Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, April 26, 2011

Puas Hati Dapat (PhD): Pesta Buku Antarabangsa 2011

Perasmian KLIBF 2011
Pesta Buku Antarabangsa sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun dan selalunya kami memilih hari bekerja untuk berkunjung. Kurang sesak. Hari ini (25 April), selepas urusan membayar bil di Shah Alam, kami terus ke PWTC. Masih awal dan tempat letak kereta pun masih banyak. Rupa-rupanya hari ini ada upacara perasmian Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) 2011; yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin. Aku pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar TPM semasa beliau sedang berucap.
Lunch Nasi Goreng RM 6.00
Berbual dengan Adik Adi Putra










Kami dapat berjumpa dengan kawan lama yang juga merupakan pensyarah yang pernah bertugas di UiTM Johor iaitu Ustaz PM Dr Ahmad Zaki. Rasanya terserempak dengan beliau hampir 3 kali. Aku  juga berpeluang berbual dengan adik Adi Putra, pelajar genius matematik. Seawal umur 3 tahun, beliau sudah menghafal sifir. Hebat! Kini, beliau juga sudah menghafaz Surah Yassin.  Alhamdullillah! Sempat juga aku mendapatkan tandatangan si cilik genius ini.

Buku untuk anakku, Danish
Chinese Calligraphy
Hampir berpinar juga mataku melihat banyak sangat buku yang hendak dipilih. Sukarnya nak buat pilihan! Kaki rasa dah nak tercabut, kepala dah pening, perut dah lapar. Tapi belum puas membelek buku lagi. Terpaksa juga berhenti rehat dan kemudian solat. 

Hemm...hadiah terhebat untukku hari ini ialah akhbar Kosmo percuma! Bukan sebab percuma tetapi suamiku berkenan dengan pakej Haji dalam iklan di akhbar tersebut. Allahu Akbar! Gembiranya hatiku!

Antara buku yang Dibeli
Selepas solat, kaki semakin rasa tak larat. Tapi hati masih ingin melihat lebih banyak buku. Tak sanggup untuk naik atas lagi. Stesen terakhir kami ialah GempakZ untuk mencari judul terbaru komik siri Ikhtiar Hidup. Komik Sains kegemaran anak-anak. Dah tengok-tengok...tak pasti yang mana satu belum ada. Ahh...Danish sekolah hari ni; kalau tak dia pasti tahu. Ada rezeki kami akan pergi lagi hujung minggu ini...tarikh akhir 1 Mei 2011. 

Judul Buku & Barangan Lain
Penerbit
Harga (RM)
1.      Md. Ali Berahim (2010), Pelanggan Setia
PTS
20.00
2.      Syahrul Nizam Junaini (2010), Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni
PTS
20.00
3.      Hj Johari Hj Alias (2009), Panduan Haji, Umrah dan Ziarah
Darul Nu’man
10.00
4.      Md Ghazali Ibrahim (2011), Nota Wasiat
Must Read
15.90
5.      Ida Munira (2010), Danish, Cincin Yang Hilang
Must Read
13.90
6.      Dr Muhammad bin AW al-‘Aqil (2010), Fitnah Akhir Zaman: Menyingkap Hura-hara dan Kekacauan Akhir Zaman
Pustaka Imam Asy-Syafi’i
50.00
7.      Nicholas Walliman (2011), Research Methods: the basics
Routledge Taylor & Francis Group
62.35
8.      Kor Liew Kee dan Teoh Sian Hoon (2009), From Literature Review to Developing a Conceptual Framework and to Journal Writing
McGraw Hill
30.00
9.      Adi Putra (2011), Seni Matematik IslamGenerasi Genius
ADI Genius Matematika
40.20
10.  Muhammad Lili Nur Aulia (2011), Cinta di Rumah Hasan Al-Banna
Alam Raya Enterprise
13.00
11.  Chinese Calligraphy : Ayat Kursi
Xian, China
120.00
12.  Cenderahati Pesta Buku (Beg dan buku nota)
Penganjur
10.00
13.  Saujana Mohd Rejab (2011), DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi dan Kawalan
PTS
12.90
14.  Abdul Latip Talib (2011), Imam-imam Yang Benar
PTS
55.00
JUMLAH SEBELUM DISKAUN
473.25

4 comments:

  1. Berita tentang buku From LR to Conceptual Framework ada dalam berita harian(5 Mei). Maklumat lengkap boleh layari di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tesisgagal/Article/index

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memilih buku Ilmu Pengaruh. Susulannya ialah buku Seni Bahasa Badan dan Pengaruh Gaya Trump.

    http://www.syahrulnizam.com/

    ReplyDelete
  3. Saya baru berkesempatan baca sedikit sahaja buku tersebut. Sebenarnya buku tersebut ada kaitan dengan PhD saya. Harap, satu hari dapat bertemu dan berkoloborasi dengan Encik Syahrul.

    ReplyDelete
  4. Kita boleh berbincang lanjut di http://www.facebook.com/syahrulnizamj
    atau https://www.facebook.com/syahrulnjunaini

    ReplyDelete