Sumber: tulisnovel.blogspot.com |
Syukurlah pada 2 Mei 2012 lalu, ku berjaya mengunjungi KLIBF 2012. Seawal 9:30 pagi, suamiku telah menghantarku ke Stesen Komuter Padang Jawa. Ku menikmati 'juadah ilmu' di pelbagai booth pameran, PWTC, bersendirian kerana suami ada urusan penting dan anak-anak bersekolah.
Pada pameran kali ini, ku telah terserempak dengan Encik Roshisham Mohd Noor, Managing Director of Harmoni Publications sewaktu di booth McGraw Hill, 3 orang rakan pensyarah dari APB, UiTM Johor iaitu Encik Nathan, Encik Ainol Hasanal dan Dr Soo Kum Yoke di tangga bergerak Level 2 dan dua orang pelajar DIIA, UiTM Johor (salah seorang namanya Ayu, nama penuh tak tahu) sewaktu di booth PTS & Gempak Starz.
![]() |
Buku Yg Dibeli di KLIBF 2012 |
Di samping membeli buku, kita juga boleh menderma untuk rakyat Palestin. Di booth Aman Palestin Berhad, ku sempat berbual panjang dengan Puan Fauzia Osman mengenai kehidupan rakyat Palestin serta produk yang ditawarkan untuk Palestin seperti wakaf jariah, tabung Kafalah, wakaf Al-Quran, wakaf Yasin dan tabung Palestin. Sedih kenangkan rakyat Palestin.
Kutinggalkan medan Pesta Hargai Dunia Buku -KLIBF 2012- kali ini sebelum solat asar, dengan menyelusuri jejantas baru berbumbung yang disambung terus ke stesen komuter dan bas Putra; tak basah kuyup walaupun masa tu hujan lebat! Sepanjang perjalanan dalam komuter, ku kongsi membaca buku Kenangi Palestin bersama anak gadis di sebelahku; yang kebetulan merupakan seorang pelajar Diploma Sains, UiTM Kuala Pilah.
Judul buku
|
Penerbit
|
Harga (RM)
|
1. Mohd. Yusof Hussain
(2009), Reading in Islamic Dakwah
|
IIUM Press
|
42.00
|
2. Todd Fitzgerald (2012),
Information Security Governance Simplified: From the Boardroom to the
Keyboard
|
CRC Press
|
254.94
|
3. Lindungi Hak
Rakyat: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
|
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
|
Percuma
|
4. Ustaz Kazim Elias
(2012), Tuhan Sedang Menguji Kita
|
Karya Bestari
Sdn Bhd
|
19.90
|
5. Associate Prof Dr
Mohsen Saleh and Riyadh Mahmoud, Kenangi Palestin Selami Isunya
|
Aman Palestin
|
7.00
|
6. Rusyidi Ramli
Al-Jauhari (2012), Biografi Agung Rasulullah Sallalahu Alayhi Wassalam
|
Must Read Sdn
Bhd
|
65.00
|
7. Rohidzir Rais, Fuad
Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif (2011), Ensiklopedia Solat
|
Telaga Biru Sdn Bhd
|
100.00
|
8. Siri X-Venture: Lolongan
Serigala Jadian
|
Gempak Starz
|
9.50
|
9. Siri X-Venture: Menjejaki
Big Foot
|
Gempak Starz
|
9.50
|
10. Siri X-Venture: Pelopor
PraSejarah
|
Gempak Starz
|
10.50
|
11. Siri X-Venture: Terperangkap
di Zaman Paleozoik
|
Gempak Starz
|
10.50
|
Jumlah Sebelum Diskaun
|
528.84
|
No comments:
Post a Comment