Hari ini selepas mendengar Research Briefing dari staf RMI di Bangunan S & T, ternampak dari aras atas sekumpulan orang ramai sedang menderma darah, bersebelahan dengan perpustakaan PTAR3. Apa lagi...peluang kedua telah muncul. Tanpa berlengah, saya terus menderma darah. Seperti biasa, setelah mengisi borang, buku merah yang kecil dihulurkan kepada pegawai Kesihatan yang bertugas untuk diisikan maklumat pendermaan. Tapi yang seronoknya hari ini ialah kali pertama nama saya dimasukkan dalam database penderma darah Pusat Darah Negara. Kini baru terasa seperti penderma yang sah. Di samping makanan dan minuman, sijil penghargaan pun diberikan.
Sijil Penghargaan dan makanan/minuman |
Saya sangat-sangat bersyukur kerana niat saya untuk menderma darah semalam dimakbulkan oleh Allah swt pada hari ini. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment