menjadikan kita lebih tenang walaupun tidak/kurang mendapat penghargaan dari pekerja lain/ majikan/ sesiapa pun.
  2. Menjalankan tugas mengikut landasan yang diredhai Allah swt. Ini menjadikan diri kita sentiasa berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah swt di mana juga kita berada walaupun tanpa dilihat/diketahui oleh pekerja lain/ majikan / orang lain.
  3. Konsisten berusaha menyerlahkan akhlak Rasulullah saw dalam pekerjaan kita melalui sifat benar (siddiq), amanah (al-amin), bijaksana (fatonah) dan menyampaikan/ melaksanakan tugas (tabligh). Dalam istilah moden, sifat-sifat ini mungkin dikenali sebagai integriti, akauntabiliti, karisma, kreatif, deliverable dan inovatif.  Ini menjadikan kita sentiasa ada contoh teladan yang tepat dalam mengimbangi tugas pekerja, suami/isteri, ibubapa, anak dan yang paling penting tugas sebagai hamba Allah swt. Empat sifat utama Rasullullah saw ini sentiasa menjadi idaman setiap orang yang ingin cemerlang sepanjang zaman (iaitu di dunia dan akhirat). 
  4. Memberi sebahagian hasil pendapatan kepada yang hak. Ini menjadikan kita lebih mengharap penghargaan Allah swt dalam menjalankan tugas kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik mutlak Allah swt.
Diharap kita sebagai pekerja/majikan mampu memiliki ciri-ciri di atas, agar segala misi dan visi di peringkat pekerja, majikan, keluarga dan negara akan tercapai. Teruskanlah usaha kita tanpa jemu-jemu untuk bekerja dengan cemerlang walau apa pun jawatan yang kita sandang...sehingga tamat tempoh/akhir hayat.

No comments:

Post a Comment