Kumasih merindui bulan Ramadan. Suasana bulan Ramadan sangat unik. Antara keunikan yang dinanti-nantikan ialah Lailatul Qadar. Hati teringin sangat menyaksikan saat-saat ajaib Lailatul Qadar seperti yang dialami segelintir muslim terpilih. Pelbagai tips yang diambil dan didengar dari pelbagai sumber buku dan kuliah agama untuk mendapat Lailatul Qadar. Antara tipsnya adalah pada malam-malam ganjil Ramadan seperti 21, 23, 25, 27 dan 29. Mengikut taakulan Imam Syafie (ku dengar melalui program Ihya Ramadan di TV Al-Hijrah), sekiranya 1 Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar adalah 21 Ramadan. Seorang sahabatku yang merasai kehadiran Lailatul Qadar mengesahkan bahawa untuk tahun ini, perkiraan Imam Syafie itu betul. Untungnya sahabatku ini!
Di Ramadan lalu, aku berpeluang merasai suasana berbuka puasa dan bersolat tarawih di dua masjid besar iaitu Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (dikenali sebagai Masjid Besi) di Putrajaya dan
Masjid Wilayah Persekutuan (kami panggil Masjid Biru) di Jalan Duta. Terasa anjakan kekhusyukan dalam solat bila bertukar masjid; mungkin kerana
imam yang membaca surah mengalunkan bacaannya mengikut pengertian ayat; ada nada sedih, ada nada biasa, ada nada tinggi dan ada nada lembut. Bacaan ayat-ayat suci tersebut terkesan masuk ke dalam hatiku. Satu lagi keistimewaan ialah ayat yang dibaca tidaklah panjang, 5 hingga 6 ayat sahaja dan bukannya dari surah-surah lazim.
Benarlah nasihat seorang ustaz, jika kita terasa jemu dengan suasana yang sama, pergilah dari satu masjid ke satu masjid yang lain. Kelainan suasana sekali sekala benar-benar dapat melonjakkan rasa pengabdian ke Allah swt.
 |
Ruang Solat Masjid Besi |
 |
Sampai Sebelum Iftar |
|
Masjid Besi di waktu malam |
 |
Berkenalan Dgn Jemaah |
 |
Nikmat Selesa di Masjid Wilayah |
 |
Masjid Wilayah...ala-ala Masjid Biru |
 |
Juadah berbuka puasa |
 |
Jemaah di Masjid Wilayah |
No comments:
Post a Comment